- Perincian
Jemputan Ke Program Bicara Wara Bulanan Bersama Pengarah Jawi Siri 6/2012
Adalah dimaklumkan bahawa JAWI Cawangan Putrajaya dengan kerjasama Bahagian Pengurusan Hartanah, Jabatan Perdana Menteri dan Perbadanan Putrajaya akan mengadakan Program Bicara Wara Bulanan Siri 6/2012 bertemakan “Susu Dibalas Tuba”. Y. Bhg. Datuk/Datin/Tuan/Puan adalah dijemput untuk mengikuti program ini pada ketetapan seperti berikut:
Tarikh : 22 Jun 2012 (Jumaat)
Masa : 9.30 pagi – 10.30 pagi
Tempat : Bilik Serbaguna, Kompleks Kejiranan, Presint 9, Putrajaya
Kerjasama daripada pihak tuan berhubung perkara ini amatlah diharapkan dan dihargai serta didahului dengan ucapan terima kasih.
- Telah Dikemaskini pada Rabu, 20 Jun 2012 02:24