• 1-artwork-PKP.png
  • 2-Dato'KPI-10042014.png
  • 3-5Bintang.png
  • 4-Kadar-FI-02042014.png
  • 5-banner-13032014.png
  • 6-banner-18022014.PNG
  • 7-tutuppej30072013.gif
  • 8-kadarbaruPasport080213.gif
  • 9-JumaatRehatTutup.png
  • 10-PLKS.jpg
  • 11-twit-fb-jimlatest.gif

mampu-03102013 mygov msc-09102013 ikdn-09102013 kdn-04102013 myeg-logo ksn epsa

Soal Selidik Melalui Aplikasi MyPelanggan Bagi Penilaian SSR

 ______________________________________________________________________________________

1.        Kad Perjalanan Perniagaan APEC 

1.1     APEC merupakan organisasi yang ditubuhkan pada tahun 1989 untuk mewujudkan kerjasama ekonomi yang lebih luas di dalam kawasan Asia Pasifik. Organisasi ini mula berkuatkuasa pada 1 Mac 1999.

1.2     Terdapat (21) buah negara yang terlibat di dalam organisasi ini iaitu; Australia, Amerika Syarikat, Brunei Darussalam, Canada, Chile, China, Hong Kong (China), Indonesia, Jepun, Korea, Malaysia, Mexico, New Zealand, Papua New Guinea, Peru, Russia, Filipina, Singapura, Taiwan, Thailand dan Vietnam.

1.3     Hanya 18 negara yang memberi kemudahan TANPA VISA dan menyediakan Lorong atau Laluan Khas (Premier Lane ) di pintu-pintu utama negara-negara ekonomi berkenaan.  Dengan adanya kemudahan ini, pemegang Kad Perjalanan Perniagaan APEC menikmati proses pergerakan yang lebih cepat dan lancar.

Pada  1 September 2012 , Russia turut menyertai skim ini. Ini membawa maksud bahawa terdapat (19)  negara yang menyertai skim ini.

Walaubagaimanapun,  Canada dan USA masih belum menyertai skim ini sepenuhnya, namun demikian  kedua-dua negara ini menyediakan kemudahan  ‘PREMIER LANE’ bagi  maksud kemudahan kemasukan yang cepat dan lancar.

2.       Keistimewaan  Kad    Perjalanan  Perniagaan  APEC

2.1     Kad Perjalanan Perniagaan APEC adalah merupakan satu insiatif Pertubuhan Ekonomi Asia Pasifik  (Asia-Pacific Economic Cooperation) APEC dalam usaha untuk membantu ahli-ahli perniagaan yang sering berurusan dengan negara-negara APEC.

   

CONTOH KAD  PERJALANAN PERNIAGAAN APEC

(VERSI LAMA)

2.2     Kad ini membantu menjimatkan masa dan kos ahli-ahli perniagaan di dalam memenuhi keperluan visa dan syarat-syarat masuk di samping menikmati Laluan Khas ke negara-negara APEC.

2.3     Makluman maklumat dan butiran dalam permohonan dikongsi bersama dengan semua negara peserta untuk mendapatkan status 'pre-clearance' atau kelulusan bagi maksud VISA sebelum kad dikeluarkan.

2.4     Kad ini memudahkan laluan kepada pemegangnya di  pintu-pintu masuk  yang utama di dalam negara-negara terbabit. Di Malaysia pintu-pintu masuk yang menyediakan “premier lane” adalah seperti berikut;

                             i.        LapanganTerbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)

                             ii.       Lapangan Terbang Tambang Murah Kuala Lumpur (LCCT)

                             iii.      Lapangan Terbang Antarabangsa P.Pinang

                             iv.      Bangunan Sultan Iskandar , Johor Baharu

                             v.       Bangunan Sultan Abu Bakar (Second Link),Johor Baharu.

2.5     Kad ini secara tidak langsung mempromosikan jalinan perniagaan di antara negara-negara APEC.

2.6   Untuk melayakkan permohon menggunakan Kad Perjalanan Perniagaan APEC, pemohon mestilah terlibat secara langsung dalam urusan perniagaan yang mana memerlukan mereka sering berulang-alik ke negara-negara APEC.

2.7     Keputusan atau kelulusan oleh negara-negara peserta akan disalurkan melalui Sistem ABTC kepada Jabatan Imigresen Malaysia.

