Pilihan Bahasa:

eVisa

eVisa

Apakah eVISA?

eVISA ialah aplikasi atas talian yang membolehkan warga asing memohon visa elektronik untuk memasuki Malaysia dengan lebih mudah dan selesa.

Siapakah yang layak untuk memohon eVISA?

Warganegara yang layak memohon eVISA:

Warganegara

Negara permohonan

China

India

Sri Lanka

Nepal

Myanmar

Bangladesh

Pakistan

Bhutan

Serbia

Montenegro

eVISA boleh dipohon di seluruh dunia kecuali Malaysia dan Singapura.

Berapa lamakah tempoh sah eVISA saya? 

Tempoh sahlaku eVisa adalah 3 bulan dan pemegang eVISA dibenarkan untuk memasuki Malaysia maksimum 30 hari untuk setiap kemasukan.

Bagaimana saya hendak bermula?

Untuk pemohon kali pertama, layari laman web www.windowmalaysia.my. Anda dikehendaki mengklik butang “I’m New”  untuk memulakan proses permohonan anda. 

Untuk pemohon yang telah berdaftar, anda dikehendaki untuk mengklik butang “Returning User” untuk kembali ke akaun anda.

Apakah dokumen yang saya perlukan untuk memohon eVISA?

Berikut adalah dokumen yang perlu diimbas dan dimuatnaik semasa permohonan dilakukan:

  • Gambar studio bersaiz pasport yang terbaru seperti di dalam Guidelines (di dalam laman web permohonan).
  • Muka hadapan pasport seperti di dalam Sample (di dalam laman web permohonan).
  • Tempahan tiket pulang yang sah.
  • SIjil kelahiran untuk pemohon di bawah umur.
  • Dokumen-dokumen lain bergantung kepada negara di mana permohonan dibuat.

Apakah proses kelulusan untuk permohonan eVISA?

Permohonan anda adalah tertakluk kepada kelulusan oleh Jabatan Imigresen Malaysia atau Pejabat Perwakilan Malaysia. Adalah dimaklumkan bahawa sekiranya pemohon tergolong dalam golongan yang disyaki, pemohon dikehendaki untuk membekalkan dokumen lanjut atau akan dipanggil untuk sesi temuduga dengan Konsulat Malaysia / Suruhanjaya Tinggi Malaysia / Kedutaan Malaysia.

Adakah saya perlu mencetak eVISA saya?

Ya. Anda akan menerima eVISA anda dalam format cetakan A4 di mana anda dikehendaki untuk mencetaknya. Adalah diingatkan bahawa cetakan eVISA anda adalah amat penting dan ia hendaklah dikemukakan semasa ketibaan anda di pintu masuk Malaysia.

Bagaimanakah saya akan dihubungi untuk permohonan eVISA saya?

Anda dinasihatkan supaya memeriksa notifikasi e-mel daripada kami. Komunikasi perhubungan adalah melalui e-mel.

Apakah dokumen-dokumen yang diperlukan semasa tiba di pintu masuk Malaysia?

Dokumen-dokumen berikut perlu dikemukakan semasa tiba di pintu masuk Malaysia:

  • Cetakan eVISA anda.
  • Dana Yang Mencukupi (Tunai / Cek kembara / Debit atau Kad Kredit) untuk menampung perbelanjaan semasa anda berada di Malaysia. 
  • Tiket penerbangan balik yang telah disahkan.
  • Bukti penginapan

eNTRI bagi Warga India

Apakah eNTRI?

Electronic Travel Registration & Information (eNTRI) merupakan kemudahan pendaftaran dalam talian yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia untuk memudahkan kemasukan warganegara India di bawah Program Pengecualian Visa. Nota eNTRI akan dikeluarkan sebagai bukti pendaftaran dan perlu dikemukakan semasa ketibaan di Malaysia.

Siapakah yang boleh memohon eNTRI?

Semua warga India di India dan ekspatriat yang tinggal di seluruh dunia tidak termasuk Singapura.

Berapa lamakah saya boleh berada di Malaysia dengan eNTRI?

Pemegang eNTRI boleh berada di Malaysia maksimum15 hari untuk setiap lawatan. Setiap permohonan hanya boleh digunakan sekali sahaja. Tempoh berada di Malaysia tidak boleh dilanjutkan.

Bagaimana saya hendak bermula?

  • Untuk pemohon kali pertama, layari laman web www.windowmalaysia.my. Anda dikehendaki mengklik butang I’m New  untuk memulakan proses permohonan anda.
  • Untuk pemohon yang telah berdaftar, anda dikehendaki untuk mengklik butang Returning Useruntuk kembali ke akaun anda.

