- Details
Pas Sempadan Malaysia - Thailand
1. Tujuan
Dokumen ini dikeluarkan kepada warganegara Malaysia dan Penduduk Tetap Malaysia keturunan Thai yang menetap lebih tiga (3) tahun di Kelantan, Perlis, Kedah atau Perak.
2. Tempoh Sahlaku
Enam (6) bulan dari tarikh dikeluarkan dan boleh digunakan bagi beberapa kali perjalanan. Tidak boleh dilanjutkan tempoh sahlakunya.
3. Syarat-Syarat Am
a. Dua (2) keping gambar pemohon berukuran 3.5 sm x 5.0 sm
b. Maklumat kanak-kanak berusia di bawah 15 tahun, namanya hendaklah dimasukkan ke dalam Pas Sempadan Ibu atau Bapa
c. Bukti menetap di negeri yang dinyatakan
| Pemohon |
Syarat-Syarat |
|
Berumur 15 tahun ke atas
|
a. Dua (2) keping gambar berukuran 3.5 sm x 5.0 sm
b. Kad Pengenalan (MyKad/Kad Pengenalan Tentera/Kad Pengenalan Polis atau Kad Pengenalan Sementara (JPN.KPPK 09 atau 11))
c. Kad Pengenalan Penduduk Tetap (hanya untuk Penduduk Tetap keturunan Thai sahaja)
d. Sijil Kelahiran
e. Kad Pengenalan bapa
|
|
Berumur di bawah 15 tahun
|
a. Dua (2) keping gambar berukuran 3.5 sm x 5.0 sm
b. Sijil Kelahiran
c. Kad Pengenalan bapa
|
4. Bayaran - RM 10.00
Last Updated on Wednesday, 14 March 2012 06:58