Pertanyaan Mengenai Depot dan Pengusiran

1. Apakah yang perlu saya buat untuk melawat orang kena tahan di dalam depot? 

Anda perlu mendapat surat kebenaran dari pegawai imigresen sebelum anda pergi berjumpa dengan mereka di depot. Kes yang berlaku di Lembah Klang perlu merujuk ke Bahagian Pengurusan Depot dan Pengusiran, Ibu Pejabat Imigresen di Putrajaya manakala yang lain perlu merujuk ke Bahagian Penguatkuasa, Jabatan Imigresen mengikut negeri.

(Maklumat yang lengkap seperti nombor badan orang kena tahan atau no siri laporan polis akan membantu anda dalam proses mencari orang)

2. Di manakah orang yang kena tahan akan ditahan setelah mereka diberi arahan untuk diusir? 

Mereka akan di tahan di depot setelahg di beri arahan untuk diusir. Terdapat 13 depot di Malaysia (11 di Semenanjung Malaysia dan 2 di Sarawak).

Pertanyaan Mengenai Pas Penggajian

1. Apakah jenis dokumen tambahan yang diperlukan bagi permohonan lanjutan? 

Bagi permohonan lanjutan sila sediakan:- 

i. Salinan penyata gaji (3 bulan yang terkini)
ii. Salinan resit pembayaran cukai pendapatan pegawai dagang
iii. Borang DP4 dikepilkan bersama salinan slip pembayaran KWSP

Salinan perlu disahkan oleh pengurusan syarikat.

2. Apakah jenis dokumen yang diperlukan untuk permohonan rayuan JKPD?

i. Surat kuasa syarikat
ii. Borang DP10 yang lengkap diisi
iii. Surat rayuan permohonan syarikat yang menerangkan mengenai aktiviti syarikat dan justifikasi jawatan
iv. Surat/dokumen sokongan dari majikan/syarikat bagi bidang/aktiviti berkaitan

3. Apakah Jenis pas yang dikeluarkan kepada Tanggungan?

i. Pas Tanggungan:

a. Isteri/suami kepada pegawai dagang
b. Anak pegawai dagang dibawah umur 21 tahun
c. Anak angkat yang sah
d. Anak cacat

ii. Pas Lawatan Sosial:

a. Ibubapa pegawai dagang
b. Common law wife (yang disahkan oleh kedutaan)
c. Anak berumur lebih 21 tahun
d. Anak tiri

iii. Pas Lawatan Sosial (Jangka Panjang):

a. Suami/isteri kepada pegawai dagang (Pemegang pas lawatan kerja sementara)
b. Anak yang berumur lebih daripada 21 tahun
c. Semua permohonan perlu mengemukakan bukti pertalian yang disahkan oleh kedutaan/mahkamah

4. Bolehkah isteri pegawai dagang bekerja?

Boleh. Suami/isteri kepada pegawai dagang yang memegang Pas Tanggungan adalah dibenarkan bekerja tanpa perlu menukar pas tanggungan mereka kepada pas kerja yang berkaitan dengan syarat mendapat endorsan kebenaran bekerja dari Jabatan Imigresen Malaysia.

5. Apakah yang perlu ada dalam kontrak kerja?

i. Jawatan
ii. Tempoh kontrak
iii. Gaji
iv. Tandatangan majikan dan pegawai dagang

6. Saya memiliki Sarjana Sains Kejuruteraan dan berminat untuk bekerja di Malaysia. Bagaimana syarat-syarat dan prosedur untuk mengemukakan permohonan?

Tuan terlebih dahulu telah mendapat tawaran untuk bekerja di Malaysia dan permohonan tuan perlu dipohon oleh majikan tuan. Tuan hanya dibenarkan masuk ke Malaysia setelah permohonan diluluskan.


Pertanyaan Mengenai Visa, Pas dan Permit

1. Kenalan saya dari luar negara ingin mendapatkan rawatan di hospital pakar di Malaysia dan ingin tahu berapa lamakah beliau dibenarkan untuk berada di negara ini? 

Warga asing yang ingin mendapatkan rawatan di hospital kerajaan atau hospital pakar boleh mendapat kemudahan lanjutan Pas Lawatan (Sosial) secara 6 bulan ke 6 bulan.

2. Ibu mertua saya yang sudah berusia 65 tahun dari Indonesia datang ke Malaysia untuk melawat kami sekeluarga. Bolehkah Pas Lawatan (Sosial) nya dilanjutkan bagi tempoh lebih lama kerana mahu menjaga isteri saya yang baru melahirkan anak? 

Orang tua berumur 60 tahun ke atas boleh mendapat kemudahan lanjutan Pas Lawatan (Sosial) secara 6 bulan ke 6 bulan.