Apakah terma dan syarat untuk eNTRI?

  • Setelah selesai pendaftaran, pemohon dikehendaki mencetak Nota eNTRI,dan ia mestilah dikemukakan semasa ketibaan di Malaysia. Kemudahan eNTRI boleh dimohon bermula dari 1 April 2018 hingga 31 Disember 2018 bagi semua warga India kecuali yang berada di Singapura.
  • Kemudahan ini terhad kepada pelancong yang menaiki penerbangan terus dari India ke Malaysia atau memasuki Malaysia melalui Singapura, Thailand atau Brunei; dan mempunyai tiket penerbangan balik terus ke India, atau balik dengan penerbangan melalui Singapura, Thailand atau Brunei sahaja. Pergerakan keluar masuk pelancong India yang diberikan pengecualian visa adalah melalui pintu masuk berikut sahaja iaitu:

            Melalui udara

                ◦       Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Sepang (KLIA & KLIA 2)

                ◦       Lapangan Terbang Antarabangsa  Pulau Pinang, Bayan Lepas, Pulau Pinang

                ◦       Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Langkawi, Kedah

                ◦       Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka, Batu Berendam, Melaka

                ◦       Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Ismail, Johor Bahru, Johor

                ◦       Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, Bahagian Pertama, Sarawak

                ◦       Lapangan Terbang Miri, Bahagian Keempat, Sarawak

                ◦       Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu. Sabah

                ◦       Lapangan Terbang Labuan, Wilayah Persekutuan

            Melalui darat

                ◦       Pos Kawalan Imigresen Kompleks Sultan Abu Bakar, Tanjung Kupang, Johor

                ◦       Bangunan Sultan Iskandar, Johor

                ◦       Pos Kawalan Imigresen Padang Besar, Perlis

                ◦       Pos Kawalan Imigresen Bukit Kayu Hitam, Kedah

                ◦       Pos Kawalan Imigresen Sungai Tujuh, Sarawak

                ◦     Pos Kawalan Imigresen Tedungan, Limbangan, Sarawak

  • Ekspatriat warganegara India hendaklah mempunyai tiket penerbangan perjalanan ke Malaysia dan balik ke India; atau ke mana-mana negara jika ekspatriat itu melakukan perjalanan melalui udara. Pergerakan keluar masuk ekspatriat warganegara India yang diberikan pengecualian visa adalah melalui pintu masuk berikut sahaja iaitu:

            Melalui udara

                ◦       Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Sepang (KLIA & KLIA 2)

                ◦       Lapangan Terbang Antarabangsa  Pulau Pinang, Bayan Lepas, Pulau Pinang

                ◦       Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Langkawi, Kedah

                ◦       Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka, Batu Berendam, Melaka

                ◦       Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Ismail, Johor Bahru, Johor

                ◦       Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, Bahagian Pertama, Sarawak

                ◦       Lapangan Terbang Miri, Bahagian Keempat, Sarawak

                ◦       Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu. Sabah

                ◦       Lapangan Terbang Labuan, Wilayah Persekutuan

            Melalui darat

                ◦       Pos Kawalan Imigresen Kompleks Sultan Abu Bakar, Tanjung Kupang, Johor

                ◦       Bangunan Sultan Iskandar, Johor

                ◦       Pos Kawalan Imigresen Padang Besar, Perlis

                ◦       Pos Kawalan Imigresen Bukit Kayu Hitam, Kedah

                ◦       Pos Kawalan Imigresen  Sungai Tujuh, Sarawak

                ◦      Pos Kawalan Imigresen Tedungan, Limbangan, Sarawak

Apakah dokumen-dokumen yang diperlukan semasa tiba di pintu masuk Malaysia?

Dokumen-dokumen berikut perlu dikemukakan semasa tiba di pintu masuk Malaysia:

· Cetakan eNTRI 

· Pas Boarding  

· Dana yang mencukupi (Cash / Debit atau Kad Kredit)

· Tiket penerbangan balik yang telah disahkan. 

· Bukti penginapan.

eNTRI bagi warga China

Apakah eNTRI?

Electronic Travel Registration & Information (eNTRI) merupakan kemudahan pendaftaran dalam talian yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia untuk memudahkan kemasukan warga PRC yang tinggal di Tanah Besar China ke Malaysia di bawah Program Pengecualian Visa. Nota eNTRI akan dikeluarkan sebagai bukti pendaftaran dan di perlu di kemukakan semasa ketibaan di Malaysia.

Siapakah yang boleh memohon eNTRI?

