Pilihan Bahasa:

Kemudahan Pergerakan Bebas

Kemudahan Pergerakan Bebas Di Wang Kelian, Perlis Mulai 5 Disember 2008, Kerajaan Malaysia telah bersetuju untuk melaksanakan kemudahan pergerakan bebas (free flow) di Wang Kelian, Perlis - Wang Prachan, Satun Thailand.
  1. Prosedur kemudahan keluar / masuk pergerakan bebas (free flow)
    1. Warganegara Thailand dibenarkan masuk tanpa dokumen perjalanan melalui Pos Kawalan Imigresen Wang Kelian, Perlis untuk berkunjung ke Arked Pekan Sehari di Wang Kelian, Perlis sahaja.
    2. Warganegara Malaysia dibenarkan keluar / masuk tanpa dokumen perjalanan melalui Pos Kawalan Imigresen Wang Kelian, Perlis untuk ke Pekan Sehari Wang Prachan, Satun Thailand sahaja. Walaubagaimanapun, warganegara Malaysia perlu mengemukakan Kad Pengenalan Malaysia (Mykad) sebagai dokumen pengenalan semasa melalui pemeriksaan imigresen Malaysia.
  2. Had Pergerakan Bebas
    1. Warganegara Malaysia dan Thailand hanya dibenarkan masuk / keluar tanpa dokumen perjalanan sehingga had pergerakan bebas yang dibenarkan sahaja iaitu:
      1. Had pergerakan bebas bagi warganegara Thailand adalah sehingga Pos Kawalan Ke-dua Imigresen sahaja yang jaraknya satu (1) kilometer radius dari Pos Kawalan Utama Imigresen; dan
      2. Had pergerakan bebas yang dibenarkan bagi warganegara Malaysia ialah sehingga Pasar Sehari Wang Prachan, Satun Thailand sahaja.
  3. Waktu Masuk / Keluar Zon Pergerakan Bebas
    1. Waktu yang dibenarkan masuk / keluar melalui kemudahan pergerakan bebas (free flow) di Wang Kelian bagi warganegara Malaysia dan Thailand adalah dari jam 8.00 pagi hingga 7.00 malam setiap hari.
    2. Warganegara Malaysia dan Thailand yang menggunakan kemudahan pergerakan bebas (free flow) ini hendaklah keluar semula pada hari yang sama.
Imigresen Qrcode
Kemaskini terakhir: 26 July 2017.

Jumlah pelawat hari ini: 79
Jumlah pelawat keseluruhan: 8224917