Pilihan Bahasa:

Pas Lawatan Kerja Sementara

Pas Lawatan Kerja Sementara

Permohonan Pas Lawatan Kerja Sementara Bagi Pekerja Asing

Permohonan Pekerja Asing

1. Jenis-jenis Sektor:
i. Pembuatan
ii. Perladangan
iii. Pertanian
iv. Pembinaan
v. Perkhidmatan

Permohonan kelulusan kuota hendaklah dibuat di Pusat Kelulusan Setempat, Kementerian Dalam Negeri kecuali Pembantu Rumah Asing, tukang masak warganegara Thailand dan penoreh getah di negeri-negeri Utara dan Pantai Timur tidak memerlukan kelulusan tersebut.

2. Tatacara Permohonan Baru

a. Mendapatkan Surat Kelulusan dan membuat bayaran levi di Pusat Kelulusan Setempat, KDN.

b. Majikan memohon Visa Dengan Rujukan (VDR) dan Pas Lawatan (Kerja Sementara).

a. Dokumen yang diperlukan untuk memohon:

i. Surat permohonan dari majikan

ii. Borang perakuan permohonan visa dengan rujukan
iii. Surat kelulusan Kementerian Dalam Negeri
iv. Resit asal bayaran levi
v. Borang IMM.12
vi. Borang bayaran
vii. Borang permohonan VDR pekerja asing baru
viii. Bank draf (Bayaran PLKS, PROSES DAN VISA)
ix Wang cagaran / Insuran Guarantee / Bank Guarantee (sahlaku sekurang-kurangnya 18 bulan)
x. Salinan pasport pekerja
xi. Gambar pekerja (1 keping)
xii. Personal bond yang dimatikan setem
xiii. Laporan pemeriksaan perubatan yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dari negara sumber

b. Dokumen Tambahan:

i. Salinan borang pendaftaran syarikat (Borang 49/ Borang B&D) / Kad Wakil Syarikat (Kad kuning) untuk Permohonan VDR Pekerja Asing (Majikan / Wakil Syarikat)

ii.Surat kelulusan outsourcing asal pengambilan pekerja asing dan salinan diakui sah sijil outsourcing untuk Permohonan VDR Pekerja Asing (Syarikat Outsourcing)

c. Pekerja Asing hendaklah berada di luar negara sementara permohonan diproses. Pekerja tersebut hanya akan dibenarkan masuk selepas permohonan VDR dan PL(KS) diluluskan. Pintu masuk yang dibenarkan:

i. Melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)
Pekerja asing hendaklah mendapatkan Visa dari Pejabat Perwakilan Malaysia di luar negara atau Kemudahan Visa On Arrival (VOA)

ii. Melalui Pintu-pintu Masuk Lain
Pekerja asing dari negara Thailand dan Indonesia hendaklah mendapatkan Visa dari Pejabat Perwakilan Malaysia di Negara berkenaan.


d. Melakukan pemeriksaan kesihatan di klinik/pusat kesihatan yang berdaftar dengan FOMEMA dan disahkan sihat.

e. Mendapatkan Pelekat Pas Lawatan (Kerja Sementara) Di Pejabat Imigresen Negeri Atau Di Ibu Pejabat Imigresen Malaysia, Putrajaya. Dokumen diperlukan:

i. Surat kelulusan asal dari Pusat Kelulusan Setempat, KDN
ii.  Resit-resit asal bayaran yang telah dibuat
iii. Pasport pekerja

* Peringatan: Semua urusan di atas hendaklah dilakukan dalam tempoh sebulan daripada tarikh kemasukan pekerja ke Negara ini.