Semua warganegara China dari tanah besar China termasuk Hong Kong, Macau dan Taiwan.

Berapa lamakah saya boleh berada di Malaysia dengan eNTRI?

Pemegang eNTRI boleh berada di Malaysia maksimum 15 hari untuk setiap lawatan. Setiap permohonan hanya boleh digunakan sekali sahaja. Tempoh berada di Malaysia tidak boleh dilanjutkan.

Bagaimana saya hendak bermula?

  • Untuk pemohon kali pertama, layari laman web www.windowmalaysia.my. Anda dikehendaki mengklik butang “I’m New” untuk memulakan proses permohonan anda.
  • Untuk pemohon yang telah berdaftar, anda dikehendaki untuk mengklik butang “Returning User” untuk kembali ke akaun anda.

Apakah terma dan syarat untuk eNTRI?

    ◦       Setelah selesai pendaftaran, pemohon dikehendaki mencetak Nota eNTRI, dan ia mestilah dikemukakan semasa ketibaan di Malaysia.

    ◦       Kemudahan eNTRI boleh dipohon bermula dari 1 Januari 2018 hingga 31 Disember 2018 bagi semua warga China dari Tanah Besar China termasuk Hong Kong, Macau dan Taiwan.

    ◦      Pemohon dengan penerbangan terus dari Tanah Besar China ke Malaysia melalui pilihan-pilihan berikut :

  Melalui udara

o    Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Sepang (KLIA & KLIA 2)

o    Lapangan Terbang Antarabangsa  Pulau Pinang,Bayan Lepas, Pulau Pinang

o    Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Langkawi, Kedah

o    Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka, Batu Berendam, Melaka

o    Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Ismail, Johor Bahru, Johor

o    Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, Bahagian Pertama, Sarawak

o    Lapangan Terbang Miri, Bahagian Keempat, Sarawak

o    Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu. Sabah

o    Lapangan Terbang Labuan, Wilayah Persekutuan

Melalui darat

o    Pos Kawalan Imigresen Kompleks Sultan Abu Bakar, Tanjung Kupang, Johor

o    Bangunan Sultan Iskandar, Johor

o    Pos Kawalan Imigresen Padang Besar, Perlis

o    Pos Kawalan Imigresen Bukit Kayu Hitam, Kedah

o    Pos Kawalan Imigresen  Sungai Tujuh, Sarawak

o    Pos Kawalan Imigresen Tedungan, Limbangan, Sarawak

  • Pemohon dengan penerbangan terus atau transit dari Singapura, Thailand atau Brunei ke Malaysia melalui pilihan-pilihan berikut:

Melalui udara

o    Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Sepang (KLIA & KLIA 2)

o    Lapangan Terbang Antarabangsa  Pulau Pinang, Bayan Lepas, Pulau Pinang

o    Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Langkawi, Kedah

o    Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka, Batu Berendam, Melaka

o    Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Ismail, Johor Bahru, Johor

o    Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, Bahagian Pertama, Sarawak

o    Lapangan Terbang Miri, Bahagian Keempat, Sarawak

o    Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu. Sabah

o    Lapangan Terbang Labuan, Wilayah Persekutuan

Melalui darat

o    Pos Kawalan Imigresen Kompleks Sultan Abu Bakar, Tanjung Kupang, Johor

o    Bangunan Sultan Iskandar, Johor

o    Pos Kawalan Imigresen Padang Besar, Perlis

o    Pos Kawalan Imigresen Bukit Kayu Hitam, Kedah

o    Pos Kawalan Imigresen  Sungai Tujuh, Sarawak

o    Pos Kawalan Imigresen Tedungan, Limbangan, Sarawak

Pemohon dengan penerbangan selain daripada pilihan di atas atau lain-lain negara ke dalam Malaysia adalah tidak dibenarkan. 

Semua pemohon hanya dibenarkan keluar dari Malaysia melalui penerbangan terus ke tanah besar China atau penerbangan transit melalui Singapura, Thailand dan Brunei sahaja. 

Apakah dokumen-dokumen yang diperlukan semasa tiba di pintu masuk Malaysia?

Dokumen-dokumen berikut perlu dikemukakan semasa tiba di pintu masuk Malaysia:

·       Cetakan eNTRI 

·       Pas Boarding  

·       Dana yang mencukupi (Cash / Debit atau Kad Kredit dengan logo UnionPay / Travelers Daftar)  

·       Tiket penerbangan balik yang telah disahkan

Imigresen Qrcode
Kemaskini terakhir: 14 December 2018.

Jumlah pelawat hari ini: 11047
Jumlah pelawat keseluruhan: 14606862