Penguatkuasaan

Bahagian Penguatkuasa
Alamat Ibu Pejabat Jabatan Imigresen Malaysia
Tingkat 4 (PODIUM)
No 15, Persiaran Perdana, Presint 2
62550 Putrajaya
Telefon 03-88801298
Faks 03-88801310

1. FUNGSI

a. Menguatkuasa Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155), Akta Pasport 1966 (Akta 150) dan Peraturan-peraturan Imigresen 1963 dan Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (Akta 670).

b. Melaksanakan Operasi dan Tangkapan, Menjalankan Siasatan, melaksanakan Pendakwaan, Mengutip Kompaun dan Pengusiran/Penghantaran Pulang Tahanan.

2. BILAKAH ANDA PERLU BERURUSAN DENGAN BAHAGIAN PENGUATKUASA?

Anda boleh berurusan dengan Bahagian Penguatkuasa Imigresen Malaysia sekiranya:

3. ANDA SEORANG WARGANEGARA ASING:

a. Tinggal di Malaysia melebihi tempoh yang dibenarkan;

b. Anda tidak mempunyai pas atau permit yang sah untuk tinggal di Malaysia;

c. Kehilangan pasport/dokumen perjalanan di Malaysia;

d. Masih berada di Malaysia setelah pas atau permit dibatalkan oleh Ketua Pengarah Imigresen Malaysia;

e. Mempunyai dalam pemilikan apa-apa permit masuk, pas dokumen atau perakuan yang palsu atau dipinda atau terlibat dalam membuat, memalsu atau meminda suatu endorsement atau dokumen;

f. Bekerja atau melakukan aktiviti yang bertentangan dengan syarat pengeluaran sesuatu pas/melanggar syarat pas;

g. Anda termasuk dalam golongan yang disifatkan oleh Ketua Pengarah Imigresen Malaysia sebagai imigran larangan;

h.Terlibat dalam pemerdagangan orang atau penyeludupan migran

i. Terlibat sebagai pelindung/majikan menggaji/membenarkan PATI dalam premis;

j. Anak warganegara asing yang lahir di Malaysia dan gagal menunjukkan suatu pas atau permit yang sah untuk tinggal di Malaysia.

4. ANDA ADA MAKLUMAT MENGENAI:

a. Penglibatan sebagai Pelindung/majikan menggaji/membenarkan PATI dalam premis;

b. Penglibatan dalam Pemerdagangan Orang atau Penyeludupan Migran

c. Penglibatan dalam membuat, memalsu atau meminda suatu endorsement atau dokumen;

d. Mempunyai maklumat mengenai apa-apa kesalahan yang melibatkan PATI, Pemerdagangan Orang atau Penyeludupan Migran dan ingin membuat Aduan.