• 1a-banner-14072014.PNG
  • 1b-ramadhan-2014.PNG
  • 2-artwork-PKP.png
  • 4-5Bintang.png
  • 5-Kadar-FI-02042014.png
  • 6-banner-13032014.png
  • 7-banner-18022014.PNG
  • 8-tutuppej30072013.gif
  • 9-kadarbaruPasport080213.gif
  • 10-JumaatRehatTutup.png
  • 11-PLKS.jpg
  • 12-twit-fb-jimlatest.gif

mampu-03102013 mygov msc-09102013 ikdn-09102013 kdn-04102013 myeg-logo ksn epsa

Soal Selidik Melalui Aplikasi MyPelanggan Bagi Penilaian SSR

 ______________________________________________________________________________________

Sijil Perakuan Taraf

Merupakan suatu sijil yang dikeluarkan mengikut PEratura 3, Peraturan-peraturan Imigresen 1963 kepada seseorang warganegara asing yang mempunyai tuntutan sebagai warganegara Malaysia.

1. Golongan Yang Layak Memohon

Golongan yang layak untuk memohon perakuan taraf adalah mereka yang mempunyai tuntutan sebagai warganegara Malaysia secara kuatkuasa undang-undang di bawah perkara 14 Perlembagaan Malaysia seperti berikut:

a. Kanak-kanak yang dilahirkan di luar Malaysia di mana semasa kelahirannya, bapanya adalah seorang warganegara Malaysia;

b. Warganegara Malaysia yang menetap di luar negara dalam tempoh yang agak lama yang ingin kembali semula ke Malaysia di mana pasport Malaysianya telah tamat tempoh sah laku; dan

c.Warganegara Malaysia yang telah menjadi warganegara asing yang ingin kembali ke Malaysia sebagai warganegara Malaysia.

2. Cara Memohon

a. Permohonan hendaklah dikemukakan melalui borang IM 1-Pin.2/93 di mana-mana Pejabat Imigresen Negeri berhampiran dengan tempat tinggal pemohon/penaja.

b. Bagi permohonan di luar Malaysia hendaklah dikemukakan melalui Perwakilan Malaysia di seberang laut dan pihak Perwakilan akan memanjangkan permohonan berkenaan ke Pejabat Imigresen Negeri yang berhampiran dengan tempat tinggal penaja untuk diproses. Permohonan berkenaan akan dihantar ke Ibu Pejabat untuk keputusan.

c. Permohonan hendaklah ditaja oleh seorang penaja tempatan bertaraf warganegara Malaysia.

3. Tujuan

Sijil Perakuan Taraf adalah suatu dokumen yang dikeluarkan kepada seseorang warganegara asing yang mempunyai tuntutan sebagai Warganegara Malaysia.

4. Syarat Permohonan

a. Permohonan hendaklah ditaja oleh seorang penaja tempatan bertaraf warganegara Malaysia dan boleh dikemukakan di mana-mana Pejabat Imigresen Negeri berhampiran dengan tempat tinggal pemohon/penaja.

b. Bagi permohonan di luar Malaysia hendaklah dikemukakan melalui Perwakilan Malaysia yang berhampiran dengan tempat tinggal pemohon.

5. Dokumen-dokumen yang diperlukan

a. 1 keping borang permohonan Perakuan Taraf (Borang IMM.1Pin 2/93 3)

b. Pengesahan Taraf Warganegara daripada JPN atau Borang W daripada perwakilan Malaysia di luar negara

c.Sijil kelahiran pemohon

d. 3 keping gambar pemohon berukuran 3.5 sm x 5.0 sm

e. 1 keping gambar penaja berukuran 3.5 sm x 5.0 sm

f. Sijil perkahwinan ibu/bapa (Asal dan Salinan)

g. Pasport ibu/ bapa (Asal dan Salinan)

h. Gambar pemohon bersama-sama keluarga

i. Sijil warganegara (jika ada)

j. Kad Pengenalan ibu/bapa

k. Sijil perkahwinan ibu/bapa(Asal dan salinan)

l. Daftar kelahiran ibu/bapa

m. Pasport ibu/bapa(Asal dan salinan)

n. Gambar pemohon bersama keluarga

6. Bayaran - RM 10.00