Peringkat 2-Permohonan Kelulusan Pas Copy
- Details
Peringkat ke 2 - Permohonan Pas Kerja
Merupakan proses pengeluaran pas bagi permohonan Pegawai Dagang yang telah diluluskan oleh Jawatankuasa Pegawai Dagang ( JKPD ) ataupun agensi kawal selia yang berkaitan.
Dokumen yang Diperlukan
Sediakan 1 set permohonan yang lengkap mengandungi : -
|
a.
|
Pengenalan sebagai wakil syarikat ATAU surat perlantikan wakil syarikat | |
|
b.
|
Borang DP11 yang telah diisi selengkapnya berserta gambar berukuran pasport Pegawai Dagang | |
|
c.
|
Surat tawaran dan penerimaan tawaran kerja ATAU kontrak kerja (dimatikan setem RM10.00 di Pusat Setem) ATAU personal bond (dimatikan setem RM10.00 di Pusat Setem) bagi permohonan PLKS | |
|
d.
|
Salinan lengkap pasport Pegawai Dagang (2 salinan bagi warganegara PRC) |
Dokumen Lain (Jika Berkaitan)
|
a.
|
Sertakan surat kelulusan MIDA/ BNM/ SC/ JPA/ KHEDN mana yang berkenaan sahaja ( kelulusan JKPD dan MDEC tidak perlu disertakan) |
|
b.
|
Sertakan cetakan maklumat syarikat daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) ATAU borang 9, 24, dan 49 bagi kelulusan MIDA dan kelulusan JKPD (sekiranya JKPD mengenakan syarat kenaikan modal) |
|
c.
|
Sertakan resume Pegawai Dagang, salinan sijil, Diploma/ Ijazah bagi jawatan bukan key post dibawah kelulusan MIDA (bagi jawatan yang diluluskan oleh MIDA bersama dengan penyandang TIDAK perlu dikemukakan dokumen-dokumen tersebut) |
|
d.
|
Sertakan surat pelepasan dari majikan terdahulu jika Pegawai Dagang bertukar majikan |
Hantar Permohonan
Kemukakan permohonan kepada:
Bahagian Pas Pengajian
Tingkat 3, Blok 2G4 ( Podium )
Presint 2
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62550 Putrajaya
Wilayah Persekutuan
AtauJabatan Imigresen Negeri
(Negeri-negeri yang berkenaan)* Permohonan hendaklah dihantar sendiri ( by hand )
Apakah Jenis pas yang dikeluarkan kepada Tanggungan?
A : Pas Tanggungan
1.Isteri/suami kepada pegawai dagang
2.Anak pegawai dagang dibawah umur 21 tahun
3.Anak angkat yang sah
4.Anak cacat
B. Pas Lawatan Sosial
1. Ibubapa pegawai dagang
2. Common law wife (yang disahkan oleh kedutaan)
3. Anak berumur lebih 21 tahun
4. Anak tiri
C. Pas Lawatan Sosial (Jangka Panjang)
1. Suami/isteri kepada pegawai dagang (Pemegang pas lawatan kerja sementara)
2. Anak yang berumur lebih daripada 21 tahun
Semua permohonan perlu mengemukakan bukti pertalian yang disahkan oleh kedutaan/mahkamah
Penentuan Pengeluaran Jenis Pas kepada Pegawai Dagang
Pas Penggajian adalah merupakan pas yang diberikan kepada Pegawai Dagang bagi membolehkan mereka tinggal dan bekerja secara sah di negara ini. Bagaimanapun, terdapat juga di kalangan Pegawai Dagang yang dibenarkan bekerja di negara ini hanya diberikan Pas Lawatan Kerja Sementara ( PLKS ) sahaja.
Penentuan Pas Penggajian atau Pas Lawatan (Kerja Sementara) di bawah kelulusan Jawatankuasa Pegawai Dagang bergantung kepada tempoh kontrak dan gaji bulanan Pegawai Dagang.
Kadar Bayaran Levi
Bagi Pas Lawatan Sementara ( PLKS ) akan dikenakan bayaran levi mengikut sektor yang berkaitan. Kadar bayaran levi adalah seperti berikut: -
Kadar Bayaran Levi Pas Lawatan (Kerja Sementara)
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Kadar Bayaran Pengeluaran Pas
Kadar Bayaran Untuk Pengeluaran Pas Adalah Seperti Berikut :
|
Pas Penggajian | ||
|
Mulai 1 Januari 2009, bagi kelulusan jawatan yang bergaji RM5000 dan ke atas, tempoh kelulusan jawatan sekurang-kurangnya 2 tahun |
|||
| 1.1. | Jawatan Penting (Diluluskan oleh MIDA ) - RM 300.00 setahun atau sebahagian darinya | ||
| 1.2. | Jawatan Pengurusan / Atasan /Pertengahan / Profesional / Teknikal - RM 200.00 setahun atau sebahagian darinya | ||
| 1.3. | Pas Penggajian - Tiada Levi | ||
Bayaran - Bayaran Lain
1Bayaran Proses Pas Penggajian, Pas Lawatan (Kerja Sementara) - RM 50.00 ( Setiap Jawatan / Permohonan) 2Bayaran Proses "Journey Performed Visa" - RM 500.00 ( Setiap Jawatan / Permohonan)
Keperluan Menerusi Syarat Imigresen
a. Bagi warganegara negara yang memerlukan Visa perlu mendapatkan Visa Dengan Rujukan (VDR) untuk kemudahan masuk ke Malaysia bagi tujuan bekerja.
b. Visa Dengan Rujukan (VDR) boleh dipohon di Kedutaan Malaysia di luar negara setelah permohonan untuk bekerja diluluskan oleh Pejabat Imigresen di Malaysia.
c. Pas / i-kad yang dikeluarkan di Semenanjung Malaysia kepada Pegawai Dagang dan tanggungan mereka hanya berlaku di Semananjung Malaysia sahaja dan tidak termasuk di Sabah dan Sarawak.
d. Pegawai Dagang dan tanggungan perlu membawa bersama dokumen perjalanan semasa membuat perjalanan keluar daripada Semenanjung Malaysia untuk pemeriksaan Imigresen.
- Last Updated on Tuesday, 20 November 2012 00:07