• 1-artwork-PKP.png
  • 2-Dato'KPI-10042014.png
  • 3-5Bintang.png
  • 4-Kadar-FI-02042014.png
  • 5-banner-13032014.png
  • 6-banner-18022014.PNG
  • 7-tutuppej30072013.gif
  • 8-kadarbaruPasport080213.gif
  • 9-JumaatRehatTutup.png
  • 10-PLKS.jpg
  • 11-twit-fb-jimlatest.gif

mampu-03102013 mygov msc-09102013 ikdn-09102013 kdn-04102013 myeg-logo ksn epsa

Soal Selidik Melalui Aplikasi MyPelanggan Bagi Penilaian SSR

 ______________________________________________________________________________________

PEGAWAI DAGANG

KENYATAAN AM

1.         Pegawai dagang ialah pelawat asing yang bekerja secara profesional di Malaysia dan juga pelabur – pelabur asing yang menubuhkan syarikat-syarikat di Malaysia

Kategori pegawai dagang:

  • Pengurusan tertinggi (KEY POST/PELABUR)
  • Eksekutif/ikhtisas 
  • Pekerja mahir

2.         AGENSI PELULUS PEGAMBILAN PEGAWAI DAGANG

a.   BANK NEGARA MALAYSIA (BNM)

b.   SURUHANJAYA SEKURITI (SC)

c.   LEMBAGA PEMBANGUNAN  PELABURAN MALAYSIA (MIDA)

d.   PERBADANAN PEMBANGUNAN MULTIMEDIA (MDEC)

e.   SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM

 

f.    JAWATANKUASA PEGAWAI DAGANG (JKPD)

 

g.   ISKANDAR REGIONAL DEVELOPMENT AUTH (IRDA)

 

h.   MAJLIS PEMBANGUNAN EKONOMI PANTAI TIMUR (ECERDC)

 

i.    TALENT CORPORATION MALAYSIA BERHAD

 

j.    JABATAN PERKHIDMATAN AWAM (JPA)

 

k.   KEMENTERIAN DALAM NEGERI (KDN)

  

3.         Unit Jawatankuasa Pegawai Dagang (DP 10) merupakan Urusetia Mesyuarat Jawatankuasa Pegawai Dagang yang menguruskan proses permohonan di Ibu Pejabat Imigresen, Putrajaya di bawah kawalselia Kementerian Dalam Negeri (KDN).

4.         Berikut adalah kategori permohonan pegawai dagang melalui Jawatankuasa Pegawai Dagang (JKPD):-

(i)   KELULUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA PEGAWAI DAGANG (JKPD)

a.   Syarat pegawai dagang hendaklah bergaji  RM 5000 ke atas

b.   Piagam pelanggan adalah lima (5) hari bekerja 

(ii)  KELULUSAN AUTOMATIK (FAST TRACK)

a.Syarat pegawai dagang hendaklah bergaj RM8000 ke atas

b.Piagam pelanggan adalah satu(1) hari bekerja

c.Permohonan lengkap

(iii) KELULUSAN FAST TRACK (SOKONGAN AGENSI KAWALSELIA)

a.   Jawatan Jururawat Dan Doktor

Sokongan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

b.   Jawatan Juruterbang / PembantuJuruterbang Dan Jawatan Terlibat Dalam Kerja-Kerja Penyelenggaraan Pesawat

Sokongan Jabatan Penerbangan Awam (DCA)

c.   Jawatan Pensyarah Dan Guru

•     Sokongan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)

•     Sokongan KementerianPenggajianTinggi (KPT)