3. Tatacara Permohonan Lanjutan

i. Permohonan dilakukan di Bahagian Pekerja Asing, Ibu Pejabat/Pejabat Imigresen Negeri. Majikan perlu memohon 3 bulan sebelum tarikh tamat PL(KS).
ii. Pekerja asing perlu melakukan ujian pemeriksaan kesihatan dengan FOMEMA dan disahkan sihat (bagi lanjutan tahun kedua dan ketiga sahaja).
iii. Permohonan perlu dihantar atau dimohon oleh majikan.
iv. Dokumen yang diperlukan :
v. Borang 49 / Borang B & D / kad wakil syarikat
vi. Borang bayaran
vii. Pasport pekerja asing yang masih sah tidak kurang 12 bulan
viii. Salinan resit bayaran wang cagaran /Jaminan bank/ Jaminan insuran (tidak kurang daripada 18 bulan)

4. Bentuk bayaran

i. Tunai
ii. Bank deraf atas nama "KETUA PENGARAH IMIGRESEN MALAYSIA" dan bagi negeri-negeri atas nama "PENGARAH IMIGRESEN NEGERI" berkenaan. (Contoh : PENGARAH IMIGRESEN NEGERI KEDAH)

5. Maklumat Tambahan

i. Syarikat outsourcing dibenarkan membuat penukaran pekerja-pekerjanya dari satu syarikat ke satu syarikat di dalam sektor yang sama sahaja.
ii. Syarikat outsourcing hendaklah bertanggungjawab mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan.

* Perhatian:

a. Pekerja Asing mestilah dalam lingkungan umur 18-45 tahun.
b. Pekerja Asing tidak dibenarkan membawa keluarga masuk dan tinggal di negara ini.
c. Pekerja Asing tidak boleh bertukar sektor pekerjaan atau bertukar majikan tanpa mendapat kebenaran daripada Kementerian Dalam Negeri.
d. Pekerja asing hanya dibenarkan bekerja dalam tempoh tidak melebihi 5 tahun
e. Pekerja Asing dibenarkan tinggal di negara ini mengikut tarikh pas yang telah ditetapkan. Lanjutan tempoh sah laku PL(KS) hendaklah dikemukakan kepada mana-mana Pejabat Imigresen 3 bulan sebelum tarikh tamat PL(KS).
f. Majikan adalah bertanggungjawab sepenuhnya dalam segala hal pembayaran deposit, visa, pas dan levi Pekerja Asing di Jabatan Imigresen Malaysia
g. Deposit hanya boleh dibayar balik jika majikan telah mengemukakan bukti bahawa Pekerja Asing telah meninggalkan negara atau telah bertukar majikan dengan kebenaran Jabatan Imigresen.
h. Pekerja Asing hendaklah dihantar pulang ke negara asal sebaik sahaja tamat tempoh bekerja, dibuang kerja atau apabila PL(KS) telah tamat tempoh atau telah dibatalkan atau disahkan tidak sihat.
i. Pekerja Asing tidak dibenarkan berkahwin dengan penduduk tempatan atau pekerja asing yang bekerja di negara ini.
j. Majikan bertanggungjawab melaporkan kepada Jabatan Imigresen Malaysia sekiranya Pekerja Asing melarikan diri dari tempat sepatutnya dia bekerja.
Kelulusan PL(KS) boleh ditarik balik atau dibatalkan jika ianya bertentangan dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia.

NOTA :

Untuk permohonan pekerja asing di Negeri Sabah dan Sarawak, sila rujuk Pejabat Imigresen Negeri berkenaan.

Bil. Negara Sumber Jumlah Pendapatan majikan(Bersih) Bayaran Sita (Personal Bond)
1. Indonesia RM 3,000.00 RM 250.00
2. Filipina RM 5,000.00 RM 750.00
3. Sri Lanka RM 5, 000.00 RM 750.00
4. Thailand RM 3,000.00 RM 250.00
5. Cambodia RM 3,000.00 RM 250.00
6. India RM 5,000.00 RM 750.00
7. Laos RM 3,000.00 RM 1500.00
8. Vietnam RM 3,000.00 RM 1500.00

Permohonan Pas Lawatan Kerja Sementara Bagi Pembantu Rumah

Pembantu Rumah Asing (PRA)

