Pilihan Bahasa:

Endosmen Pengecualian Seksyen 66

ENDOSMEN PENGECUALIAN

LATAR BELAKANG PEMBERIAN ENDOSMEN PENGECUALIAN :

Seksyen 66 Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) ialah sekatan ke atas hak masuk warganegara ke dalam Negeri Malaysia Timur. Seseorang warganegara adalah tertakluk kepada memiliki Pas atau Permit untuk memasuki dan berada di Negeri Malaysia Timur (Sabah / Sarawak).

Endosmen pengecualian ini adalah suatu bentuk cop yang diturunkan ke dalam dokumen perjalanan pemohon, sama ada Dokumen Perjalanan Terhad (DPT) atau Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA), yang mana mengecualikan pemegangnya daripada mendapatkan suatu pas atau permit tinggal atau bekerja di Negeri Sabah.

Endosmen pengecualian ini hanya dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sabah.

Kegagalan untuk mendapatkan endosmen pengecualian ini akan menyebabkan masalah-masalah seperti berikut;

a.       Tidak dibenarkan berlepas sekiranya Pas Lawatan Sosial (IMM.114) telah tamat tempoh.

b.       Perlu mendapatkan Memo Periksa Keluar di Bahagian Visa, Pas & Permit sebelum keluar dari Negeri Sabah (sekiranya Pas Lawatan Sosial (IMM.114) telah tamat tempoh).

c.       Menjejaskan permohonan Permit Masuk Tinggal Tetap di Negeri Sabah kerana syarat utama adalah memiliki Pas Jangka Panjang tinggal di Negeri Sabah sebagai bukti.

d.       Pelanggaran Akta Imigresen 1959/63.

 

1.   SEKSYEN 66(1)(d) AKTA IMIGRESEN 1959/63

 

 1.1  SYARAT-SYARAT:-

Pemberian endosmen diberikan kepada penjawat awam yang berasal dari Semenanjung Malaysia / Sarawak untuk berkhidmat di mana-mana Jabatan Persekutuan Negeri Sabah.

Pembatalan endosmen ini perlu dibuat oleh pemegangnya atau majikannya di mana-mana Pejabat Imigresen terdekat di Negeri Sabah, sekiranya pemegangnya tidak lagi berkhidmat di Jabatan Persekutuan Negeri Sabah.

 

 1.2  SENARAI DOKUMEN YANG DIPERLUKAN :-

                     i.         Dokumen Perjalanan (DPT atau PMA) Pemohon

                   ii.         MyKad Pemohon

                 iii.         Surat Pertukaran / Penempatan Perkhidmatan di Negeri Sabah

 

2.   SEKSYEN 66(2) AKTA IMIGRESEN 1959/63

 2.1   SYARAT PEMBERIAN :-

Pemberian endosmen diberikan kepada Tanggungan kepada penjawat awam yang berasal dari Semenanjung Malaysia / Sarawak iaitu isteri / anak-anak yang dibawah umur 18 tahun untuk tinggal bersama di Negeri Sabah.

Pembatalan endosmen ini perlu dibuat oleh pemegangnya atau tanggungannya di mana-mana Pejabat Imigresen terdekat di Negeri Sabah sekiranya pemegangnya tidak lagi tinggal bersama suami/ayah yang berkhidmat di Jabatan Persekutuan Negeri Sabah.

 

 2.2  SENARAI DOKUMEN YANG DIPERLUKAN :-

                     i.         Dokumen Perjalanan (DPT atau PMA) Isteri / Anak-anak

                   ii.         MyKad Isteri / Anak-anak di bawah umur 18 tahun

                 iii.         Sijil Nikah / Kahwin (Asal atau salinan)

                 iv.         Sijil Lahir Anak-anak di bawah umur 18 tahun

 

3.    KADAR BAYARAN

Tidak ada bayaran dikenakan untuk mendapatkan endosmen pengecualian ini

 

4.    MASA PROSES

Masa proses untuk mendapatkan endosmen pengecualian ini adalah dalam tempoh 10 minit (jika dokumen yang diperlukan telah lengkap). Masa proses ini tidak termasuk masa proses permohonan dokumen perjalanan (DPT / PMA).

 

5.   TEMPOH SAHLAKU

Tempoh sahlaku endosmen pengecualian ini adalah mengikut tempoh sahlaku dokumen perjalanan pemegangnya.

 

SEBARANG PERTANYAAN & HUBUNGI KAMI ;

BAHAGIAN VISA, PAS DAN PERMIT,

JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA NEGERI SABAH,

ARAS 2, BLOK B,

KOMPLEKS PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN SABAH,

JALAN SULAMAN, 88400 KOTA KINABALU, SABAH

 

NO.TEL: 088-488815 / 813 / 796

Imigresen Qrcode
Kemaskini terakhir: 15 August 2018.

Jumlah pelawat hari ini: 5336
Jumlah pelawat keseluruhan: 13375133