3.       Pemohon Yang Layak

3.1     Warganegara Malaysia  dan pemegang Pasport Malaysia  yang sah sahaja.

3.2     Ahli-ahli Pentadbiran, Perniagaan, Orang Kenamaan, Pegawai Kanan Kerajaan atau setarafnya.

3.2.1  Pegawai Kanan Kerajaan yang berurusan dengan negara-negara APEC mestilah diperakukan oleh Kementerian atau Jabatan berkenaan.

3.3     Ahli-ahli perniagaan yang sering mengadakan aktiviti-aktiviti perdagangan dan pelaburan dengan negara-negara APEC dan diperakukan oleh Agensi-Agensi Kawal Selia yang telah dilantik oleh KDN adalah seperti berikut:

3.3.1  Agensi-agensi kerajaan: MITI, MIDA, SMECORP. (Bagi permohonan dari luar negaraPejabat Perwakilan Malaysia)

3.3.2  Persatuan Pekilang-Pekilang Peringkat Kebangsaan (Federation Of Malaysian Manufacturer)

3.3.3  Dewan Perniagaan Melayu (Kuala Lumpur Malay Chamber Of  Commerce-

          KLMCC) 

3.3.4  Dewan Perniagaan China (Associated Chinese Chamber Of Commerce & Industry -ACCIM)

3.3.5  Dewan Perniagaan India ( Malaysian Indian Chamber Of Commerce & Industry-MAICCI)

3.3.6  Malaysian Service Providers Confederation (MSPC)

3.3.7  Malaysian International Chamber Of Commerce & Industry (MICCI)

3.3.8  Badan-badan ikhtisas bidang kejuruteraan, perakaunan, guaman, perubatan,  dan perumahan peringkat kebangsaan.

3.4     Sekiranya terdapat mana-mana persatuan, dewan-dewan perniagaan atau lain-lain agensi yang mempunyai kapasiti memperakukan dan mengeluarkan surat sokongan untuk permohonan ABTC bagi pihak mana-mana syarikat , persatuan, dewan-dewan perniagaan atau lain-lain agensi berkenaan hendaklah memperolehi kebenaran bertulis atau surat perlantikan daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) lebih terdahulu.

Nota :   Mana mana Agensi Kawal Selia yang dilantik  adalah bertanggungjawab

             memastikan kewujudan syarikat dan kelayakan pemohon. 

3.5     Sah Laku Surat Sokongan adalah tiga (3) bulan dari tarikh dikeluarkan.

Top of Form

4.       Pemohon Yang Tidak Layak 

4.1     Nama Pemohon atau Syarikat dalam rekod jenayah dengan Polis Diraja Malaysia

         atau  dalam ‘Senarai Hitam’ Jabatan Imigresen Malaysia.

4.2     Pemohon dari kalangan tanggungan ( isteri atau anak-anak ).

4.3     Sukan, Wartawan, Penghibur , Pemuzik , Artis atau setara itu.

4.4     Syarikat Perdagangan berstatus Enterprise

5.       Kemudahan Imigresen Dan Kad Perjalanan  Perniagaan APEC

5.1     Kad Perjalanan Perniagaan APEC memberi ruang dan peluang kepada ahli-ahli perniagaan untuk menikmati VISA  percuma  setiap lawatan yang di buat ke negara  yang menyertai skim Kad Perjalanan Perniagaan APEC ( ABTC ). Walaubagaimana pun, ianya tertakluk kepada budi-bicara dan sekatan perundangan negara – negara berkenaan.

5.2     Kad Perjalanan Perniagaan APEC memberikan akses pantas kepada pemegang di pintu masuk dan keluar melalui laluan  Khas APEC (Premier Lane) . Laluan ini, hanya  di sediakan di Lapangan Terbang Utama (udara) atau Pintu Masuk Utama (Darat) yang difikirkan perlu oleh negara yang telah menyertai skim ini.

5.3     Pemegang Kad dikehendaki membawa PASPORT mereka . Kemasukan mereka ke negara-negara APEC adalah  juga tertakluk kepada syarat-syarat lain , undang-undang dan peraturan yang berkuat kuasa di negara berkenaan.

6.       Dokumen yang Diperlukan Permohonan Kad APEC

6.1     Pemohon (
tinggal dan menjalankan perniagaan di negara dalam ini) :

         

i.