1. Negara sumber yang dibenarkan ialah:

i. Indonesia
ii. Thailand
iii. Kemboja
iv. Filipina
v. Sri Lanka
vi. India
vii. Vietnam
viii. Laos

2. Syarat-Syarat Kelayakan Pembantu Rumah Asing (PRA)

a. Bakal PRA mestilah:

i.Perempuan

ii. Berusia tidak kurang daripada 21 tahun dan tidak melebihi 45 tahun

iii. Disahkan sihat oleh pusat-pusat perubatan yang dilantik.

iv. Berada di negara asal

v. Masuk/datang ke Malaysia menggunakan Visa Dengan Rujukan (VDR) yang diambil di pejabat perwakilan Malaysia di negara berkenaan.

b. PRA yang gagal pemeriksaan kesihatan:

i. Tidak dibenarkan bekerja

ii. Majikan perlu mengurus penghantaran pulang segera dengan mendapatkan Memo Periksa Keluar dari Jabatan Imigresen Malaysia.

3. Syarat-Syarat Kelayakan Majikan

a. Permohonan pengambilan secara:

i. Majikan sendiri

ii. Melalui agensi pekerjaan yang berdaftar dengan Jabatan Imigresen Malaysia di pejabat Imigresen Negeri mengikut alamat majikan.

b. Pastikan Borang Permohonan beserta dokumen yang diperlukan adalah lengkap.

c. Majikan terdiri daripada suami atau isteri dan mempunyai:

i. Anak berumur bawah 15 tahun ATAU

ii. Ibu bapa yang sakit/uzur.

d. Majikan mestilah bekerja dan hanya satu (1) PRA yang layak dipohon untuk satu keluarga.

e. Kelayakan gaji majikan untuk mengambil PRA mengikut negara sumber:

Bil

Negara Sumber

Jumlah Pendapatan majikan(Bersih)

Bayaran Sita (Personal Bond)

1

 Indonesia

RM 3,000.00

RM 250.00

2

 Filipina

RM 5,000.00

RM 750.00

3

 Sri Lanka

RM 5,000.00

RM 750.00

4

 Thailand

RM 3,000.00

RM 250.00

5

 Kemboja

RM 3,000.00

RM 250.00

6

India

RM 5,000.00

RM 750.00

7

Laos

RM 3,000.00

RM 1,500.00

8

Vietnam

RM 3,000.00

RM 1,500.00

f. Majikan yang telah diisytiharkan muflis tidak layak memohon.

g. Permohonan PRA kedua, majikan mestilah:

i. Mempunyai alasan yang kukuh dan

ii. Mempunyai pendapatan mengikut syarat yang ditetapkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia.

h. Majikan beragama Islam dibenarkan menggaji PRA beragama Islam sahaja.

i. Sebaik sahaja PRA tiba di negara ini, majikan hendaklah:

i. Membuat pemeriksaan kesihatan bagi PRA di klinik panel yang dilantik oleh Fomema Sdn. Bhd. dan

ii. Mendapatkan pelekat PL(KS) di Jabatan Imigresen Malaysia Negeri yang meluluskannya dalam masa 1 satu bulan dari tarikh tiba.

4. Syarat Tambahan

a. Pastikan PRA ditugaskan untuk membuat kerja-kerja rumah sahaja (tidak termasuk cuci kereta).

b. Menyediakan kemudahan bilik/tempat tinggal yang sesuai kepada PRA lengkap dengan kemudahan asas, makanan yang berkhasiat, rehat secukupnya termasuk waktu tidur.

c. Majikan bukan Islam yang menggaji PRA yang beragama Islam mestilah menghormati sensitiviti agama PRA dengan membenarkan:

   > Melakukan ibadah seperti sembahyang 5 waktu

  > Puasa bulan Ramadhan dan

  > Tidak disuruh melakukan kerja-kerja rumah yang bertentangan dengan agama Islam.

d. Memastikan PRA tidak berkahwin di negara ini semasa memegang PL(KS).

e. Maklum bahawa PRA tidak dibenarkan membuat Permohonan Permit Masuk semasa memegang PL(KS).

