Bahagian B - Kewangan

Bahagian   Kewangan
Alamat  Ibu Pejabat Jabatan Imigresen Malaysia
   Tingkat 6 (PODIUM)
   No 15, Persiaran Perdana, Presint 2
   62550 Putrajaya
Telefon  03-88801135
Faks  03-88801133

1. FUNGSI

Bertanggungjawab memberikan khidmat sokongan pengurusan kewangan [Pusat Tanggungjawab (PTJ)] bagi membolehkan semua aktiviti dalam program pengurusan kewangan dan keselamatan berjalan lancar, sempurna dan berkesan ke arah pencapaian objektif Jabatan Imigresen Malaysia.

2. MISI

"Mempertingkatkan Pengurusan Kewangan Jabatan Imigresen Malaysia menerusi kecekapan kawalan pengagihan dan pemantauan".

3. VISI

"Mempastikan Pengurusan Kewangan Jabatan Imigresen Malaysia ke tahap yang Cemerlang dan Terbilang"

4. PIAGAM PELANGGAN

Sebagai nadi kepada Jabatan Imigresen Malaysia dalam melaksanakan Pengurusan Kewangan Jabatan, kami bertekad menyempurnakan perkhidmatan berikut :

Bil Urusan Tempoh
1 Mendapatkan peruntukan daripada KDN dan mengagihkan waran. Dalam tempoh 14 hari
2 Mengemukakan permohonan pindah peruntukan/tambah peruntukan kepada KDN dengan syarat permohonan memenuhi peraturan ditetapkan Dalam tempoh 3 hari
3 Memastikan semua tuntutan perjalanan dan kerja lebih masa diterima dalam tempoh sepuluh (10) hari bulan. 5 hari dari tarikh penerimaan tuntutan (proses)
4 Menyedia dan mengemukakan Pesanan Kerajaan kepada pembekal sekiranya peruntukan mencukupi dan tiada gangguan sistem. Dalam tempoh 3 hari
5 Memastikan bayaran semua bil/invois daripada syarikat. Dalam tempoh 14 hari
6 Memastikan pungutan hasil jabatan dilaksanakan mengikut tatacara yang ditetapkan. Sepanjang masa
7

Memastikan prosedur perolehan aset Kerajaan dilaksanakan dengan sempurna mengikut peraturan yang ditetapkan antaranya.

Berdasarkan Pekeliling Perolehan Aset Kerajaan
8 Memastikan tugas naziran kewangan dilaksanakan di setiap Bahagian/Negeri. Setahun sekali
9 Memproses dan meluluskan permohonan pinjaman komputer / Kenderaan Diluluskan dalam tempoh 3 hari dari tarikh diterima
10 Memastikan permohonan pinjaman perumahan yang dikemukakan lengkap dan memenuhi syarat, diproses dan dikemukakan kepada Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan. 1 minggu dari tarikh terima

Perhatian : Piagam Pelanggan ini hanya terpakai dalam keadaan biasa tidak termasuk permohonan yang tidak lengkap, bermasalah atau perlu rujukan lanjut.

5. STRATEGI

    1. Menggalakkan Pengarah Bahagian/Negeri melibatkan diri dalam pengurusan kewangan.
    2. Mempertingkatkan kesedaran mengenai akauntabiliti pengurusan kewangan.
    3. Meluaskan pengetahuan mengenai pendekatan pelaksanaan sistem kewangan masa kini melalui peningkatan pengetahuan dan latihan profesional.
    4. Mematuhi segala peraturan dan prosedur kewangan dan mematuhi ikrar dalam piagam pelanggan.
    5. Membuat pemantauan untuk meningkatkan prestasi pengurusan kewangan Jabatan.

6. STRUKTUR ORGANISASI

    1. Unit Pembagunan
    2. Unit Mengurus
    3. Unit Perolehan
    4. Unit Pentadbiran
    5. Unit Bayaran/Gaji
    6. Unit Hasil/Aminah/Deposit
    7. Unit Kawalan Dan Pemantauan