Borang Permohonan (Sila klik di sini untuk muat turun)

ii.

Salinan Pasport Malaysia ( sah untuk tempoh sekurang-kurangnya 3 tahun dan lebih).

iii.

Salinan Kad Pengenalan

iv.

Gambar Berukuran Pasport - 1 keping ( latarbelakang biru)

v.

          Surat permohonan daripada Syarikat Pemohon ( surat         

          Syarikat) dengan pengesahan berhubung pemohon;
           a. Nama / Tarikh Lahir / Nombor Kad Pengenalan / Pasport
           b. Bilangan Jawatan Dalam compan
           c. Justifikasi memohon Kad Perjalanan Perniagaan APEC

vi.

Surat sokongan daripada Agensi Kawal selia yang berkaitan.

(Lihat 3.3)

 

(Sila bukukan permohonan mengikut aturan senarai semak )


6.2     Pemohon ( tinggal dan menjalankan perniagaan di luar negara) :

 

i.

Borang Permohonan (Sila klik di sini untuk muat turun)

ii.

Salinan Pasport Malaysia ( sah untuk tempoh sekurang-kurangnya 3 tahun dan lebih).

iii.

Salinan Kad Pengenalan

iv.

Gambar Berukuran Pasport - 1 keping ( latarbelakang biru)

v.

          Surat permohonan daripada Syarikat Pemohon ( surat         

          Syarikat) dengan pengesahan berhubung pemohon;
           a. Nama / Tarikh Lahir / Nombor Kad Pengenalan / Pasport
           b. Bilangan Jawatan Dalam compan
           c. Justifikasi memohon Kad Perjalanan Perniagaan APEC

vi.

Borang Permohonan ( Sila klik di sini untuk muat turun)

vii.

Salinan Permit Kerja atau Kad Penduduk Tetap

 

(Sila bukukan permohonan mengikut aturan senarai semak )

 

7.       Permohonan Kad  Perjalanan Perniagaan APEC

Sila kemukakan permohonan yang lengkap untuk Kad Perjalanan Perniagaan APEC ke ;

 

 

Pengarah Visa, Pas dan Permit ;
Jabatan Imigresen Malaysia
Unit Kad Perjalanan Perniagaan APEC,
No 15, Tingkat 4 (Podium) , Persiaran Perdana, Presint 2,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62550 PUTRAJAYA.

( ATTN: Ketua Unit  APEC )


Untuk pertanyaan sila hubungi Unit  APEC di:

            Telefon: 03-88801000 ext. 1174
            Fax: 03-88801374 , 03-88801383
            Email:   This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.  atau  This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Jabatan Imigresen Malaysia akan memberikan anda nombor permohonan sebagai rujukan berstatus ‘RECEIVE’  apabila permohonan di rekodkan (Data Entry) ke dalam Sistem ABTC. Anda hanya  boleh menyemak status permohonan setelah kelulusan permohonan di buat melalui laman web www.businessmobility.orgNombor permohonan akan diberikan kepada pemohon melalui agensi-agensi kawalselia yang dilantik , telefon atau e-mel.

8.       Tempoh  Proses dan  Bayaran

8.1     Permohonan untuk Kad Perjalanan Perniagaan APEC yang baru; atau  permohonan  setelah tamat tempoh Kad (gantian atau permohonan semula ) ;

 

Tempoh proses adalah bergantung kepada proses ' Pre- Clearance ' oleh negara-negara menyertai Skim ABTC. Minima 2 bulan atau selebihnya.

 8.2     Permohonan untuk mengemaskini butiran pasport baru;

 

Tempoh Proses cetak semula Kad Perjalanan Perniagaan APEC baru :

Satu ( 1) jam dari masa permohonan dikemukakan.

 8.3     Permohonan Gantian Kad Perjalanan Perniagaan APEC baru; bagi kes kehilangan atau kecurian

Tempoh Proses cetak semula Kad Perjalanan Perniagaan APEC baru : Satu ( 1) jam dari masa permohonan dikemukakan..

 8.4     Bayaran RM100.00 akan dikenakan setiap kali kad baru  dikeluarkan.

 8.5     Sila hantar permohonan gantian Kad Perjalanan Perniagaan APEC  anda enam (6 ) bulan sebelum tamat tempoh kad yang sedia ada.