f. Memastikan PRA tidak bertukar pekerjaan/sektor atau bertukar majikan tanpa kebenaran dari Jabatan Imigresen Malaysia.

g. Lanjutan tempoh PL(KS) hendaklah dikemukakan kepada mana-mana Pejabat Imigresen tiga (3) bulan sebelum tarikh tamat PL(KS) setelah lulus pemeriksaan kesihatan.

h. Untuk tujuan lanjutan PL(KS) atau Memo Periksa Keluar, majikan bertanggungjawab:

i. Menyimpan rekod pembayaran gaji PRA dan menunjukkan kepada pihak Jabatan apabila diminta.

ii. Gaji PRA hendaklah dijelaskan selewat-lewatnya pada minggu terakhir setiap bulan.

i. rawatan perubatan PRA semasa dalam tempoh PL(KS) adalah dibawah tanggungjawab majikan

j. Majikan bertanggungjawab melaporkan kepada Jabatan Imigresen Malaysia sekiranya PRA: 

i. Meninggal dunia

ii. Hilang

iii. Melarikan diri dari tempat sepatutnya dia bekerja.

k. Majikan atau agensi tidak dibenarkan memukul atau apa-apa perbuatan yang mendatangkan kecederaan kepada PRA.

l. Sekiranya majikan atau pasangannya meninggal dunia, maka majikan atau pasangan atau warisnya diminta melaporkan kepada Jabatan untuk tujuan pengesahan status majikan baru PRA berkenaan.

m. Majikan hendaklah mendapatkan kelulusan dari Jabatan bagi PRA yang memohon berhenti atau diberhentikan atau tamat tempoh pas dengan mendapatkan Memo Periksa Keluar dari Jabatan bagi tujuan penghantaran pulang.

n. Jabatan Imigresen Malaysia mempunyai hak membatalkan kelulusan pas yang dikeluarkan

o. Jabatan Imigresen Malaysia mempunyai kuasa memindahkan PRA yang dianiaya oleh majikan asal kepada majikan baru yang layak atas dasar kemanusiaan walaupun tanpa persetujuan majikan asal.

p. Majikan yang ingin membawa PRA bekerja di luar negara dikehendaki memaklumkan kepada pejabat perwakilan negara asal PRA berkenaan di Malaysia.

q. Majikan yang telah diberi kelulusan PRA tetapi gagal mematuhi syarat-syarat di atas akan disenaraihitamkan daripada mendapat kemudahan PRA.

5. Dokumen yang diperlukan Permohonan PRA

a. Permohonan bagi mendapatkan kelulusan pengambilan pembantu rumah asing boleh dibuat di semua Pejabat Imigresen Negeri mengikut alamat majikan.

b. Dokumen yang diperlukan untuk proses permohonan Visa Dengan Rujukan (VDR) Pembantu Rumah Warga Asing:

i. Borang permohonan baru (PRA1)

ii. Borang Permohonan Gantian PRA (PRA2)

iii. Borang IM 12. (Permohonan PLKS)

iv. Borang IM 38. (Permohonan Visa)

v. Borang Personal Bond yang dimatikan setem RM10.00

vi. Perjanjian Pekerjaan oleh pembantu rumah asing yang dimatikan setem RM10.00 (2 set asal dan 2 set salinan)

vii. Salinan Pasport pembantu rumah asing

viii. Laporan Perubatan bakal PRA dari negara asal oleh panel yang dilantik oleh Kementerian Kesihatan Malaysia

ix. Borang perakuan pengambilan pembantu rumah asing beragama Islam dan borang perakuan pembantu rumah asing beragama Islam bagi majikan yang menggaji PRA beragama Islam. (Bagi majikan bukan beragama Islam sahaja)

x. Borang perakuan daripada majikan yang tidak menggunakan agensi berdaftar bagi majikan yang mengemukakan permohonan secara individu

xi. Bukti pendapatan tetap suami isteri:
xii.Salinan kad pengenalan suami isteri

    > Penyata KWSP dan slip gaji (3 bulan terkini) ATAU

    > e-BE/ Penyata LHDN yang disahterima beserta slip bayaran

xiii. Dokumen sokongan untuk tujuan permohonan PRA (Seperti sijil kelahiran anak, pengesahan pegawai perubatan mengenai keluarga sakit)

xiv. Sijil perkahwinan (bagi permohonan kali pertama sahaja)

