• 1-banner-14072014.PNG
  • 1-Gaza08082014.PNG
  • 2-MH17.png
  • 3-artwork-PKP.png
  • 4-5Bintang.png
  • 5-Kadar-FI-02042014.png
  • 7-banner-18022014.PNG
  • 8-tutuppej30072013.gif
  • 9-kadarbaruPasport080213.gif
  • 10-JumaatRehatTutup.png
  • 11-PLKS.jpg
  • 12-twit-fb-jimlatest.gif

mampu-03102013 mygov msc-09102013 ikdn-09102013 kdn-04102013 myeg-logo ksn epsa

Soal Selidik Melalui Aplikasi MyPelanggan Bagi Penilaian SSR

 ______________________________________________________________________________________

Pas Lawatan Ikhtisas

Pas Lawatan (Ikhtisas) dikeluarkan kepada warganegara asing yang ingin bertugas memberi kepakaran teknikal dan menjalankan kerja-kerja khusus untuk jangka masa singkat di Malaysia.

Tempoh sahlaku pas adalah bergantung kepada keperluan tetapi tidak melebihi 12 bulan.

Permohonan hendaklah dikemukakan oleh penaja di Malaysia sebelum pemohon masuk ke negara ini.

1. Pakar/Sukarelawan

A. Kategori

  1. Penasihat Kepada Agensi Kerajaan
  2. Professor/ Pensyarah Jemputan / Pelawat
  3. Pemeriksa Luaran
  4. Fellow
  5. Penyelidik/ Pembantu Penyelidik
  6. Penceramah Seminar / Kursus / Latihan
  7. Konsultan
  8. Penasihat Teknikal
  9. Pelatih Kuda
  10. Joki
  11. Sukarelawan
  12. Pakar-pakar Pemasangan Alat dan Mesin
  13. Pakar-pakar Penyelenggaraan Alat dan Mesin
  14. Pakar-pakar Pembaikkan Alat dan Mesin
  15. Pakar-pakar Pemasangan Produk Baru pada Mesin sediada
  16. Pakar-pakar yang mempunyai kemahiran khusus yang difikirkan bersesuaian oleh Ketua Pengarah Imigresen Malaysia

B. Prosedur Permohonan

  1. Surat Kuasa Menyerah Permohonan Kepada Imigresen disertakan Salinan Kad Pengenalan Atau Pas Kerja
  2. Surat Permohonan Dari Penaja (Syarikat) Di Malaysia kepada Imigresen Dalam Bahasa Melayu
  3. Surat Tawaran Dari Penaja (Syarikat) Di Malaysia Kepada syarikat / Institusi Di Luar Negara Yang Berkaitan
  4. Borang Imm.12 Dua Salinan Bagi Permohonan Baru.
  5. Borang Imm.55 Satu Salinan Bagi Permohonan Lanjutan.
  6. Borang Imm.38 Satu Salinan Bagi Setiap Permohonan.
  7. Dua Keping Gambar Ukuran Pasport (Permohonan Baru).
  8. Personal Bond Dimatikan Setem Rm 10.00 Setiap Seorang
  9. Surat Penerimaan Dan Pengesahan Mengenai Jawatan,Gaji/Kontrak dari Syarikat / Institusi Dari Luar Negara Kepada Syarikat di Malaysia
  10. Salinan Pasport Pemohon
  11. Jadual Latihan Tugas Selama Dipohon.
  12. Salinan Sijil Kelayakan Akademi Yang Berkaitan
  13. Salinan dokumen mengenai Syarikat seperti Maa,Borang 9,24 Dan 49 yang dikeluarkan oleh Pendaftar Syarikat dan hendaklah disahkan tulen / benar
  14. Maklumat Tentang Syarikat (Company Profiles).
  15. Surat Invois Atau Bukti Jual Beli Mesin.
  16. Plan Lokasi,Surat Pengesahan Tempat / Kontrak

C. Jika berkaitan

  1. Surat Dari Unit Perancang Ekonomi (Penyelidik Bebas)
  2. Surat Sokongan Dari Majlis Sukan Negara (MSN) Bagi Jurulatih
  3. Surat Sokongan Dari Malayan Racing Association /Persatuan
  4. Joki-Joki Malaysia / Selangor / Perak / Pulau Pinang
  5. Surat Sokongan Dari Jabatan Kebajikan Masyarakat

Catatan: Permohonan mestilah dihantar dalam 2 salinan.

D. Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar kepada:

Pengarah
Bahagian Visa, Pas Dan Permit
Tingkat 3 (Podium)
Blok 2G4, Persiaran Perdana, Precint 2,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62550 Putrajaya.
WILAYAH PERSEKUTUAN
up: Unit Pas Lawatan Ikhtisas
Tel : 03-88801409 / 88801406
Faks: 03-88801374

E. Bayaran

  • Pas Lawatan (Iktisas) - RM 90.00
  • Visa - Mengikut Negara


Nota:

Permohonan Pas Lawatan (Ikhtisas) bagi tempoh tidak melebihi 6 bulan. Bagi kategori yang berikut, permohonan boleh dikemukakan di mana-mana Pejabat Imigresen Negeri yang berhampiran:

• Pemasangan Mesin
• Penyelenggaraan Mesin
• Membaiki Mesin
• Pemasangan produk baru pada mesin yang sedia ada
• Memberi latihan
• Menjalani latihan di kilang atau hotel

2. Artis

A. Kategori
  1. Artis pentas ( nyanyian, muzik, tarian, konsert, teater, sarkas, akrobatik, seni silat, silap mata dan promosi dan artis opera (Budha, Opera Hindu dan Opera-opera Lain)
  2. Bukan artis - mempunyai kepakaran dalam bidang pengurusan erkaitan seni pentas dan seni layar.
  3. Berkarya - penggiat, pengajar atau penglibatan di dalam penggambaran filem.
  4. Penggambaran filem - wawancara, dokumentari, cereka, iburan dan iklan komersial atau bentuk penggambaran lain yang dibuat di dalam Negara oleh syarikat perfileman dari luar Negara
  5. Persembahan - persembahan di hotel, pusat hiburan, premis perdagangan, pusat kebudayaan, stadium dan tempat-tempat yang difikirkan sesuai
  6. Aktiviti artis yang melibatkan persembahan di tempat terbuka atau tertutup, promosi album lagu dan filem artis serta promosi barangan atau produk kecuali produk minuman keras dan produk tembakau
(Maklumat Lanjut boleh diperolehi di Laman Web Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL) - http://www.heritage.gov.my)

B. Prosedur Permohonan untuk Persembahan/ Penggambaran Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL)

  1. Surat Kuasa Menyerah Permohonan Kepada Imigresen
  2. Surat Permohonan Dari Penaja Di Malaysia Kepada Imigresen dalam Bahasa Melayu
  3. Surat Pengesahan Dari Tempat Persembahan
  4. Salinan Surat / Kontrak Antara Artis Tempatan Dengan Penaja
  5. Salinan Surat / Kontrak Antara Artis Luar Dengan Penaja
  6. Borang Imm.12 Dua Salinan Bagi Permohonan Baru.
  7. Borang Imm.55 Satu Salinan Bagi Permohonan Lanjutan.
  8. Borang Imm.38 Satu Salinan Bagi Setiap Permohonan.
  9. Dua Keping Gambar Ukuran Pasport (Permohonan Baru).
  10. Security Bond dimatikan setem RM 10.00 setiap seorang bagi kategori persembahan
  11. Personal Bond dimatikan setem RM 10.00 setiap seorang bagi kategori penggambaran filem
  12. Jaminan Bank
  13. Surat Pengesahan Dari Agensi Yang Menerima Sumbangan Bagi Persembahan Amal
  14. Salinan Pasport Pemohon
  15. Surat Kelulusan Dari Kementerian Kebudayaan ,Kesenian Dan Warisan Malaysia
  16. Surat Penyelesaian Cukai Dari Lembaga Hasil Dalam Negeri
  17. Salinan Roc Syarikat Penaja

C. Prosedur Permohonan untuk Persembahan/ Penggambaran Filem (FINAS)

  1. Surat Permohonan Dari Penaja Kepada Imigresen Dalam Bahasa Melayu.
  2. Surat Kelulusan Dari Finas
  3. Jadual Penggambaran Sepanjang Permohonan
  4. Borang Imm.12 - Dua Salinan Bagi Permohonan Baru.
  5. Borang Imm.38 - Dua Salinan Bagi Setiap Permohonan.
  6. Borang Imm.55 - Satu Salinan Bagi Permohonan Lanjutan.
  7. Dua Keping Gambar Berukuran Pasport. (Permohonan Baru)
  8. Personal Bond Dimatikan Setem Rm 10.00 Setiap Seorang
  9. Salinan Lengkap Pasport Pemohon
  10. Salinan Roc Penaja / Syarikat Di Malaysia

Catatan: Permohonan mestilah dihantar dalam 3 salinan.

D. Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar kepada:

Pengerusi,
Jawatankuasa Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara
(PUSPAL)
Bahagian Pelesenan dan Penguatkuasaan
Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia
Tingkat 30, Menara TH Perdana, Maju Junction
1001 Jalan Sultan Ismail
50694 Kuala Lumpur
Tel: 03-2612 7600

E. Bayaran

Artis RM500.00
Pemuzik RM500.00
Konsert RM500.00
Konsert Amal RM500.00
Orkestra RM500.00
Pertukaran Kebudayaan Gratis
Promosi Album RM500.00
Proram Kerjasama RM90.00
Program Kosmetik RM90.00
Promosi Makanan RM90.00
Perfileman RM90.00
Opera RM90.00
Silapmata RM90.00
Sarkis RM90.00
Akrobatik RM90.00












3. Mubaligh (Islam)

Pas Lawatan (Ikhtisas) dikeluarkan kepada warganegara asing yang ingin bertugas sebagai Imam, Pendakwah, Guru Bahasa Arab dan Guru Al-Quran

A. Kategori

  1. Pengajian Islam
  2. Berkhidmat sebagai Imam
  3. Berkhidmat sebagai Guru
  4. Berkhidmat sebagai Guru Al-Quran
  5. Berkhidmat sebagai Guru Bahasa Arab

B. Syarat-syarat

  1. Pemohon perlu berada di luar Malaysia ketika memohon (kecuali semasa lanjutan Pas Lawatan (Ikhtisas)
  2. Permohonan perlu dikemukakan oleh Majikan/Penaja/Sekolah
  3. Permohonan perlu dikemukakan sekurang-kurangnya 1 bulan sebelum pengajaran/ pengajian bermula.

C. Permohonan yang memerlukan kelulusan daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) adalah:

  1. Permohonan Pengajian Islam yang berumur 18 tahun keatas dan beragama Islam
  2. Pengajian Islam untuk semua peringkat umur untuk mualaf
  3. Pengajaran Islam
  4. Imam
  5. Guru Al-Quran
  6. Guru Bahasa Arab

D. Prosedur Permohonan Untuk Guru Agama

  1. Surat permohonan daripada penaja kepada Imigresen Dalam bahasa Melayu.
  2. Surat sokongan daripada Jabatan Agama Islam negeri sahaja kepada Imigresen dan Jakim.
  3. Borang Imm.12 bagi permohonan baru
  4. Borang Imm.38 bagi permohonan Re-Entry Visa
  5. Borang Imm.55 bagi permohonan lanjutan.
  6. Dua keping gambar berukuran pasport.
  7. Personal Bond yang dimatikan setem RM 10.00
  8. Jadual sepanjang minggu yang dikeluarkan oleh pihak madrasah atau sekolah
  9. Sijil-sijil kelayakan yang diakui sah (Asal-terjemahan dalam Bahasa Melayu)
  10. Salinan lengkap Pasport.
  11. Maklumat tambahan guru Agama

E. Prosedur Permohonan Untuk Belajar Agama

  1. Surat permohonan daripada penaja kepada Imigresen dalam Bahasa Melayu.
  2. Surat sokongan daripada Jabatan Agama Islam Negeri Sahaja kepada Imigresen dan Jakim.
  3. Borang Imm.12 bagi permohonan baru.
  4. Borang Imm.38 bagi permohonan Re-Entry Visa.
  5. Borang Imm.55 bagi permohonan lanjutan.
  6. Dua keping gambar berukuran pasport.
  7. Personal Bond yang dimatikan setem RM 10.00.
  8. Jadual sepanjang minggu yang dikeluarkan oleh Pihak Madrasah / Sekolah.
  9. Sijil-Sijil kelayakan yang diakui sah. (Asal-Terjemahan dalam Bahasa Melayu)
  10. Salinan Lengkap Pasport.
  11. Salinan Kad Memeluk Agama Islam

F. Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar kepada:

Pengarah
Bahagian Visa, Pas Dan Permit
Tingkat 3 (Podium),
Blok 2g4, Persiaran Perdana, Precint 2,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62550 Putrajaya.
WILAYAH PERSEKUTUAN
up: Unit Pas Lawatan (Ikhtisas )
Tel : 03-88801409 / 88801406

G. Bayaran

  1. Pas Lawatan (Iktisas) - RM 90.00
  2. Visa - Kadar bayaran mengikut negara masing-masing

4. Pengamal/Pekerja Lain-lain Agama

Pas Lawatan (Ikhtisas) dikeluarkan kepada warganegara asing yang ingin bertugas sebagai Sami Hindu (Gurukkal), Sami Sikh (Granthi), Paderi, Guru Dharma dan Pengukir.

