- Perincian
Kemudahan Pergerakan Bebas Di Wang Kelian, Perlis
a. Warganegara Thailand dibenarkan masuk tanpa dokumen perjalanan melalui Pos Kawalan Imigresen Wang Kelian, Perlis untuk berkunjung ke Arked Pekan Sehari di Wang Kelian, Perlis sahaja.
b. Warganegara Malaysia dibenarkan keluar / masuk tanpa dokumen perjalanan melalui Pos Kawalan Imigresen Wang Kelian, Perlis untuk ke Pekan Sehari Wang Prachan, Satun Thailand sahaja. Walaubagaimanapun, warganegara Malaysia perlu mengemukakan Kad Pengenalan Malaysia (Mykad) sebagai dokumen pengenalan semasa melalui pemeriksaan imigresen Malaysia.
a. Warganegara Malaysia dan Thailand hanya dibenarkan masuk / keluar tanpa dokumen perjalanan sehingga had pergerakan bebas yang dibenarkan sahaja iaitu:
i. Had pergerakan bebas bagi warganegara Thailand adalah sehingga Pos Kawalan Ke-dua Imigresen sahaja yang jaraknya satu (1) kilometer radius dari Pos Kawalan Utama Imigresen; dan
ii. Had pergerakan bebas yang dibenarkan bagi warganegara Malaysia ialah sehingga Pasar Sehari Wang Prachan, Satun Thailand sahaja.
a. Waktu yang dibenarkan masuk / keluar melalui kemudahan pergerakan bebas (free flow) di Wang Kelian bagi warganegara Malaysia dan Thailand adalah dari jam 8.00 pagi hingga 7.00 malam setiap hari.
b. Warganegara Malaysia dan Thailand yang menggunakan kemudahan pergerakan bebas (free flow) ini hendaklah keluar semula pada hari yang sama.
- Telah Dikemaskini pada Khamis, 05 April 2012 03:58