6. Prosidur Kemasukan Pembantu Rumah Asing

a. PRA yang telah mendapat surat kelulusan Visa Dengan Rujukan perlu mendapat visa di Pejabat Perwakilan Malaysia di negara asal PRA berkenaan sebelum masuk ke Malaysia.

b. Setelah mendapat visa, PRA boleh masuk ke Malaysia melalui mana-mana pintu masuk yang dibenarkan. Pegawai Imigresen di pintu-pintu masuk yang dibenarkan akan memberi Pas Khas untuk tempoh 30 hari supaya majikan melaporkan kehadiran PRA berkenaan di pejabat Imigresen yang meluluskan VDR sama ada Pejabat Imigresen Negeri atau Ibu Pejabat Imigresen Malaysia.

c. Majikan atau agensi pekerjaan dikehendaki menunggu dan menjemput PRA berkenaan di pintu masuk berkenaan.

d. Majikan atau agensi pekerjaan dikehendaki membawa PRA menjalani pemeriksaan kesihatan di klinik-klinik yang berdaftar dengan FOMEMA Sdn. Bhd. dalam kadar segera (dalam tempoh sebulan). Pekerja yang gagal pemeriksaan kesihatan ini hendaklah dihantar pulang ke negara asal mereka segera.

7. Pelekat Pas Lawatan (Kerja Sementara)

a. PRA yang telah lulus pemeriksaan kesihatan dan disahkan sihat oleh FOMEMA Sdn. Bhd. sahaja dikeluarkan Pas Lawatan (Kerja Sementara) mengikut tempoh yang diluluskan pada surat kelulusan VDR.

b. Setelah mendapat pelekat Pas Lawatan (Kerja Sementara), PRA berkenaan dibenarkan bekerja sehingga tarikh akhir yang tercatat pada pelekat PL(KS) berkenaan.

8. Permohonan Lanjutan Pas Lawatan (Kerja Sementara)

a. Permohonan lanjutan PL(KS) pekerja asing boleh dibuat di Pejabat Imigresen Negeri atau Bahagian Pekerja Asing, Ibu Pejabat dalam tempoh tiga bulan sebelum PL(KS) tamat.

b. Majikan perlu memastikan pekerja menjalani pemeriksaan kesihatan di klinik panel yang dilantik oleh FOMEMA Sdn. Bhd. serta disahkan sihat sebelum permohonan lanjutan tahun kedua dan ketiga dikemukakan ke Jabatan Imigresen Malaysia.

c. Semua urusan lanjutan PL(KS) pekerja asing semua sektor hendaklah dikemukakan sendiri oleh majikan kecuali pembaharuan PRA boleh diuruskan oleh agensi pekerjaan yang berdaftar dengan Jabatan ini.

d.  Permohonan yang tidak lengkap atau teratur akan ditolak. 

e. Bayaran untuk lanjutan merangkumi bayaran levi, bayaran visa mengikut jenis dan warganegara, bayaran proses dan bayaran untuk PL(KS).
f. Dokumen yang perlu dikemukakan: 

i. Pasport pekerja dan tempoh sah laku melebihi 12 bulan.

ii. Bayaran secukupnya dalam bentuk bank draf atau wang pos hendaklah dibuat atas nama Ketua Pengarah Imigresen Malaysia atau Pengarah Imigresen Negeri (dimana bayaran dibuat). Nama dan alamat majikan hendaklah ditulis di belakang bank draf berkenaan.

Makluman : Pastikan PRA telah lulus pemeriksaan kesihatan oleh FOMEMA Sdn. Bhd. bagi tujuan lanjutan tahun kedua dan ketiga sahaja.

