Pilihan Bahasa:

Dokumen Perjalanan Kumpulan

1. Tujuan

Dokumen Perjalanan Kumpulan menggantikan pasport merupakan Dokumen Perjalanan yang dikeluarkan kepada Warganegara Malaysia untuk perjalanan secara berkumpulan (had minima 5 hingga had maksima 20 orang) ke negara-negara ASEAN sahaja kecuali Filipina dan Indonesia.

2. Tempoh Sahlaku

Sembilan (9) bulan dari tarikh dikeluarkan dan untuk sekali perjalanan sahaja.

3. Syarat-Syarat Am

  1. Pemohon mesti hadir
  2. Borang H (Im.101A) yang boleh didapati di kaunter pejabat pasport atau dimuat turun melalui Laman Web Imigresen secara percuma. Borang hendaklah dimuat turun dan dicetak atas kertas A4 (depan dan belakang).
  3. 2 keping gambar berukuran 3.5 cm x 5 cm
  4. MyKad/Kad Pengenalan Tentera/Kad Pengenalan Polis atau Kad Pengenalan Sementara (JPN.KPPK 09 dan 11) bagi pemohon berumur melebihi 12 tahun.
  5. Sijil Kelahiran bagi pemohon dibawah 12 tahun
  6. Kebenaran dari ibu/bapa bagi pemohon berumur kurang dari 18 tahun (borang IM.42A).

4. Bayaran

RM 200.00 bagi satu dokumen

5. Syarat Pemohonan

Pemohon Jika Syarat-syarat
Pemohonan yang berumur 18 tahun ke atas Lahir dalam negara
  • MyKad pemohon
  • Sekiranya tidak memiliki MyKad, Kad Pengenalan sementara (JPN.KPPK 09 dan 11) pemohon diperlukan.
  • 2 keping gambar terbaru berlatar belakang biru muda ( berukuran 3.5 x 5 cm)
Lahir luar negara
  • MyKad pemohon
  • Dokumen perjalanan yang digunakan semasa balik ke Malaysia.
  • 2 keping gambar terbaru berlatar belakang biru muda ( berukuran 3.5 x 5 cm)
Pegawai dan anggota tentera
  • Kad Tentera
  • 2 keping gambar terbaru berlatar belakang biru muda (berukuran 3.5 x 5 cm)
Pegawai dan anggota polis
  • Kad Polis
  • 2 keping gambar terbaru berlatar belakang biru (berukuran 3.5 x 5 cm)
Pemohon yang berumur 18 tahun ke bawah Lahir dalam negara
  • MyKad pemohon
  • Sijil lahir pemohon
  • MyKad bapa/ibu (ibu atau bapa perlu hadir sama)
  • 2 keping gambar terbaru berlatar belakang biru muda ( berukuran 3.5 x 5 cm)
Lahir luar negara
  • Borang W/Sijil Lahir/Sijil Perakuan Taraf
  • Dokumen perjalanan yang digunakan semasa balik ke Malaysia.
  • MyKad bapa/ibu (ibu atau bapa perlu hadir sama)
  • 2 keping gambar terbaru berlatar belakang biru muda ( berukuran 3.5 x 5 cm)
Jika ibu dan bapa telah meninggal dunia
  • MyKad pemohon
  • Sijil lahir pemohon
  • Sijil kematian ibu/bapa
  • Surat Akuan sumpah penjaga anak oleh penjaga sah/surat Jabatan Kebajikan Masyarakat.
  • Kad Pengenalan penjaga/Pasport Penjaga (jika warga asing)
  • 2 keping gambar terbaru berlatar belakang biru muda ( berukuran 3.5 x 5 cm)
Jika ibu/bapa bercerai
  • MyKad pemohon
  • Sijil lahir pemohon
  • Surat mahkamah memberi hak penjagaan anak kepada ibu/bapa.
  • MyKad ibu/bapa sebagai penjaga yang sah.
  • 2 keping gambar terbaru berlatar belakang biru muda ( berukuran 3.5 x 5 cm)
Jika ibu dan bapa tidak dapat dikesan
  • MyKad pemohon
  • Sijil lahir pemohon
  • Surat Sumpah/surat Jabatan Kebajikan Masyarakat/¬† pengesahan dari Ketua Kampung/Penghulu yang mengesahkan ibu/bapa tidak dapat dikesan.
  • Kad Pengenalan Penjaga/Pasport Penjaga (jika warga asing)
  • 2 keping gambar terbaru berlatar belakang biru muda ( berukuran 3.5 x 5 cm)
Jika pemohon adalah anak angkat
  • MyKad pemohon
  • Sijil anak angkat
  • Kad Pengenalan Penjaga/Pasport Penjaga (jika warga asing)
  • 2 keping gambar terbaru berlatar belakang biru muda ( berukuran 3.5 x 5 cm)
Jika pemohon telah berkahwin
  • MyKad pemohon
  • Sijil nikah atau surat cerai (jika telah bercerai)
  • 2 keping gambar terbaru berlatar belakang biru muda ( berukuran 3.5 x 5 cm)

6. Senarai Pejabat Pengeluar Dokumen Perjalanan Berkumpulan (DPK)

1. PERLIS Kangar
Kuala Perlis
Padang Besar
2. KEDAH Alor Setar
Sungai Petani
KDN LAngkawi
Bukit Kayu Hitam
Kulim
3. PULAU PINANG Seberang Jaya
Georgetown
4. PERAK Ipoh
Taiping
Teluk Intan
Pengkalan Hulu
Lumut
5. PAHANG Kuantan
Temerloh
Raub
Lipis
6. SELANGOR Shah Alam
Kelana Jaya
Pelabuhan Klang
Kajang
Kuala Kubu Bharu
7. NEGERI SEMBILAN Seremban
Port Dickson
8. MELAKA Melaka
9. JOHOR Setia Tropika
Cawangan Johor Bharu
Batu Pahat
Kukup
Segamat
Mersing
Muar
Kluang
Tanjung Pengelih
Tampoi (Pekan Rabu)
Kulai Jaya
10. TERENGGANU Kuala Terengganu
Besut
Kemaman
Dungun
Kerteh
11. KELANTAN Kota Bharu
Rantau Panjang
Pengkalan Kubur
RTC Kota Bharu
12. WP KUALA LUMPUR  Jalan Duta
13. SARAWAK Kuching
Miri
Sibu
Limbang
Bintulu
Lawas
Sarikei
Sri Aman
Samarahan
Mukah
14. SABAH Kota Kinabalu
Tawau
Sandakan
Lahad Datu
Keningau
Sipitang
Kudat
Ranau
SUMBER:LU2
Imigresen Qrcode
Kemaskini terakhir: 26 July 2017.

Jumlah pelawat hari ini: 83
Jumlah pelawat keseluruhan: 8224921