1. Permohonan Baru (Kelulusan KHEDN)

  • Mulai 1 Ogos 2005, permohonan dikemukakan ke Pusat Kelulusan Setempat di KHEDN (ditempatkan di Tingkat 4, Jabatan Imigresen Malaysia, Putrajaya)
  • Pegawai-pegawai dari agensi berkaitan seperti MITI, KSM, KPIAT, KPPK dan CIDB ditempatkan sepenuh masa di pusat ini.
  • Surat kelulusan akan dikeluarkan hanya selepas majikan membuat bayaran levi dalam tempoh dua hari.

2. Kemasukan Pekerja Asing di bawah Kelulusan Setempat

a. Lapangan Terbang Antarabangsa KLIA

  • Pekerja asing hendaklah mendapatkan Visa dari pejabat perwakilan Malaysia di luar negara. ATAU
  • Kemudahan Visa On Arrival dengan syarat pekerja menaiki pesawat MAS , Air Asia atau syarikat penerbangan nasional negara  asal .

b. Pintu Masuk Lain

  • Pekerja asing dari negara Thailand dan Indonesia hendaklah mendapatkan visa dari Pejabat Perwakilan Malaysia di negara berkenaan.
  • Bagi pekerja asing India, majikan adalah dibenarkan memohon Multiple Entry Visa/Single Entry visa mengikut prosedur sedia ada dari pejabat perwakilan Malaysia luar negara di India untuk memasuki Malaysia melalui KLIA.
  • Alamat Pusat-pusat Kelulusan Setempat: (Kementerian Dalam Negeri )

Bahagian Pengurusan Pekerja Asing
No.15,  Tingkat 4 (Podium), Persiaran Perdana Presint 2,
62550 Putrajaya

Urusetia, Jawatankuasa Buruh Asing
Pejabat Imigresen
Wilayah Persekutuan Labuan
87007 Labuan
Tel: 088-412298

Urusetia, Jawatankuasa Tetap Buruh Asing Indonesia Di Sabah
Pejabat Imigresen SabahKompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Jalan UMS,
88300 Kota Kinabalu, Sabah
Tel: 088-488700

Pengarah
Jabatan Buruh Sarawak
Tingkat 13, Bangunan Sultan Iskandar
Jalan Simpang Tiga P.O. Box 1383
93532 Kuching SARAWAK
Tel: 082-242261