9.       Pengeluaran  Kad Perjalanan Perniagaan APEC  

9.1     Kad Perjalanan Perniagaan APEC hanya akan dicetak apabila terdapat permintaan daripada pemohon setelah mendapat kelulusan  dari pada (19) ekonomi berkenaan melalui sistem ABTC .


Sila ambil perhatian,  kad APEC hanya dicetak apabila terdapat permintaan daripada pemohon dan ianya  TIDAK dicetak secara automatik.

9.2     Pengeluaran suatu Kad Perjalanan Perniagaan APEC adalah tertakluk kepada keperluan semasa pemohon dan ' kelulusan' Jabatan Imigresen Malaysia.

          a. Kad Perjalanan Perniagaan APEC yang lengkap , ada cetakan (19) nama negara-negara Asia Pasifik .

        b.Kad Interim , hanya ada cetakan lebih kurang (10) nama negara-negara Asia Pasifik .

        c. Pemohon dikehendaki hadir secara individu di Jabatan Imigresen Malaysia,  Putrajaya  untuk mendapatkan  Kad Perjalanan Perniagaan APEC ; atau mewakilkan ( memberi kuasa ) kepada mana-mana orang secara bertulis. Kad Perjalanan Perniagaan APEC hanya akan diserahkan kepada wakil-wakil dengan surat kebenaran atau surat kuasa yang disertakan  sesalinan kad pengenalan wakil yang hadir tersebut.

       d.  Sekiranya permintaan pemohon adalah untuk mengirimkan Kad Perjalanan Perniagaan APEC  ke alamat surat menyurat mereka, maka adalah menjadi tanggungjawab pemohon untuk menyediakan ;

                        Bank Draf / Wang Pos bernilai RM100.00  dan dibayar kepada KETUA PENGARAH IMIGRESEN  MALAYSIA.

                   Nota: ( tulis nama , nombor pasport, nombor permohonan dan  alamat penuh di belakang draf bank / wang pos tersebut.

10.     Tempoh Sah Laku Kad Perjalanan Perniagaan APEC  

Kad Perjalanan Perniagaan APEC adalah sah untuk tiga ( 3) tahun dari tarikh pengeluarannya ; atau sehingga sah laku pasport pemohon (dalam kes permohonan di mana dikemukakan pasport yang kurang daripada 3 tahun)

11.     Pembatalan Kad Perjalanan Perniagaan APEC  

Syarikat yang telah pohon  Kad Perjalanan Perniagaan APEC untuk pekerjanya ; dikehendaki menggemukakan pembatalan kad sekiranya  pekerja tersebut tidak lagi berkhidmat  atau telah meletak jawatan di syarikat tersebut . Ini adalah untuk memastikan bahawa pemohon tidak  menyalah gunakan kemudahan ini.

12.     Menambah Data Maklumat Pasport Baru

        Sila kemukakan dokumen-dokumen berikut : -

a. Sesalinan pasport Malaysia terkini

b. Bayaran RM100.00 .

c. Tempoh sah kekal sama seperti kad yang sebelumnya.
d. Kad dicetak pada hari yang sama , satu (1) jam dari masa permohonan.

                
13.     Kehilangan Kad Perjalanan Perniagaan APEC

         Sila kemukakan dokumen-dokumen berikut : -

a. Sesalinan pasport Malaysia terkini.

b. Surat pengesahan dari syarikat berhubung status pemohon.
c. Bayaran RM100.00  akan dikenakan .
d. Kad dicetak pada hari yang sama , satu (1) jam dari masa permohonan

               
Nota:  Tempoh Sah laku Kad Perjalanan Perniagaan APEC yang baru dicetak kekal
seperti di kad sebelumnya. (tidak ada perubahan pada mana-mana butiran kecuali nombor pasport.)

    
14.     Peringkatan

i.        Tanggungan ( isteri dan anak ) kepada pemohon tidak layak memohon / mendapatkan  kemudahan ini.

ii.       Pemegang Kad Perjalanan Perniagaan APEC adalah dilarang daripada menggunakan kad ini untuk  tujuan bekerja di luar negara .

iii.      Kad ini sah untuk tujuan perjalanan perniagaan sahaja.

iv.      Jabatan Imigresen Malaysia melarang pemohon daripada menggunakan
khidmat agen atau orang ketiga (Tidak Berdaftar Dengan KDN atau JIM) bagi maksud permohanan Kad APEC.