- Perincian
Bahagian D - Teknologi Maklumat Dan Rekod
| Bahagian | Teknologi Maklumat Dan Rekod |
| Alamat | Ibu Pejabat Jabatan Imigresen Malaysia |
| Tingkat 5 (PODIUM) | |
| No 15, Persiaran Perdana, Presint 2 | |
| 62550 Putrajaya | |
| Telefon | 03-88801218 |
| Faks | 03-88801584 |
1. FUNGSI
- Membantu mencapai objektif dan fungsi Jabatan melalui perkhidmatan teknologi maklumat dan komunikasi yang berkualiti dan menepati keperluan;
- Merancang strategi teknologi maklumat dan komunikasi untuk Jabatan;
- Melaksana dan menyelenggara sistem komputer di Jabatan bagi mempastikan khidmat pengkomputeran sentiasa di tahap terbaik; dan
- Membantu Jabatan mempertingkatkan kualiti perkhidmatan.
2. OBJEKTIF
Penggunaan Teknologi dan Komunikasi yang cemerlang untuk Imigresen.
3. MISI
Untuk memastikan Penggabungan ICT dan proses fungsi dalam hal ehwal Imigresen terjamin dan berkesan.
4. SLOGAN
"Maklumat berkualiti asas kecemerlangan".
5. WAWASAN
ICT sebagai penggerak utama dalam keberkesanan pengurusan hal ehwal Imigresen.
6. DASAR KUALITI
- Memastikan penyelenggaraan komputer dilaksanakan mengikut jadual perancangan tahunan komputer;
- Memastikan aduan kerosakan komputer diambil tindakan dalam tempoh 3 hari;
- Memastikan prosedur automatik "Incremental Back Up" dan "Full Back Up" dijalankan mengikut jadual;
- Memastikan permohonan bagi mendapatkan salinan dokumen dan fail diuruskan dalam tempoh 7 hari.
7. STRUKTUR ORGANISASI
- Unit Pentadbiran dan Kewangan
- Unit Pengurusan Sistem Aplikasi
- Unit Pengurusan Pusat Data dan Pengurusan Rangkaian
- Unit Pengurusan Dasar dan Keselamatan ICT
- Unit Sokongan Teknikal
- Unit Kualiti dan Naziran Keselamatan Sistem Aplikasi
- Unit Pengurusan Rekod dan Arkib
- Telah Dikemaskini pada Isnin, 02 April 2012 07:21