Pasport Malaysia Terhad ke Brunei

Pasport ini dikeluarkan kepada warganegara Malaysia yang menetap di Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan untuk perjalanan ke Brunei Darussalam. Permohonan boleh dibuat di Pejabat-pejabat Imigresen di Sabah, Sarawak dan WP Labuan.

Tempoh Sah Laku-  Lima (5) tahun daripada tarikh dikeluarkan.

Bayaran - RM 50.00 (kadar baru berkuatkuasa 1 Mei 2011)

Syarat Pemohonan

Kategori Pemohon Dokumen Yang Perlu Dikemukakan
Pemohon yang berumur 18 tahun ke atas Lahir dalam negara
  • MyKad pemohon
  • Sekiranya tidak memiliki MyKad, kad pengenalan sementara (JPN.KPPK 09 dan 11) pemohon diperlukan.
  • 2 keping gambar terbaru berlatar belakang biru muda ( berukuran 3.5 x 5 sm)
Lahir luar negara
  • MyKad pemohon
  • Borang W/Sijil Lahir/Sijil Perakuan Taraf
  • Dokumen perjalanan yang digunakan semasa balik ke Malaysia.
  • 2 keping gambar terbaru berlatar belakang biru muda ( berukuran 3.5 x 5 sm)
Pegawai dan anggota tentera
  • Kad Tentera
  • 2 keping gambar terbaru berlatar belakang biru muda ( berukuran 3.5 x 5 sm)
Pegawai dan anggota polis
  • Kad Polis
  • 2 keping gambar terbaru berlatar belakang biru muda ( berukuran 3.5 x 5 sm)
Pemohon yang berumur 18 tahun ke bawah Lahir dalam negara
  • MyKad pemohon
  • Sijil lahir pemohon
  • MyKad bapa/ibu (ibu atau bapa perlu hadir sama).
  • 2 keping gambar terbaru berlatar belakang biru muda ( berukuran 3.5 x 5 sm)
Lahir luar negara
  • Borang W/Sijil Lahir/Sijil Perakuan Taraf
  • Dokumen perjalanan yang digunakan semasa balik ke Malaysia.
  • MyKad bapa/ibu (ibu atau bapa perlu hadir sama)
  • 2 keping gambar terbaru berlatar belakang biru muda ( berukuran 3.5 x 5 sm)
Jika ibu / bapa telah meninggal dunia
  • MyKad pemohon
  • Sijil lahir pemohon
  • Sijil kematian
  • Surat Akuan sumpah penjagaan  anak/ surat dari Jabatan Kebajikan Masyarakat.
  • Kad Pengenalan penjaga/Pasport Penjaga (jika warga asing)
  • 2 keping gambar terbaru berlatar belakang biru muda ( berukuran 3.5 x 5 sm)
Jika ibu/bapa bercerai
  • MyKad pemohon
  • Sijil lahir pemohon
  • Surat mahkamah memberi hak penjagaan anak kepada ibu/bapa.
  • MyKad ibu/bapa yang diberi hak penjagaan.
  • 2 keping gambar terbaru berlatar belakang biru muda ( berukuran 3.5 x 5 sm)
Jika ibu dan bapa tidak dapat dikesan
  • MyKad pemohon
  • Sijil lahir pemohon
  • Surat Sumpah/Surat Kebajikan Masyarakat atau pengesahan dari Ketua Kampung/Penghulu yang mengesahkan ibu/bapa tidak dapat dikesan.
  • Kad Pengenalan Penjaga/Pasport Penjaga (jika warga asing)
  • 2 keping gambar terbaru berlatar belakang biru muda ( berukuran 3.5 x 5 sm)
Jika pemohon adalah anak angkat
  • MyKad pemohon
  • Sijil Anak Angkat
  • Kad Pengenalan Penjaga/Pasport Penjaga (jika warga asing)
  • 2 keping gambar terbaru berlatar belakang biru muda ( berukuran 3.5 x 5 sm)
Jika pemohon telah berkahwin
  • MyKad pemohon
  • Sijil nikah atau surat cerai (jika telah bercerai)
  • 2 keping gambar terbaru berlatar belakang biru muda ( berukuran 3.5 x 5 sm)

Nota :

  • Pemohon hendaklah hadir di Pejabat Imigresen
  • Untuk gantian pasport, sila bawa bersama pasport sedia ada.