• 1a-banner-14072014.PNG
  • 1b-ramadhan-2014.PNG
  • 2-artwork-PKP.png
  • 4-5Bintang.png
  • 5-Kadar-FI-02042014.png
  • 6-banner-13032014.png
  • 7-banner-18022014.PNG
  • 8-tutuppej30072013.gif
  • 9-kadarbaruPasport080213.gif
  • 10-JumaatRehatTutup.png
  • 11-PLKS.jpg
  • 12-twit-fb-jimlatest.gif

mampu-03102013 mygov msc-09102013 ikdn-09102013 kdn-04102013 myeg-logo ksn epsa

Soal Selidik Melalui Aplikasi MyPelanggan Bagi Penilaian SSR

 ______________________________________________________________________________________

Imigran - Imigran Larangan

1. Mana-mana orang yang, pada pendapat Ketua Pengarah

(a) Menjadi anggota mana-mana golongan yang dilarang sebagaimana yang ditakrifkan di bawah subseksyen (3) dan bukan warganegara ialah seorang imigran larangan.

2. Tertakluk kepada mana-mana pengecualian yang diberikan di bawah seksyen 55-

(a) Tiada imigran larangan yang menjadi anggota golongan yang dilarang yang ditakrifkan di bawah subseksyen (3)(o) boleh memasuki Malaysia, atau, jika menjadi seorang ahli kelas larangan tertentu selepas memasuki Malaysia, tinggal di Malaysia; dan

(b) Tiada lain-lain imigran larangan boleh memasuki Malaysia, melainkan ia memiliki suatu pas yang sah bagi maksud tersebut yang dikeluarkan kepada imigran larangan di bawah mana-mana peraturan yang diperbuat di bawah Akta ini.

3. Orang-orang yang berikut ini adalah anggota-anggota golongan yang dilarang;

(a) Mana-mana orang yang tidak dapat menunjukkan bahawa ia mempunyai punca pendapatan untuk menyara dirinya dan tanggungannya (jika ada) atau bahawa ia mempunyai kerja tertentu yang menantinya, atau yang mungkin menjadi seorang yang papa atau menjadi beban orang awam.

(b) Mana-mana orang yang mengalami sakit otak atau mempunyai kecacatan mental, atau mengalami penyakit menjangkit atau menular yang menjadikan kehadirannya di Malaysia merbahaya kepada mesyarakat;

(c) Mana-mana orang yang enggan membuat pemeriksaan perubatan selepas dikehendaki berbuat demikian di bawah seksyen 39A(1)

(d) Mana-mana orang yang

(i) Telah disabitkan di mana-mana negara atau negeri bagi mana-mana kesalahan dan dihukum penjara bagi sebarang tempoh, dan tidak menerima pengampunan; dan

(ii) Dengan sebab keadaan-keadaan yang berhubung dengan sabitan dianggap oleh Ketua Pengarah sebagai seorang imigran pendatang yang tidak diingini;

(e) Mana-mana pelacur, atau mana-mana orang, yang hidup atas atau menerima, atau yang, sebelum memasuki Malaysia, hidup atas atau menerima, hasil pelacuran;

(f) Mana-mana orang yang memperolehi atau cuba untuk membawa ke Malaysia pelacur atau wanita atau gadis bagi tujuan pelacuran atau lain-lain tujuan yang tak moral;

(g) Kuturayau atau peminta sedekah tetap;

(h) mana-mana orang yang kemasukannya ke Malaysia adalah, atau pada masa kemasukkannya, menyalahi undang-undang di bawah Akta ini atau lain-lain undang-undang bertulis pada masa itu berkuatkuasa;

(i) mana-mana orang yang mempercayai atau menjalankan kegiatan untuk menjatuhkan secara paksa atau kekerasan mana-mana Kerajaan di Malaysia atau mana-mana kerajaan yang ditubuhkan atau undang-undang perlembagaan atau kuasa atau yang tidak mempercayai atau menentang kerajaan yang ditubuhkan atau yang menjalankan pembunuhan pegawai-pegawai awam, atau yang menganjurkan atau mengajar tentang kerosakan harta benda secara menyalahi undang-undang;