3. Semasa saya belajar di United Kingdom, saya telah berkahwin dengan seorang warganegara China dan telah dikurniakan seorang anak lelaki yang yang kini telah berusia 6 tahun dan memegang Pasport British. Saya telah bercerai dengan suami saya dan mendapat hak penjagaan ke atas anak. saya baru kembali ke Malaysia bersama-sama anak, tetapi anak saya telah diberi Pas Lawatan (Sosial) selama satu bulan sahaja. Bolehkah tempoh pas lawatan anak saya dilanjutkan bagi tempoh jangka panjang?

Status anak kepada Warganegara Malaysia melayakkan anak puan memohon lanjutan tempoh Pas Lawatan (Sosial) untuk tempoh 6 bulan ke 6 bulan.
 
4. Apa yang perlu dibuat oleh pemegang Permit Masuk jika ingin meninggalkan Malaysia? 

Pemegang Permit Masuk perlu memohon notis pengesahan Permit Masuk di Pejabat Immigresen Negeri.

5. Berapakah kadar bayaran bagi Permit Masuk? Bolehkah dibayar secara tunai?

RM120.00 dalam bentuk Wang Pos atau Bank Deraf atas nama Ketua Pengarah Imigresen Malaysia.
 
6. Di manakah permohonan Permit Masuk boleh dikemukakan? 

Di pejabat Imigresen Negeri di seluruh Malaysia kecuali Ibu Pejabat Imigresen.

7. Bagaimanakah cara memohon Permit Masuk bagi isteri saya?

Isteri tuan layak memohon Permit Masuk jika telah memenuhi syarat tinggal bersama suami secara berterusan atas Pas Lawatan (Sosial) di Malaysia bagi tempoh lima (5) tahun. Dokumen-dokumen yang diperlukan adalah:

i. Borang Imm.4
ii. 3 keping gambar pemohon (isteri)
iii. keping gambar suami (sebagai penaja)
iv. Salinan sijil nikah /  sijil daftar perkahwinan
v. Salinan pasport pemohon (isteri) yang digunakan sejak memasuki Malaysia sehingga sekarang
vi. Salinan pasport suami sekiranya berkahwin di luar negara
vii. Salinan kad pengenalan suami, sijil lahir suami dan sijil warganegara suami (jika berkaitan)
viii. Salinan sijil lahir / pasport / dokumen perjalanan anak-anak jika ada
ix. Salinan sijil kahwin di negara asal (jika berkaitan)
x. 1  keping gambar perkahwinan
xi. 1 keping gambar keluarga
xii. Kad jemputan / undangan perkahwinan 
 
8. Berapa lamakah perlu isteri saya menunggu untuk mendapatkan kelulusan Permit Masuk?
 
Kelulusan Permit Masuk adalah hak Kerajaan Malaysia yang merupakan anugerah tertinggi oleh Kerajaan kepada orang asing yang layak memohon. Proses kelulusan tidak terikat kepada tempoh tertentu.

9. Isteri saya seorang warga asing dan ingin tinggal bersama saya di Malaysia. Saya telah dinasihatkan untuk memohon Permit Masuk bagi isteri saya. Apakah Permit Masuk itu kerana isteri saya sudah masuk ke Malaysia dan tinggal bersama saya atas Pas Lawatan (Sosial) yang dicop setiap tahun?

Permit Masuk adalah suatu dokumen (Imm.5) yang dikeluarkan di bawah Seksyen 4, Peraturan-Peraturan Imigresen 1959/63. Permit Masuk membolehkan seseorang itu masuk dan menetap tanpa had di Malaysia dan seterusnya adalah berstatus Penduduk Tetap / Pemastautin Tetap. Setelah mendapat Permit Masuk, isteri tuan bolehlah memohon Kad Pengenalan diri di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). 

Pertanyaan Mengenai Pekerja Asing dan Pembantu Rumah Asing

1. Apakah sektor yang melibatkan sijil? 

Sektor yang terlibat adalah pembinaan, perladangan dan perkilangan.

2. Sekiranya saya membuat urusan melanjutkan pas lawatan kerja sementara di Negeri Melaka adakah menjadi satu kesalahan? 

Tidak, anda boleh melakukan urusan lanjutan PLKS di semua cawangan imigresen seluruh Negara kecuali bagi warganegara Bangladesh yang perlu dilakukan di imigresen Putrajaya sahaja.

3. Siapakah yang bertanggungjawab untuk membuat urusan di Imigresen?

Majikan dan wakil syarikat yang dilantik sahaja dibenarkan untuk berurusan di imigresen.
 
4. Adakah penggunaan agen dibenarkan? 

Tidak, ia adalah satu kesalahan dan boleh dikenakan tindakan mengikut peruntukan akta dan peraturan imigresen Malaysia.

5. Bagaimanakah jika pekerja saya bertukar ke sektor lain?

Anda perlu mendapatkan kebenaran daripada KDN terlebih dahulu sebelum memaklumkan ke bahagian pekerja asing Jabatan Imigresen.
 
