Pilihan Bahasa:

Pas Lawatan (Ikhtisas)

PAS LAWATAN (IKHTISAS)

Pas Lawatan Ikhtisas (PLIK) dikeluarkan kepada warganegara asing yang ingin bertugas dan menjalankan kerja-kerja khusus untuk jangka masa singkat di Malaysia.

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN:
1. Permohonan dikemukakan oleh penaja tempatan sahaja dan semua urusan dengan Jabatan Imigresen Malaysia dibuat oleh wakil penaja yang sah.

2.Pemohon Pas Lawatan (Ikhtisas) mestilah berada di negara asal semasa permohonan dibuat dan masuk/datang ke Malaysia melalui Visa kemasukan yang dikeluarkan oleh Pejabat Kedutaan/Perwakilan Malaysia di negara asal.

3.Tempoh maksimum yang dibenarkan adalah tidak melebihi 12 bulan atau tertakluk kepada tempoh yang disokong oleh agensi kawalselia. 

 4.Tempoh kelulusan bagi pelajar antarabangsa bagi Program Pertukaran/ Mobiliti dan Latihan Industri di IPTA, IPTS, Sekolah, Pejabat Kedutaan, Hotel dan Syarikat Tempatan adalah tidak melebihi 6 bulan.

Permohonan Pas Lawatan (Ikhtisas) yang lengkap hendaklah dikemukakan kepada:

Pengarah
Bahagian Visa, Pas dan Permit
Tingkat 3 (Podium)
Blok 2G4, Persiaran Perdana, Presint 2,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62250 Putrajaya

Kategori Pas Lawatan Ikhtisas (PLIK) adalah seperti berikut:
1. PAKAR SELAIN DARI YANG DIURUSKAN OLEH UNIT PAS LAWATAN (IKHTISAS) BAHAGIAN KHIDMAT EKSPATRIAT

i. Joki
ii.Sukarelawan
iii.Pelajar dibawah Program Pertukaran/ Mobiliti/ Latihan Industri di IPTA/ IPTS/ Sekolah-sekolah Awam/ Swasta/ Pejabat Kedutaan/ Hotel/ Syarikat
iv.Lain-lain kategori yang difikirkan bersesuaian oleh Ketua Pengarah Imigresen

Pautan Senarai Semak Permohonan


2. PENGGAMBARAN DAN PERSEMBAHAN ARTIS LUAR NEGARA
Syarikat/ penaja yang ingin membuat penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara hendaklah memohon Pas Lawatan (Ikhtisas) yang merangkumi seperti berikut:  

1.

Artis pentas

:

nyanyian, muzik, tarian, konsert, teater, sarkas, akrobatik, seni silat, silap mata dan promosi dan artis opera (Budha, Opera Hindu dan Opera-opera Lain)

2.

Bukan artis

:

mempunyai kepakaran dalam bidang pengurusan erkaitan seni pentas dan seni layar.

3.

Berkarya

:

penggiat, pengajar atau penglibatan di dalam penggambaran filem.

4.

Penggambaran filem

:

wawancara, dokumentari, cereka, iburan dan iklan komersial atau bentuk penggambaran lain yang dibuat di dalam Negara oleh syarikat perfileman dari luar Negara

5.

Persembahan

:

persembahan di hotel, pusat hiburan, premis perdagangan, pusat kebudayaan, stadium dan tempat-tempat yang difikirkan sesuai

6.

Aktiviti artis yang melibatkan persembahan di tempat terbuka atau tertutup, promosi album lagu dan filem artis serta promosi barangan atau produk kecuali produk minuman keras dan produk tembakau.

Permohonan boleh dikemukakan seperti berikut:

2.1         PENGGAMBARAN FILEM DAN PERSEMBAHAN ARTIS LUAR NEGARA (PUSPAL)

Kelulusan penggambaran filem dan persembahan Artis Luar Negara perlulah diperolehi dari Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL) sebelum mengemukakan permohonan Pas Lawatan (Ikhtisas) kepada Jabatan Imigresen Malaysia.

Maklumat lanjut boleh diperolehi di laman Web Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL) – https://epuspal.kkmm.gov.my/).

Permohonan hendaklah dikemukakan kepada:

Jawatankuasa Agensi Pusat

Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL)

Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Aras 24, Kompleks Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Lot 4G9, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100 Putrajaya

 

2.2       PENGGAMBARAN FILEM (FINAS)

Permohonan Pas Lawatan (Ikhtisas) bagi kategori ini perlu mendapatkan sokongan FINAS. Kepakaran yang disokong oleh FINAS rujuk http://www.finas.gov.my/index.php?mod=licensing&;sub=suratsokonganpekerjaasing.

