• 1-banner_amend.jpg
  • 2-banner-24082014.png
  • 3-Gaza08082014.PNG
  • 4-MH17.png
  • 5-artwork-PKP.png
  • 6-5Bintang.png
  • 7-Kadar-FI-02042014.png
  • 8-banner-18022014.PNG
  • 9-tutuppej30072013.gif
  • 10-twit-fb-jimlatest.gif
  • 11-kadarbaruPasport080213.gif
  • 12-PLKS.jpg
  • 13-JumaatRehatTutup.png

fwcms buttonmampu-03102013 mygov msc-09102013 ikdn-09102013 
kdn-04102013
 myeg-logo ksn epsa logo csm

Anak Warganegara Asing yang Lahir di Malaysia dan Gagal Menunjukkan Pas Atau Permit Yang Sah Untuk Tinggal di Malaysia

Semua warganegara asing termasuk anak yang berada di Malaysia perlu memiliki suatu pas atau permit yang sah yang dikeluarkan kepadanya secara sah. Kegagalan dalam perkara ini menyebabkan pelanggaran seksyen 6(3) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) menjadikan seseorang itu tergolong dalam imigran larangan di bawah subseksyen 8(3)(h) Akta yang sama dan menghadapi risiko untuk dikenakan tindakan undang-undang serta diusir keluar dari Malaysia.

Tindakan yang perlu lakukan jika anak anda tergolong dalam kategori ini:
  1. Melaporkan diri dengan segera ke Bahagian Penguatkuasa, Jabatan Imigresen Malaysia;
  2. Jangan gunakan khidmat orang tengah atau agen;
  3. Sila bawa bersama perkara-perkara berikut (dokumen asal dan salinan):
    • Sijil lahir(JPN);
    • Pasport/Dokumen Perjalanan Baru anak;
    • Laporan Polis (bagi kes kehilangan pasport);
    • Tiket pesawat/bas/feri untuk keluar dari Malaysia (bawah 7 hari).
  4. Berikan kerjasama semasa siasatan dan rakaman kenyataan diambil oleh Pegawai Imigresen.

Keperluan tambahan bagi Ibu Bapa:

  1. Ibu atau bapa hadir bersama anak;
  2. Pasport/Dokumen Perjalanan ibu atau bapa;
  3. Sijil Perkahwinan ibu bapa;
  4. Sijil perakuan kewarganegaraan daripada kedutaan;
  5. MEMO rujukan daripada BPA/VPP/BPP/MIDA (Jika berkaitan).

Bayaran:

Pas Khas: RM100.00

Nota:

BPA-Bahagian Pekerja Asing, Jabatan Imigresen Malaysia

BPP-Pas Pengajian, Jabatan Imigresen Malaysia

VPP-Bahagian Visa, Pas dan Permit, Jabatan Imigresen Malaysia

MIDA-Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia


Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155)

Tinggal di Malaysia tanpa pas/permit yang sah.

HUKUMAN

Seksyen 6(3) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155).

Denda tidak lebih daripada RM10,000.00 atau  penjara tidak lebih 5 tahun atau kedua-duanya sekali dan boleh dikenakan tidak lebih daripada 6 kali sebatan.

Tindakan kompaun atau usir adalah alternatif hukuman bagi kesalahan di atas.