Bahagian N - Bahagian Depot dan Pengusiran

Bahagian   Pengurusan Depot dan Pengusiran
Alamat  Ibu Pejabat Jabatan Imigresen Malaysia
   Tingkat 7 (PODIUM)
   No 15, Persiaran Perdana, Presint 2
   62550 Putrajaya
Telefon  03-88801283
Faks  03-88801285

1. FUNGSI

Melaksanakan pengusiran dengan berkesan dan lancar bagi mengelakkan pelbagai implikasi berkaitan dengan undang-undang.

2. OBJEKTIF

    1. Melaksanakan penahanan, kawalan dan pengusiran terhadap orang tahanan dilaksanakan dengan selamat dan terjamin selaras dengan kehendak Akta Imigresen 1959/63, Akta Paspot 1966. Peraturan-peraturan Imigresen 1963 dan Peraturan-peraturan Imigresen (Pentadbiran dan Pengurusan Depot Imigresen) 2003.
    2. Bertindak dengan cekap dan efisien bagi mengatasi kesesakan tahanan serta menangani krisis yang berlaku di Depot Imigresen.

3. MATLAMAT

Memastikan kes-kes penahanan dan pengusiran di Depot-depot Tahanan Imigresen dari proses penerimaan, penahanan sehingga proses pengusiran berjalan dengan berkesan dan lancar bagi mengelakkan pelbagai implikasi berkaitan dengan undang-undang.

4. MISI

Mewujudkan system perkhidmatan dan pengurusan Depot Imigresen yang mantap dan cemerlang.

5. VISI

Bahagian Terbaik dalam jabatan dan meletakkan perkhidmatan dan pengurusan Depot Imigresen serta kelancaran pengusiran di tahap yang membanggakan.

6. STRUKTUR ORGANISASI

a. Unit Pentadbiran dan Kewangan

      1. Sub Unit Pentadbiran
      2. Sub Unit Kewangan
      3. Sub Unit MS ISO
      4. Sub Unit Logistik

b. Unit Pengurusan Tahanan dan Pengusiran

      1. Sub Unit Kedutaan
      2. Sub Unit Banduan Dagang
      3. Sub Unit Serahan
      4. Sub Unit Depot/Statistik
      5. Sub Unit Perlindungan Wanita
      6. Sub Unit UNHCR

c. Unit Pengurusan Krisis dan Keselamatan