• 1a-banner-14072014.PNG
  • 1b-ramadhan-2014.PNG
  • 2-artwork-PKP.png
  • 4-5Bintang.png
  • 5-Kadar-FI-02042014.png
  • 6-banner-13032014.png
  • 7-banner-18022014.PNG
  • 8-tutuppej30072013.gif
  • 9-kadarbaruPasport080213.gif
  • 10-JumaatRehatTutup.png
  • 11-PLKS.jpg
  • 12-twit-fb-jimlatest.gif

mampu-03102013 mygov msc-09102013 ikdn-09102013 kdn-04102013 myeg-logo ksn epsa

Soal Selidik Melalui Aplikasi MyPelanggan Bagi Penilaian SSR

 ______________________________________________________________________________________

Syarat Masuk ke Malaysia

1. Seseorang pelawat perlu memenuhi syarat-syarat seperti berikut sebelum masuk ke Malaysia:

i.

Mempunyai Pasport atau Dokumen

a. Setiap orang perlu mempunyai pasport atau dokumen perjalanan antarabangsa yang diiktiraf dan sah untuk masuk ke Malaysia.

b. Mana-mana pasport atau dokumen perjalanan yang tidak diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia, perlu mempunyai Dokumen Sebagai Ganti Pasport.

c. Pasport yang boleh dipohon di mana-mana Pejabat Perwakilan Malaysia diluar negara.

d. Pemegang-pemegang dokumen perjalanan seperti Surat Akuan Pengenalan, Laiiser Passer, Titre de Voyage atau Sijil Penduduk Tetap sesebuah negara perlu memastikan bahawa kepulangan mereka ke negaranya atau negara yang mengeluarkan dokumen tersebut adalah terjamin.

e. Dokumen-dokumen tersebut mesti laku enam bulan ke atas dari tarikh masuk ke Malaysia.

ii.

Mempunyai Visa

a. Visa adalah satu jenis endosmen dalam sesebuah pasport atau mana-mana dokumen perjalanan asing yang diiktiraf yang menunjukkan bahawa pemegang telah mendapat kebenaran untuk masuk ke Malaysia.

b. Warganegara asing yang memerlukan visa perlulah memohon terlebih dahulu di mana-mana Pejabat Perwakilan Malaysia di luar negara.

c. Visa yang dikeluarkan bukanlah merupakan satu jaminan yang mutlak bahawa individu tersebut akan dibenarkan masuk ke negara ini.

d. Keputusan akhir adalah terletak kepada budi bicara Pegawai Imigresen yang bertugas dipintu masuk.

iii.

Mempunyai Tiket perjalanan balik yang sah dan perbelanjaan yang mencukupi

Setiap pelawat diperlukan juga untuk membuktikan kemampuan kewangan untuk menyara dirinya di Malaysia bersama-sama dengan tiket perjalanan pulang yang telah ditetapkan untuk balik ke negara asal atau ke negara lain.

iv.

Bukan imigran larangan

Mana-mana orang yang diiktirafkan dibawah Seksyen 8 Akta Imigresen 1959/1963 tidak akan dibenarkan masuk ke Malaysia walaupun mempunyai Pasport atau dokumen perjalanan yang sah, visa, tiket perjalanan dan perbelanjaan yang mencukupi.

v. Mengisi kad masuk dan keluar

2. Mengenai Pas
Selain daripada permohonan masuk ke Malaysia bagi tujuan lawatan sosial atau perniagaan, semua permohonan untuk jenis-jenis pas yang dinyatakan di bawah mestilah dimohon sebelum masuk ke negara ini.

Setiap permohonan mestilah mempunyai penaja yang akan bertanggungjawab di atas kehadiran subjek di negara ini atau untuk penghantaran subjek jika perlu.

3.Keperluan Pas
Warganegara Asing yang ingin melawat Malaysia perlu mendapatkan Pas di pintu masuk selain daripada visa (di mana perlu) yang akan membenarkan mereka untuk tinggal sementara di negara ini.

Pas adalah satu jenis endorsemen di dalam pasport yang memberikan kebenaran tinggal di Malaysia bagi tempoh yang dibenarkan.