•     Institut PenggajianTinggi Swasta Berstatus Tier 5

•     Piagam Pelanggan adalah satu (1) Hari Bekerja 

5.         SYARAT PENTING PERMOHONAN PEGAWAI DAGANG

a.Syarat modal berbayar

BIL EKUITI MODAL
1 100% Milik Tempatan RM250 000
2

Milik Bersama Asing Tempatan

RM350 000
3 100% Milik Asing RM500 000

b.Syarat Modal berbayar tidak tertakluk kepada syarikat yang berstatus Incoporated, Limited dan persatuan/pertubuhan

c.Permohonan jawatan penting (key post) modal berbayar milik asing dalam syarikat hendaklah berjumlah sekurang-kurang RM500 000 

d.Pegawai dagang hendaklah bergaji RM5000 dan ke atas

e.Tiada had tempoh kelulusan pas peggajian. Setiap permohonan layak memohon tidak melebihi tempoh lima (5) tahun

f.Understudy bagi setiap kategori jawatan pegawai dagang dimansuhkan

g.Tempoh bertenang (cooling of period) telah dimansuhkan untuk permohonan jawatan pegawai dagang

h.Permohonan jawatan pegawai dagang bergaji minimum RM2500 boleh dipertimbangkan untuk syarikat yang menjalankan akitivti di bawah sektor Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKEA) sahaja. Pas penggajian yang ditawarkan adalah dalam kategori II. 

Sektor berkenaan meliputi ;

a.Pertanian

b.Perkhidmatan Perniagaan

c.Kandungan Komunikasi Dan Infrastruktur

d.Pendidikan

e.Elektrik Dan Elektronik

f.Perkhidmatan Kewangan

g.Greater Kuala Lumpur / Klang Valley

h.Kesihatan

i.Minyak, Gas Dan Tenaga

j.Industri Minyak Kelapa Sawit

k.Pelancongan

l.Borong Dan Runcit

6.         Bagi permohonan lanjutan, permohonan hendaklah disertakan :

Salinan resit pembayaran cukai pendapatan pegawai dagang atau potongan cukai berjadual (PCB) selaras gaji yang ditawarkan dalam tempoh satu (1) tahun yang terkini dan Borang BE / E-Filling beserta Borang EA dari Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)

Penyata gaji pegawai dagang(3 bulan terkini)

Senarai agensi kawal selia

 

BIL

 

AGENSI

 

AKTIVITI

 

1

 

Kementerian Pelancongan Malaysia

 

Pelancongan

2

 

Majlis Sukan Negara

 

 

Sukan  

 

3

 

Persatuan Bola Sepak Malaysia

 

Bola Sepak

4

 

Bio Teknologi

 

Bio Tech Corporation

 

5

 

Jabatan Mineral, Sains Dan Geologi Negeri

Perlombongan

 

6

 

Ekuestarian

Persatuan Ekuestarian Malaysia

 













 7.         Pautan

a. Borang permohonan jawatan (DP10)

b. Senarai semak permohonan - Lampiran A

c. Borang pengesahan dokumen ( Letter of Undertaking)

d. Senarai sektor dan jawatan yang tidak dibenarkan memohon jawatan pegawai dagang (negative list)

e. Senarai sektor di bawah kawal selia Bahagian Perkhidmatan Industri, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan (KPDNK&K) 

8.         Makluman penting untuk majikan:

a.Permohonan lanjutan hendaklah dibuat tiga (3) bulan sebelum pas Pegawai Dagang tamat

b.Surat kelulusan permohonan pegawai dagang sah selama enambulan daripada tarikh kelulusan

c.Permohonan hendaklah dijilid (menggunakan Comb Binder) mengikut susunan senarai semak.

9.         Semakan Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Pegawai Dagang

    Boleh disemak melalui http://ivisa.imi.gov.my

10.       Permohonan boleh dikemukakan di alamat berikut :

Bahagian PAS PENGGAJIAN 
Tingkat 3, Blok 2G4 ( Podium )
Presint 2
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62550 Putrajaya
Wilayah Persekutuan

RAYUAN PERMOHONAN

Permohonan rayuan kali kedua (2), sila kemukakan permohonan kepada

Ketua Setiausaha

Kementerian Dalam Negeri

Bahagian Hal Ehwal Imigresen

Tingkat 5, Blok D2, Parcel D

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

            62570 Putrajaya Wilayah Persekutuan

*Dikemukakan sendiri di kaunter atau wakil majikan yang berdaftar atau melalui pos bagi majikan yang terletak di luar Lembah Kelang.