Pilihan Bahasa:

Lindungi / Gaji PATI

Kesalahan Melindungi atau Menggaji PATI atau membenarkan PATI dalam Premis

a. Seksyen 55B. Mengambil pekerja satu atau lebih orang selain daripada warganegara atau pemegang Permit Masuk yang tidak memiliki suatu Pas yang sah.

Hukuman:

i. Denda tidak kurang RM10,000 tetapi tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih 12 bulan atau kedua-duanya sekali bagi setiap orang pekerja yang diambil.

ii. Pada masa yang sama mengambil pekerja lebih dari 5 orang dikenakan penjara tidak kurang 6 bulan tetapi tidak lebih 5 tahun dan boleh dikenakan tidak lebih 6 sebatan.

b. Seksyen 56(1)(d)
Dengan sengaja memberi perlindungan kepada mana-mana orang yang diketahuinya telah melanggar peruntukan Akta.

Hukuman:
Denda tidak kurang RM10,000 tetapi tidak lebih RM50,000. Sekiranya lebih daripada 5 orang boleh dikenakan penjara tidak kurang 6 bulan tetapi tidak lebih 5 tahun dan boleh dikenakan tidak lebih 6 sebatan.
c. Seksyen 55E  Mana-mana orang yang membenarkan mana-mana Pendatang Tanpa Izin (PATI) memasuki atau tinggal di dalam premis yang ianya mempunyai kepentingan sebagai penyelia atau menguruskan atau mempunyai kawalan ke atas mana-mana premis tersebut.

Hukuman:
Denda tidak kurang RM5,000 tetapi tidak lebih RM30,000 atau penjara tidak lebih 12 bulan atau kedua-duanya sekali bagi setiap Pendatang Tanpa Izin. Bagi kesalahan kedua, denda tidak kurang RM10,000 tetapi tidak lebih 2 tahun atau kedua-duanya sekali.
Imigresen Qrcode
Kemaskini terakhir: 26 July 2017.

Jumlah pelawat hari ini: 82
Jumlah pelawat keseluruhan: 8224920