Pilihan Bahasa:

Pas Sempadan Malaysia - Thailand

1. TUJUAN

Dokumen ini dikeluarkan kepada warganegara Malaysia dan Penduduk Tetap Malaysia keturunan Thai yang menetap lebih tiga (3) tahun di Kelantan, Perlis, Kedah atau Perak.

2. TEMPOH SAHLAKU

Enam (6) bulan dari tarikh dikeluarkan dan boleh digunakan bagi beberapa kali perjalanan. Tidak boleh dilanjutkan tempoh sahlakunya.

3. SYARAT-SYARAT AM

a. Dua (2) keping gambar pemohon berukuran 3.5 sm x 5.0 sm
b. Maklumat kanak-kanak berusia di bawah 15 tahun, namanya hendaklah dimasukkan ke dalam Pas Sempadan Ibu atau Bapa
c. Bukti menetap di negeri yang dinyatakan
Pemohon Syarat-Syarat
Berumur 15 tahun ke atas a. Dua (2) keping gambar berukuran 3.5 sm x 5.0 sm
b. Kad Pengenalan [MyKad/Kad Pengenalan Tentera/Kad Pengenalan Polis atau Kad Pengenalan Sementara (JPN.KPPK 09 atau 11)]
c. Kad Pengenalan Penduduk Tetap (hanya untuk Penduduk Tetap keturunan Thai sahaja)
d. Sijil Kelahiran bagi pemohon berumur 18 tahun ke bawah
Berumur di bawah 15 tahun a. Dua (2) keping gambar berukuran 3.5 sm x 5.0 sm
b. Sijil Kelahiran
c. Kad Pengenalan [Mykad/Kad Pengenalan Tentera/Kad Pengenalan Polis atau Kad Pengenalan Sementara (JPN.KPPK 09 atau 11)]
d. Kad Pengenalan bapa / ibu / penjaga yang sah
Jika pemohon diiringi oleh isteri
a. Kad Pengenalan [Mykad/Kad Pengenalan Tentera/Kad Pengenalan Polis atau Kad Pengenalan Sementara (JPN.KPPK 09 atau 11)]
b. Kad Pengenalan Isteri [Mykad/Kad Pengenalan Tentera/Kad Pengenalan Polis atau Kad Pengenalan Sementara (JPN.KPPK 09 atau 11)]
c. Sijil lahir anak dan Kad Pengenalan anak jika berumur 15 tahun kebawah
d. Dua (2) keping gambar berukuran 3.2 sm x 5.0 sm setiap orang
e. Sijil Nikah/Sijil Perkahwinan

4. BAYARAN

- RM 10.00
Imigresen Qrcode
Kemaskini terakhir: 15 August 2018.

Jumlah pelawat hari ini: 5371
Jumlah pelawat keseluruhan: 13375168