Pautan Senarai Semak Permohonan

Permohonan Pas Lawatan (Ikhtisas) yang lengkap hendaklah dikemukakan kepada:

Pengarah Bahagian Visa, Pas dan Permit
Tingkat 3 (Podium)
Blok 2G4, Persiaran Perdana, Presint 2,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62250 Putrajaya

  1. KATEGORI GURU AGAMA ISLAM

Permohonan Pas Lawatan (Ikhtisas) bagi kategori ini dikeluarkan kepada warganegara asing yang ingin berkhidmat sebagai:

    1. Guru Agama (Termasuk Imam Masjid)
    2. Guru Al-Quran
    3. Guru Bahasa Arab

 

Pautan Senarai Semak Permohonan

  1. KATEGORI PELAJAR ISLAM

Permohonan Pelajar Asing yang ingin mengikuti Pengajian Islam di Malaysia adalah seperti berikut:

i. Pelajar berumur di bawah 18 tahun
ii. Pelajar berumur 18 tahun dan ke atas
iii. Pelajar mualaf untuk semua peringkat umur

Pautan Senarai Semak Permohonan Pelajar Islam di bawah 18 tahun

Pautan Senarai Semak Permohonan Pelajar Islam 18 tahun dan ke atas

 

      SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

  1. Pemohon Pas Lawatan (Ikhtisas) mestilah berada di negara asal semasa permohonan dibuat dan masuk/datang ke Malaysia melalui Visa kemasukan yang dikeluarkan oleh Pejabat Kedutaan/ Perwakilan Malaysia di negara asal.
  2. Permohonan perlu dikemukakan oleh majikan/ penaja/ pihak sekolah
  3. Permohonan perlu dikemukakan sekurang-kurangnya satu (1) bulan sebelum pemohon mula berkhidmat/ mula pengajian.

              

  1. KATEGORI PENGAMAL LAIN-LAIN AGAMA

Pas Lawatan (Ikhtisas) dikeluarkan kepada warganegara asing yang ingin

bertugas sebagai Sami Hindu (Gurukkal), Sami Sikh (Granthi), Paderi, Guru Dharma dan Pengukir.

 

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

 i.  Pemohon Pas Lawatan (Ikhtisas) mestilah berada di negara asal semasa permohonan dibuat dan masuk/ datang ke Malaysia melalui Visa kemasukan yang dikeluarkan oleh Pejabat Kedutaan/Perwakilan Malaysia di negara asal.

ii.  Tempoh maksimum yang dibenarkan adalah selama tiga (3) tahun sahaja.

iii.  Memenuhi syarat umur seperti berikut:

  • 40 tahun keatas bagi sami hindu (Gurukkal), Granthi, Guru Dharma dan Paderi
  • 35 tahun ke atas bagi pemuzik keagamaan
  • 30 tahun ke atas bagi pengukir keagamaan
  1. Permohonan perlu dikemukakan oleh majikan/ penaja/ kuil/ Gudwara/ Tokong
  2. Permohonan perlu dikemukakan sekurang-kurangnya satu (1) bulan sebelum pemohon mula bertugas
  3. Kelulusan permohonan bergantung kepada keputusan Jawatankuasa Khas Pas Lawatan (Ikhtisas)

Pautan Senarai Semak Permohonan

  1. KATEGORI PELAJAR ANTARABANGSA YANG MENGIKUTI KURSUS BERBENTUK KEAGAMAAN DI BAWAH MALAYSIA BIBLE SEMINARY

Pas Lawatan (Ikhtisas) bagi kategori ini dikeluarkan kepada pelajar antarabangsa yang mengikuti pengajian di bawah Malaysia Bible Seminary.

Pautan Senarai Semak Permohonan

 

  1. KATEGORI PROGRAM KERJASAMA KERAJAAN/ ATAS MATLAMAT KERAJAAN

Pas Lawatan (Ikhtisas) bagi kategori ini dikeluarkan kepada peserta antarabangsa yang mengikuti program kerjasama kerajaan/ atas jemputan kerajaan/ atas matlamat kerajaan.

Pautan Senarai Semak Permohonan

Imigresen Qrcode
Kemaskini terakhir: 19 September 2018.

Jumlah pelawat hari ini: 10272
Jumlah pelawat keseluruhan: 13730474