Bahagian Integriti

1. OBJEKTIF BAHAGIAN

i) Memperkasakan warga Jabatan Imigresen Malaysia melalui penerapan, penghayatan dan pengukuhan etika kerja dan nilai-nilai murni.

ii) Memperkukuhkan kecekapan dan keberkesanan mekanisme saluran aduan dalaman serta menjamin kesaksamaan dalam tindakan.

iii) Meningkatkan kecemerlangan dan profesionalisme warga Jabatan Imigresen Malaysia melalui penguatkuasaan undang-undang, peraturan dan arahan yang berkuatkuasa.

iv) Memantapkan pengawalan tatakelakuan warga Jabatan Imigresen Malaysia selaras sengan peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

v) Melaksanakan naziran, pemeriksaan dan pemantauan ke atas pelaksanaan kerja warga Jabatan Imigresen Malaysia berkaitan pematuhan kepada undang-undang, peraturan dan arahan yang berkuasa.

vi) Menjalankan pemeriksaan ke atas amalan, sistem dan tatacara kerja di Jabatan Imigresen Malaysia yang mendedahkan kepada ruang dan peluang berlakunya amalan rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan serta karenah birokrasi.

2. MISI

Memperkukuhkan integriti warga Jabatan Imigresen Malaysia melalui pematuhan kepada undang-undang, peraturan dan arahan yang berkuatkuasa.

3. VISI

Mewujudkan warga Jabatan Imigresen Malaysia yang cemerlang, profesional dan berintegriti berteraskan etika kerja dan nilai-nilai murni.

4. STRUKTUR ORGANISASI

Unit Program Pengukuhan Integriti

Unit Aduan

Unit Tadbir Urus Dan Pemeriksaan

Unit Pematuhan

Unit Penyiasatan dan Perisikan

Unit Tatatertib

Bahagian N - Bahagian Depot dan Pengusiran

Bahagian   Pengurusan Depot dan Pengusiran
Alamat  Ibu Pejabat Jabatan Imigresen Malaysia
   Tingkat 7 (PODIUM)
   No 15, Persiaran Perdana, Presint 2
   62550 Putrajaya
Telefon  03-88801283
Faks  03-88801285

1. FUNGSI

Melaksanakan pengusiran dengan berkesan dan lancar bagi mengelakkan pelbagai implikasi berkaitan dengan undang-undang.

2. OBJEKTIF

    1. Melaksanakan penahanan, kawalan dan pengusiran terhadap orang tahanan dilaksanakan dengan selamat dan terjamin selaras dengan kehendak Akta Imigresen 1959/63, Akta Paspot 1966. Peraturan-peraturan Imigresen 1963 dan Peraturan-peraturan Imigresen (Pentadbiran dan Pengurusan Depot Imigresen) 2003.
    2. Bertindak dengan cekap dan efisien bagi mengatasi kesesakan tahanan serta menangani krisis yang berlaku di Depot Imigresen.

3. MATLAMAT

Memastikan kes-kes penahanan dan pengusiran di Depot-depot Tahanan Imigresen dari proses penerimaan, penahanan sehingga proses pengusiran berjalan dengan berkesan dan lancar bagi mengelakkan pelbagai implikasi berkaitan dengan undang-undang.

4. MISI

Mewujudkan system perkhidmatan dan pengurusan Depot Imigresen yang mantap dan cemerlang.

5. VISI

Bahagian Terbaik dalam jabatan dan meletakkan perkhidmatan dan pengurusan Depot Imigresen serta kelancaran pengusiran di tahap yang membanggakan.

6. STRUKTUR ORGANISASI

a. Unit Pentadbiran dan Kewangan

      1. Sub Unit Pentadbiran
      2. Sub Unit Kewangan
      3. Sub Unit MS ISO
      4. Sub Unit Logistik

b. Unit Pengurusan Tahanan dan Pengusiran

      1. Sub Unit Kedutaan
      2. Sub Unit Banduan Dagang
      3. Sub Unit Serahan
      4. Sub Unit Depot/Statistik
      5. Sub Unit Perlindungan Wanita
      6. Sub Unit UNHCR