9. Gantian Pembantu Rumah Asing (PRA)

a. Majikan boleh mengemukakan permohonan menukar atau menggantikan PRA yang telah diluluskan Visa Dengan Rujukan dalam dua keadaan :

i. Pekerja telah masuk ke negara ini tetapi disahkan tidak sihat. Dokumen yang diperlukan:

  • Surat permohonan majikan
  • Surat kelulusan Visa Dengan Rujukan 
  • Memo Periksa Keluar
  • Resit bayaran yang asal

ii. Pekerja tidak masuk setelah kelulusan VDR dikeluarkan. Dokumen yang diperlukan:

  • Surat permohonan majikan
  • Surat kelulusan Visa Dengan Rujukan
  • Resit bayaran yang asal
  • Surat pengesahan pembatalan visa dari pejabat perwakilan di Negara asal pekerja (jika ada)

10. Permohonan Memo Periksa Keluar

a. Memo periksa keluar ialah permohonan keberangkatan pulang pekerja asing / pembantu rumah asing ke negara asal di atas sebab-sebab tertentu.

b. Dokumen yang diperlukan :

i. Borang permohonan Memo Periksa Keluar

ii. Pasport asal pekerja asing.

iii. Tiket pulang ke negara asal.

c. Majikan hendaklah memastikan pekerja asing mereka pulang pada tarikh yang ditetapkan pada Memo Periksa Keluar melalui Pintu Keluar yang dipohon

d. Sekiranya majikan tidak memohon Memo Periksa Keluar, pekerja asing tersebut masih dianggap bekerja dengan mereka dan majikan masih bertanggungjawab terhadap pekerja asing tersebut.

11. Laporan Pekerja Asing Melarikan Diri

a. Majikan/pelapor perlu hadir ke Pejabat Imigresen berkaitan untuk mengemukakan dokumen-dokumen berikut bagi membatalkan PL(KS) Pekerja Asing/ Pembantu rumah berkenaan:

i. Surat permohonan membatalkan PL(KS) pekerja asing yang melarikan diri.

ii. Salinan kad pengenalan majikan / wakil majikan

iii. Pasport asal pekerja asing yang melarikan diri

iv. Borang Laporan Pekerja Asing Melarikan Diri dari Majikan yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia

v. Salinan Laporan Polis yang disahkan

b. Pembantu rumah asing yang melarikan diri akan disenaraihitamkan.

c. Majikan dikehendaki menjelaskan wang jaminan pada kadar personal bond yang telah ditandatangani semasa permohonan.

 12. Senarai klinik atau hospital

Senarai klinik atau hospital untuk Pemeriksaan Pekerja Asing di Negara Sumber Pekerja Asing

Pehatian dan Peringatan

  1. Sila bawa dokumen asal untuk tujuan pengesahan
  2. Permohonan boleh dibuat secara individu iaitu semua urusan dijalankan oleh majikan sendiri atau melalui agensi pekerjaan yang berdaftar dengan Jabatan Imigresen Malaysia sahaja
  3. Semasa penyerahan, borang permohonan mestilah lengkap dan permohonan yang tidak lengkap akan ditolak
  4. Bayaran kepada Jabatan Imigresen Malaysia hanya dibuat setelah permohonan diluluskan dan pastikan resit rasmi Jabatan diterima setelah bayaran dibuat.
  5. Untuk tujuan lanjutan Pas Lawatan (Kerja Sementara), pastikan pemeriksaan kesihatan oleh FOMEMA dibuat 3 bulan sebelum tarikh tamat pas.
  6. Majikan adalah bertanggungjawab di atas kelakuan dan tatatertib PRA semasa berada di Malaysia.
  7. Bayaran mesti dibuat selepas permohonan diluluskan (levi, visa, proses dan bayaran untuk PL(KS).
Imigresen Qrcode
Kemaskini terakhir: 22 May 2018.

Jumlah pelawat hari ini: 2658
Jumlah pelawat keseluruhan: 12041627