Pilihan Bahasa:

Pengenalan

Jabatan Imigresen Malaysia merupakan salah satu agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri. Ia menyediakan perkhidmatan kepada Warganegara Malaysia, Penduduk Tetap dan Warga Asing yang berkunjung ke Malaysia.

Berikut adalah fungsi Jabatan :
  1. Mengeluarkan Pasport dan Dokumen Perjalanan kepada warganegara dan penduduk tetap
  2. Mengeluarkan Visa, Pas dan Permit kepada warganegara asing yang memasuki Malaysia
  3. Mengawal selia pergerakan keluar masuk orang di pintu-pintu masuk yang diwartakan
  4. Menguatkuasakan Akta Imigresen 1959/63, Peraturan-peraturan Imigresen 1963, Akta Pasport 1966, Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (pindaan 2010).

Berikut adalah fungsi setiap bahagian di Jabatan Imigresen Malaysia :

  1. Bahagian Khidmat Pengurusan
  2. Bahagian Kewangan
  3. Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
  4. Bahagian Teknologi Maklumat & Rekod
  5. Bahagian Khidmat Ekspatriat
  6. Bahagian Visa, Pas & Permit
  7. Bahagian Keselamatan & Pasport
  8. Bahagian Integriti
  9. Bahagian Pekerja Asing
  10. Bahagian Dasar & Perancangan Strategik
  11. Bahagian Penasihat Undang-Undang
  12. Pengurusan Depoh & Tahanan
  13. Perisikan, Operasi Khas & Analisa
  14. Operasi, Siasatan & Pendakwaan
  15. Bahagian Pencegahan ATIPSOM & AMLA
  16. Akademi Imigresen Malaysia
  17. Kuala Lumpur International Airport
Imigresen Qrcode
Kemaskini terakhir: 19 October 2018.

Jumlah pelawat hari ini: 1537
Jumlah pelawat keseluruhan: 14041481