c. Unit Pengurusan Krisis dan Keselamatan

    Bahagian L - Penasihat Undang-Undang

    1. FUNGSI

      1. Memberi nasihat undang-undang mengenai semua bidang undang-undang kecuali undang-undang antarabangsa dan undang-undang Islam, berkenaan dengan perkara yang dirujuk kepadanya oleh Kerajaan.
      2. Membantu mentafsir undang-undag apabila dikehendaki oleh Kerajaan.
      3. Mendraf atau menyemak dokumen undang-undang seperti notis perundangan, perjanjian dan memorandum persefahaman yang mana Kerajaan merupakan salah satu pihak bagi memastikan kepentingan Kerajaan dilindungi.
      4. Menjalankan penyelidikan atau kajian mengenai perkara undang-undang apabila dikehendaki oleh Kerajaan. 
      5. Memberi nasihat mengenai perkara yang baginya Kerajaan berhasrat untuk mengawal selia dan menyediakan draf rang undang-undang perkara tersebut, jika ada, untuk mencerminkan keputusan dasar yang dibuat oleh Kerajaan dan mengemukakan draf undang-undang kepada Penggubal Undang-Undang Parlimen untuk mendapatkan kelulusannya.
      6. Menyertai rundingan perjanjian berkenaan dengan projek Kerajaan terutamanya projek penswastaan dan teknologi maklumat dan komunikasi.
      7. Menghadiri mesyuarat atas jemputan agensi Kerajaan dan memberi nasihat undang-undang mengenai perkara yang dibincangkan bagi memastikan apa-apa keputusan dasar yang dibuat oleh Kerajaan adalah menurut undang-undang.
      8. Menyertai sesi perkongsian maklumat atau latihan mengenai perkara undang-undang dengan memberikan kepakaran undang-undang kepada kedua-dua pihak, iaitu Kerajaan dan agensi bukan Kerajaan.

    2. OBJEKTIF

    Memberi nasihat undang-undang yang berkualiti, profesional dan selaras dengan Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Malaysia kepada Kerajaan dalam masa yang ditetapkan.

    3. MISI

    Menjadi bahagian yang:

      1. Diiktiraf kerana kecekapan, profesionalisme dan responsif dalam memberi nasihat perundangan; dan
      2. Mampu dalam membuat keputusan bernas yang mengambil kira kepentingan awam, keadilan dan manfaat yang berterusan kepada negara.

    4. VISI

    Menjadi suatu bahagian yang berwibawa dalam memberi nasihat undang-undang yang profesional dan bermutu mengikut undang-undang negara.

    5. PIAGAM PELANGGAN

      1. Beriltizam dan komited untuk memberi nasihat undang-undang yang bermutu menurut Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang kepada Kerajaan secara bertulis atau lisan dalam tempoh masa 7 hari.
      2. Beriltizam dan komited untuk memberi ulasan Jabatan Peguam Negara kepada Memorandum Jemaah Menteri yang dikemukakan oleh Kementerian dalm tempoh masa tidak melebihi 14 hari.
      3. Berusaha untuk menggubal dan menyemak dokumen perundangan seperti perjanjian, surat cara dan memorandum persefahaman yang mengambil kira dasar Kerajaan dan menjaga kepentingan awam dalam tempoh masa 14 hari.
      4. Berusaha untuk menjalankan kajian undang-undang termasuklah menyelaraskan dan mengharmonikan undang-undang sivil dan syariah dalam tempoh masa tidak melebihi 3 bulan.

    Perhatian : Piagam Pelanggan ini hanya terpakai dalam keadaan biasa tidak termasuk permohonan yang tidak lengkap, bermasalah atau perlu rujukan lanjut.

    6. STRUKTUR ORGANISASI

      1. Pentadbiran dan Kewangan
      2. Pembantu Undang-Undang

    Bahagian M - Audit Dalam

    Bahagian Audit Dalam
    Alamat Ibu Pejabat Jabatan Imigresen Malaysia
      Tingkat 7 (PODIUM)
      No 15, Persiaran Perdana, Presint 2
      62550 Putrajaya
    Telefon 03-88801016
    Faks 03-88801012






    1. SLOGAN

    "Auditan berkualiti meningkatkan Integriti"

    Bahagian K - Komunikasi Korporat

    1. FUNGSI

    a. Bahagian Komunikasi Korporat bertanggungjawab dari segi aspek-aspek berikut:

        1. Menguruskan hal-hal berkaitan perhubungan awam termasuk delegasi luar.
        2. Menguruskan hal-hal berkaitan aduan dan maklumbalas pelanggan.
        3. Menguruskan hal-hal berkaitan penerbitan seperti laporan tahunan, buletin dan lain-lain maklumat kepada orang awam.
        4. Menguruskan hal-hal berkaitan keurusetiaan parlimen.

    2. OBJEKTIF

      1. Memantapkan Imej Jabatan Imigresen Malaysia melalui Komunikasi Korporat dan pengurusan perhubungan pelanggan;
      2. Memberi perkhidmatan secara mesra, cekap, cepat dan tepat kepada pelanggan;
      3. Urusetia bagi pengurusan maklum balas dan aduan pelanggan; dan
      4. Urusetia bagi urusan Pasca Kabinet dan Perlimen yang berkaitan dengan Jabatan Imigresen Malaysia.

    3. STRUKTUR ORGANISASI

      1. Perhubungan Awam
      2. Khidmat Pelanggan
      3. Penerbitan
      4. Hubungan Luar
      5. Kualiti Dan Parlimen
      6. Pentadbiran & Kewangan