- Perincian
Bahagian L - Penasihat Undang-Undang
| Bahagian | Penasihat Undang-Undang |
| Alamat | Ibu Pejabat Jabatan Imigresen Malaysia |
| Tingkat 6 (PODIUM) | |
| No 15, Persiaran Perdana, Presint 2 | |
| 62550 Putrajaya | |
| Telefon | 03-88801079 |
| Faks | 03-88801062 |
1. FUNGSI
- Memberi nasihat undang-undang mengenai semua bidang undang-undang kecuali undang-undang antarabangsa dan undang-undang Islam, berkenaan dengan perkara yang dirujuk kepadanya oleh Kerajaan.
- Membantu mentafsir undang-undag apabila dikehendaki oleh Kerajaan.
- Mendraf atau menyemak dokumen undang-undang seperti notis perundangan, perjanjian dan memorandum persefahaman yang mana Kerajaan merupakan salah satu pihak bagi memastikan kepentingan Kerajaan dilindungi.
- Menjalankan penyelidikan atau kajian mengenai perkara undang-undang apabila dikehendaki oleh Kerajaan.
- Memberi nasihat mengenai perkara yang baginya Kerajaan berhasrat untuk mengawal selia dan menyediakan draf rang undang-undang perkara tersebut, jika ada, untuk mencerminkan keputusan dasar yang dibuat oleh Kerajaan dan mengemukakan draf undang-undang kepada Penggubal Undang-Undang Parlimen untuk mendapatkan kelulusannya.
- Menyertai rundingan perjanjian berkenaan dengan projek Kerajaan terutamanya projek penswastaan dan teknologi maklumat dan komunikasi.
- Menghadiri mesyuarat atas jemputan agensi Kerajaan dan memberi nasihat undang-undang mengenai perkara yang dibincangkan bagi memastikan apa-apa keputusan dasar yang dibuat oleh Kerajaan adalah menurut undang-undang.
- Menyertai sesi perkongsian maklumat atau latihan mengenai perkara undang-undang dengan memberikan kepakaran undang-undang kepada kedua-dua pihak, iaitu Kerajaan dan agensi bukan Kerajaan.
2. OBJEKTIF
Memberi nasihat undang-undang yang berkualiti, profesional dan selaras dengan Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Malaysia kepada Kerajaan dalam masa yang ditetapkan.
3. MISI
Menjadi bahagian yang:
- Diiktiraf kerana kecekapan, profesionalisme dan responsif dalam memberi nasihat perundangan; dan
- Mampu dalam membuat keputusan bernas yang mengambil kira kepentingan awam, keadilan dan manfaat yang berterusan kepada negara.
4. VISI
Menjadi suatu bahagian yang berwibawa dalam memberi nasihat undang-undang yang profesional dan bermutu mengikut undang-undang negara.
5. PIAGAM PELANGGAN
- Beriltizam dan komited untuk memberi nasihat undang-undang yang bermutu menurut Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang kepada Kerajaan secara bertulis atau lisan dalam tempoh masa 7 hari.
- Beriltizam dan komited untuk memberi ulasan Jabatan Peguam Negara kepada Memorandum Jemaah Menteri yang dikemukakan oleh Kementerian dalm tempoh masa tidak melebihi 14 hari.
- Berusaha untuk menggubal dan menyemak dokumen perundangan seperti perjanjian, surat cara dan memorandum persefahaman yang mengambil kira dasar Kerajaan dan menjaga kepentingan awam dalam tempoh masa 14 hari.
- Berusaha untuk menjalankan kajian undang-undang termasuklah menyelaraskan dan mengharmonikan undang-undang sivil dan syariah dalam tempoh masa tidak melebihi 3 bulan.
Perhatian : Piagam Pelanggan ini hanya terpakai dalam keadaan biasa tidak termasuk permohonan yang tidak lengkap, bermasalah atau perlu rujukan lanjut.
6. STRUKTUR ORGANISASI
- Pentadbiran dan Kewangan
- Pembantu Undang-Undang
- Telah Dikemaskini pada Selasa, 03 April 2012 01:36