Pilihan Bahasa:

Pas Lintas Batas Malaysia - Indonesia

1. Tujuan

Dokumen ini dikeluarkan kepada warganegara Malaysia yang menetap melebihi tempoh enam (6) bulan di dalam Daerah Pentadbiran Pensiangan, Tenom, Sipitang dan Tawau dalam negeri Sabah dan Lundu, Bau, Kuching, Serian, Simanggang dan Lubok Antu dalam negeri Sarawak.

2. Tempoh Sahlaku

Satu (1) tahun dari tarikh dikeluarkan dan boleh digunakan bagi beberapa kali perjalanan. Kebenaran berada di Indonesia tidak melebihi 30 hari pada setiap kali masuk.

3. Syarat-Syarat Am

  1. Borang (Imm.42-pin 1/97)
  2. Dua (2) keping gambar pemohon berukuran 3.5 sm x 5.0 sm
  3. Kanak-kanak berusia di bawah 12 tahun tidak boleh dikeluarkan dokumen berasingan
Pemohon Syarat-syarat
Berumur 12 tahun ke atas a. Dua (2) keping gambar berukuran 3.5 sm x 5.0 sm
b. Kad Pengenalan (Mykad/Kad PEngenalan Sementara (JPN.KPPK 09 atau 11))
c. Sijil Kelahiran
d. Kad Pengenalan Bapa
Berumur di bawah 12 tahun a. Dua (2) keping gambar berukuran 3.5 sm x 5.0 sm
b. Sijl Kelahiran
c. Kad Pengenalan Bapa

4. Bayaran

RM 20.00
Imigresen Qrcode
Kemaskini terakhir: 26 July 2017.

Jumlah pelawat hari ini: 72
Jumlah pelawat keseluruhan: 8224910