6. Bagaimanakah proses gantian pekerja asing yang tidak datang dilakukan? 

Anda perlu mendapatkan pengesahan daripada KLIA bahawa pekerja ini tidak masuk dan melapor ke kaunter imigresen untuk semakan sebelum proses gentian dibenarkan.

7. Bagaimanakah proses gantian pekerja asing yang gagal ujian FOMEMA dan dihantar pulang? 

Anda perlu mendapatkan keputusan daripada FOMEMA yang mengesahkan pekerja tidak sihat dan setelah disertakan bukti tiket dan proses memo periksa keluar, barulah proses gantian dibenarkan.

8. Apakah yang perlu dilakukan sekiranya passport pekerja saya didapati hilang?

Anda perlu membuat laporan polis terlebih dahulu. Setelah laporan dibuat barulah melaporkan ke jabatan imigresen untuk proses merekod dan mengemaskini maklumat. Anda perlu membuat passport baru di kedutaan warganegara.
 
9. Apakah yang perlu dilakukan sekiranya pekerja saya lari? 

Anda perlu membuat memaklumkan Jabatan Imigresen untuk menyenaraihitamkan pekerja serta tindakan dapat diambil terhadap pekerja yang lari.

Pertanyaan Mengenai Pasport Malaysia Antarabangsa
 
1. Ahli keluarga saya telah meninggal dunia dan memiliki Pasport Malaysia Antarabangsa. Bagaimanakah caranya untuk membatalkan pasport beliau?
 
Waris boleh mengemukakan surat permohonan untuk membatalkan pasport si mati . Kepilkan bersama   sijil kematian  asal dan sesalinan beserta pasport atau salinan (jika ada). ermohonan boleh dikemukakan di mana-mana  pejabat Imigresen.

2. Saya ingin memohon pasport Malaysia tetapi dimaklumkan nama saya telah disenaraihitamkan dan permohonan ini tidak dapat diproses seterusnya saya tidak boleh ke luar negara . Apakah yang perlu saya lakukan?

Encik boleh mendapatkan maklumat daripada pegawai yang terima permohonan pasport tersebut sebab nama encik telah disenaraihitamkan oleh Jabatan Imigresen. Lagi...
 
3. Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya saya kehilangan PMA semasa berada di luar negara?

Buat laporan polis di negara berkenaan dan rujuk kepada pihak Kedutaan Malaysia yang berdekatan untuk tindakan lanjut. Lagi..

4. Saya mempunyai 2 orang anak. Bolehkah saya tambahkan kedua-dua butiran anak saya ke dalam PMA milik saya?
 
Sistem Pasport Malaysia (baru) tidak membenarkan tambahan butiran anak ke dalam pasport ibu atau ayah.
 
5. Saya kehilangan PMA, apakah tindakan yang perlu diambil? Apakah borang dan dokumen yang perlu saya lampirkan?

Buat laporan polis di Balai Polis berhampiran. Lagi..
 
6. Saya seorang pesara dan berumur 60 tahun. Bolehkah saya mendapatkan kadar separuh harga bagi PMA?

Tidak boleh. Keputusan Kerajaan hanya membenarkan kanak-kanak di bawah umur 12 tahun dan pelajar-pelajar di bawah umur 21 tahun mendapatkan kadar separuh harga bagi pasport Malaysia.

7. Saya sekarang bekerja dan menetap di luar negara, bagaimana caranya untuk saya memperbaharui Pasport saya di sana.

Encik / cik  boleh mengemukakan permohonan di Kedutaan Malaysia di negara berkenaan. Permohonan ini akan diproses di Ibu Pejabat Imigresen,Putrajaya, MALAYSIA  dan mengambil masa selama  3 – 4 bulan dari tarikh permohonan di terima di Kedutaan Malaysia tersebut. Sekiranya encik / cik  menetap  atau berdekatan dengan 6 buah kedutaan  yakni  Singapura, London, New York, Hongkong,Canberrra dan Jakarta permohonan akan diproses  terus di sana. 
 
8. Saya sepatutnya menaiki penerbangan MH 107 ke Hong Kong pada jam 8.00 pagi tadi tetapi Pegawai Imigresen di KLIA telah menahan pasport saya. Apa perlu saya lakukan dan kenapa pasport saya ditahan?

Tuan mungkin telah melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen, diisytihar bangkrap atau terlibat di dalam kes jenayah. Tuan boleh hubungi Bahagian Keselamatan di Ibu Pejabat Imigresen, Kuala Lumpur. Tuan juga adalah dinasihatkan melakukan semakan status perjalanan melalui Laman Web Jabatan Imigresen Malaysia.
 
9. Berapa lama proses yang diambil bagi setiap permohonan pasport?

Sekiranya anda memohon di pejabat pengeluar dan penerima permohonan akan  hanya mengambil  masa selama 1 jam selepas bayaran dibuat. Walaubagaimanapun sekiranya encik / cik memohon di pejabat penerima permohonan akan diproses dalam masa 3 hari waktu bekerja.   
 

Artikel Lagi...

  1. Soalan Lazim - Umum