Maksud Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) Menurut Seksyen 55E(7) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155)
- Details
"Pendatang Asing Tanpa Izin" bermaksud mana-mana orang, selain daripada warganegara, Yang Menyalahi Seksyen 5,6,8,9 Dan 15 Akta Imigresen, 1959/63 atau Peraturan 39, Peraturan-peraturan Imigresen, 1963.
|
SEKSYEN |
KESALAHAN |
HUKUMAN |
|
Seksyen 5 (2) |
Masuk dan keluar dari Malaysia melalui jalan yang tidak dibenarkan atau jalan yang tidak diwartakan |
Denda tidak lebih RM10,000 atau penjara tidak lebih 5 tahun atau kedua-duanya sekali. |
|
Seksyen 6(3) |
Masuk dan tinggal di Malaysia tanpa Pas atau Permit yang sah. |
Denda tidak lebih daripada RM10,000.00 atau penjara tidak lebih 5 tahun atau kedua-duanya sekali dan boleh dikenakan tidak lebih daripada 6 kali sebatan. |
|
Seksyen 8 |
Imigran Larangan (Prohibited Immigrants). |
Denda tidak lebih RM10,000 atau penjara tidak lebih 5 tahun atau kedua-duanya sekali. |
|
Seksyen 9 |
Masuk dan tinggal di Malaysia setelah Pas atau Permit dibatalkan oleh Ketua Pengarah Imigresen Malaysia. |
Denda tidak lebih RM10,000 atau penjara tidak lebih 5 tahun atau kedua-duanya sekali. |
|
Seksyen 15 |
Tinggal di Malaysia setelah Permit dibatalkan atau suatu pas tamat tempoh. |
Denda tidak kurang daripada RM10,000.00 atau penjara tidak lebih 5 tahun atau kedua-duanya sekali. |
|
Peraturan 39(b) |
Melanggar syarat Pas , Permit atau Pas Sempadan. |
Denda tidak lebih RM1,000 atau penjara tidak lebih 6 bulan atau kedua-duanya sekali. |
- Last Updated on Wednesday, 25 July 2012 06:56
.jpg)