• 1-banner-14072014.PNG
  • 1-Gaza08082014.PNG
  • 2-MH17.png
  • 3-artwork-PKP.png
  • 4-5Bintang.png
  • 5-Kadar-FI-02042014.png
  • 7-banner-18022014.PNG
  • 8-tutuppej30072013.gif
  • 9-kadarbaruPasport080213.gif
  • 10-JumaatRehatTutup.png
  • 11-PLKS.jpg
  • 12-twit-fb-jimlatest.gif

mampu-03102013 mygov msc-09102013 ikdn-09102013 kdn-04102013 myeg-logo ksn epsa

Soal Selidik Melalui Aplikasi MyPelanggan Bagi Penilaian SSR

 ______________________________________________________________________________________

EXPATRIAT

KENYATAAN AM

1.         Warganegara Asing yang masuk ke negara sebagai Pegawai Dagang (Ekspatriat)

Kategori pegawai dagang:

  • Pengurusan tertinggi (KEY POST)
  • Eksekutif
  • Pekerja mahir

2.         Unit Jawatankuasa Ekspatriat (JKE/DP 10) merupakan Urusetia Mesyuarat Jawatankuasa Pegawai Dagang yang menguruskan proses permohonan di Ibu Pejabat Imigresen, Putrajaya di bawah kawalselia Kementerian Dalam Negeri (KDN).

3.         Berikut adalah kategori permohonan pegawai dagang melalui Jawatankuasa Ekspatriat (JKE):-

(i)   KELULUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA EKSPATRIAT (JKE)

a.   Syarat pegawai dagang hendaklah bergaji  RM 5000 ke atas

b.   Piagam pelanggan adalah lima (5) hari bekerja 

(iii) KELULUSAN FAST TRACK (SOKONGAN AGENSI KAWALSELIA)

a.   Jawatan Jururawat Dan Doktor

Sokongan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

b.   Jawatan Juruterbang / PembantuJuruterbang Dan Jawatan Terlibat Dalam Kerja-Kerja Penyelenggaraan Pesawat

Sokongan Jabatan Penerbangan Awam (DCA)

c.   Jawatan Pensyarah Dan Guru

•     Sokongan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)

•     Sokongan KementerianPenggajianTinggi (KPT)

•     Institut PenggajianTinggi Swasta Berstatus Tier 5

•     Piagam Pelanggan adalah satu (1) Hari Bekerja 

5.         SYARAT PENTING PERMOHONAN PEGAWAI DAGANG/ EKSPATRIAT

a.Syarat modal berbayar

BIL EKUITI MODAL
1 100% Milik Tempatan RM250 000
2

Milik Bersama Asing Tempatan

RM350 000
3 100% Milik Asing RM500 000

b.Syarat Modal berbayar tidak tertakluk kepada syarikat yang berstatus Incoporated, Limited dan persatuan/pertubuhan/chambers/firma

c.Permohonan jawatan penting (key post) modal berbayar milik asing dalam syarikat hendaklah berjumlah sekurang-kurang RM500 000 

d.Pegawai dagang hendaklah bergaji RM5000 dan ke atas

e.Tiada had tempoh kelulusan pas peggajian. Setiap permohonan layak memohon tidak melebihi tempoh lima (5) tahun

f.Understudy bagi setiap kategori jawatan pegawai dagang dimansuhkan

g.Tempoh bertenang (cooling of period) telah dimansuhkan untuk permohonan jawatan pegawai dagang

h.Permohonan jawatan pegawai dagang bergaji minimum RM2500 boleh dipertimbangkan untuk syarikat yang menjalankan akitivti di bawah sektor Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKEA) sahaja. Pas penggajian yang ditawarkan adalah dalam kategori II. 

Sektor berkenaan meliputi ;

a.Pertanian

b.Perkhidmatan Perniagaan

c.Kandungan Komunikasi Dan Infrastruktur

d.Pendidikan

e.Elektrik Dan Elektronik

f.Perkhidmatan Kewangan

g.Greater Kuala Lumpur / Klang Valley

h.Kesihatan

i.Minyak, Gas Dan Tenaga

j.Industri Minyak Kelapa Sawit

k.Pelancongan

l.Borong Dan Runcit

6.         Bagi permohonan lanjutan, permohonan hendaklah disertakan :

Salinan resit pembayaran cukai pendapatan pegawai dagang atau potongan cukai berjadual (PCB) selaras gaji yang ditawarkan dalam tempoh satu (1) tahun yang terkini dan Borang BE / E-Filling beserta Borang EA dari Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)

Penyata gaji pegawai dagang(3 bulan terkini)

Senarai Sokongan Agensi Kawal Selia

Bil.

Agensi

Bidang

1.

Kementerian Pengajian Tinggi / Kementerian Pelajaran Malaysia

Tenaga Pengajar

2.

Kementerian Kesihatan Malaysia

Doktor, Jururawat, Rawatan Perubatan Tradisional

3.

Persatuan Bola Sepak Malaysia

Pemain Bola Sepak

4.

Majlis Sukan Negara

Ahli Sukan / Jurulatih Sukan

5.

Jabatan Penerbangan Awam

Juruterbang dan jawatan berkaitan sektor penerbangan

6.

BiotechCorp-BC

Bio-Teknologi

7.

Kementerian Pelancongan Malaysia

Agensi Pelancongan

8.

Majis Sukan Malaysia

Sukan / Pembangunan Sukan

9.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM)

Bola Sepak / Pembangunan Bola Sepak

10.

Persatuan Golf Malaysia

Sukan Golf / Pembangunan Sukan Golf

11.

Kementerian Penerangan, Komunikasi & Multimedia Malaysia

Tarian, Filem, Kebudayaan

12.

FINAS

Perfileman

13.

Jabatan Perikanan

Penternakan Ikan

 7.         Pautan

a. Borang permohonan jawatan (DP10)

b. Senarai semak permohonan - Lampiran A

c. Borang pengesahan dokumen ( Letter of Undertaking)

d. Senarai sektor dan jawatan yang tidak dibenarkan memohon jawatan pegawai dagang (negative list)

e. Senarai sektor di bawah kawal selia Bahagian Perkhidmatan Industri, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan (KPDNK&K) 

8.         Makluman penting untuk majikan:

a.Permohonan lanjutan hendaklah dibuat tiga (3) bulan sebelum pas Pegawai Dagang tamat

b.Surat kelulusan permohonan pegawai dagang sah selama enambulan daripada tarikh kelulusan

c.Permohonan hendaklah dijilid (menggunakan Comb Binder) mengikut susunan senarai semak.

9.         Semakan Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Pegawai Dagang

      Boleh disemak melalui http://ivisa.imi.gov.my

10.       Pemohonan Pas Penggajian (Baru) telah dilaksanakan secara atas talian berkuatkuasa mulai 21 April 2014 (Isnin).