(j) mana-mana orang yang menjadi anggota atau bergabung dengan mana-mana pertubuhan yang berkaitan dengan atau memberi ajaran tentang ketidakpercayaan dalam atau menentang kerajaan yang wujud atau menjalankan atau mengajar tentang kewajipan, keperluan atau kewajaran serangan yang menyalahi undang-undang atau membunuh mana-mana pegawai atau pegawai-pegawai, sama ada secara individu tertentu atau pegawai pada amnya, mana-mana Kerajaan di Malaysia atau mana-mana Kerajaan yang ditubuhkan, disebabkan oleh sifat rasminya atau mereka menganjurkan atau mengajar tentang kerosakan harta benda secara menyalahi undang-undang;

(k) mana-mana orang yang, berikutan dengan maklumat yang diterima dari mana-mana sumber yang disifatkan oleh Menteri sebagai boleh dipercayai, atau dari mana-mana kerajaan, melalui saluran rasmi atau diplomatik, disifatkan oleh Menteri sebagai imigran yang tidak diingini;

(l) mana-mana orang yang telah dipindahkan daripada mana-mana negara atau negeri oleh kerajaan negara atau negeri itu sebagai pemulangan bagi apa-apa sebab pun dan yang, dengan sebab keadaan-keadaan yang berhubung dengannya, adalah disifatkan oleh Ketua Pengarah sebagai imigran yang tidak diingini;

(m) mana-mana orang yang, sepertimana yang dikehendaki oleh undang-undang bertulis yang pada masa itu berkuatkuasa supaya memiliki dokumen perjalanan yang sah, tidak memiliki dokumen-dokumen itu atau memiliki dokumen perjalanan yang atau diubah palsu atau dokumen perjalanan yang tidak mematuhi dengan sepenuhnya undang-undang tersebut;

(n) keluarga dan orang-orang tanggungan seorang imigran larangan; dan (

o) mana-mana orang, atau mana-mana ahli atau kelas orang-orang, terhadapnya suatu perintah telah dibuat di bawah seksyen 9(1)

(i), atau Pas atau Permitnya telah dibatalkan di bawah seksyen 9(1)

(ii) atau 9(1)

(iii) masing-masing, atau kepadanya pembatalan tersebut terpakai di bawah seksyen 9(6).

4. Beban membuktikan bahawa mana-mana orang yang ingin memasuki Malaysia bukanlah imigran larangan adalah terletak ke atas orang itu.

5. Tertakluk kepada mana-mana pengecualian yang diberikan di bawah seksyen 55, jika mana-mana imigran larangan memasuki Malaysia selain daripada mengikut Pas yang sah yang dikeluarkan dengan sah kepadanya, maka ia adalah melakukan suatu kesalahan terhadap Akta ini.

6. Kecuali jika seseorang ialah seorang imigran larangan di bawah subseksyen 3(o), mana-mana orang yang memiliki suatu Permit yang dikeluarkan kepadanya di bawah Akta ini yang, setelah tiba di Malaysia, tidak dibenarkan masuk ke Malaysia atas alasan bahawa ia adalah imigran larangan, boleh merayu terhadap penolakan itu dalam tempoh tertentu dan dalam cara sebagaimana yang ditetapkan, kepada Menteri yang mana keputusannya adalah muktamad:

Dengan syarat bahawa, walau apa pun peruntukan seksyen-seksyen 24 dan 26, mana-mana orang yang membuat rayuan terhadap penolakan tersebut hendaklah ditahan di suatu depot imigresen sementara menanti keputusan rayuannya melainkan dilepaskan melalui suatu Pas yang dikeluarkan atas budi bicara Ketua Pengarah dengan syarat ia memberi suatu jaminan atau selainnya sebagaimana Ketua Pengarah fikir mustahak.