Tempoh maksimum dibenarkan berkhidmat di Negara ini adalah selama tiga (3) tahun sahaja.

A. Kategori

  1. Sami Hindu (Gurukkal)
  2. Paderi
  3. Sami Buddha, Guru Dharma
  4. Sami Sikh (Granthi)
  5. Pemuzik dan pengukir Keagamaan

B. Syarat-syarat

  1. Pemohon perlu berada di luar Malaysia ketika memohon (kecuali semasa lanjutan Pas Lawatan (Ikhtisas))
  2. Umur:
    a. 40 tahun ke atas bagi Sami Hindu (Gurukkal), Sami Sikh (Granthi), Guru Dharma dan Paderi
    b.
    35 tahun ke atas bagi pemuzik keagamaan
    c.
    30 tahun ke atas bagi pengukir keagamaan
  3. Permohonan perlu dikemukakan oleh Majikan/Penaja/Kuil/Gudwara/Tokong
  4. Permohonan perlu dikemukakan sekurang-kurangnya 1 bulan sebelum pemohon mula bertugas
  5. Kelulusan permohonan bergantung kepada keputusan Jawatankuasa Khas Pas Lawatan (Ikhtisas) Jabatan Imigresen Malaysia (JK-PLIK).

C. Prosedur Permohonan

  1. Surat Kuasa Untuk Membuat Permohonan Bagi Pihak Kuil
  2. Salinan Kad Pengenalan Pembawa Permohonan.
  3. Surat Permohonan Dari Penaja (Temple) kepada Imigresen.
  4. Surat Sokongan (Malaysia Hindu Sangam, Malaysia Buddhist
  5. Society, Malaysia Youth Buddhist Society, Majlis Gurdwara
  6. Malaysia Dan Kementerian Sumber Manusia) Kepada Imigresen.
  7. 2 salinan borang Imm.12 bagi permohonan baru.
  8. 1 salinan Borang Imm.55 bagi permohonan lanjutan.
  9. 1 salinan Borang Imm.38 setiap Permohonan.
  10. 2  keping gambar berukuran pasport (bagi permohonan baru).
  11. Personal Bond yang dimatikan setem RM 10.00.
  12. Senarai nama ahli Jawatankuasa (Nama, Jawatan, Pekerjaan, Salinan Kad Pengenalan Alamat Dan Tandatangan).
  13. Keratan Iklan Jawatan Di Akhbar Tempatan. (Asal-Terjemahan Dalam Bahasa Melayu)
  14. Salinan Pelan Tanah.
  15. Salinan Geran Tanah (Tanah Dengan Kebenaran Untuk Mendirikan Kuil Tetap Sahaja).
  16. Salinan Pelan Lokasi Bangunan/Kuil.
  17. Salinan Surat Kelulusan Membina, Mengubah Suai Dari Pihak Berkuasa Tempatan Dan Disahkan.
  18. Gambar Bangunan Sedia Ada Yang Terkini.
  19. Senarai Nama Pekerja Tempatan Dan Asing Yang Sedang
  20. Berkhidmat Di Kuil (Gurukkal/Pemuzik/Pengukir/Pembantu Gurukkal/Gurukkal Tempatan).
  21. Salinan Sijil Daftar Pertubuhan Kuil /Tokong Yang Disahkan .
  22. Salinan Lengkap Pasport.
  23. Cadangan Progres Kerja Bagi Pengukir (Jika Memohon).
  24. Surat Sokongan Dari Arkitek Bertauliah Berkenaan Dengan
  25. Kerja-Kerja Pengukiran.
  26. Salinan Laporan Kewangan Tahunan Hasil Dari Mesyuarat Jawatankuasa Kuil (Terjemahan Jika Perlu).
  27. Maklumat Tambahan Pengamal/ Pekerja Lain-Lain Agama (muat turun)

D. Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar kepada:

Pengarah
Bahagian Visa, Pas Dan Permit
Tingkat 3 (Podium),
Blok 2G4, Persiaran Perdana, Precint 2,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62550 Putrajaya.
WILAYAH PERSEKUTUAN
UP: Unit Pas Lawatan (Ikhtisas)
Tel : 03-88801409 / 88801406
Faks: 03-88801374

E. Bayaran

  1. Pas Lawatan (Iktisas) - RM 90.00
  2. Visa - Kadar bayaran mengikut negara