• 1-aInovasi5x12.jpg
  • 1-DeepavaliWishes.gif
  • 2-banner_amend.gif
  • 3-Gaza08082014.PNG
  • 4-MH17.png
  • 5-artwork-PKP.png
  • 6-5Bintang.png
  • 7-Kadar-FI-02042014.png
  • 8-banner-18022014.PNG
  • 9-tutuppej30072013.gif
  • 10-twit-fb-jimlatest.gif
  • 11-kadarbaruPasport080213.gif
  • 12-PLKS.jpg
  • 13-JumaatRehatTutup.png

fwcms buttonmampu-03102013 mygov msc-09102013 ikdn-09102013 
kdn-04102013
 myeg-logo ksn epsa logo csm

Cara Mohon Visa

Permohonaan visa hendaklah dibuat di mana-mana Perwakilan Malaysia di seberang laut yang berdekatan. Pelancong daripada negara-negara komanwel berada di negara bukan Komanwel boleh mendapatkan khidmat nasihat dan kemukakan permohonan di Suruhanjaya Tinggi British/United Kingdom.

Permohonan juga boleh dilakukan secara online menerusi Sistem I-Visa (hanya untuk pelancong dari India dan China sahaja). 


1. Permohonan Visa Tanpa Rujukan (VTR)

Dokumen yang diperlukan bagi permohonan Visa Tanpa Rujukan (kelulusan visa diberi oleh Suruhanjaya Tinggi Malaysia) adalah:

a. Pasport asal
b. Dua (2) salinan fotostat pasport
c. Dua (2) salinan fotostat borang permohonan visa (Form IMM.47)
d. Dua (2) keping gambar berukuran pasport pemohon
e. Tiket penerbangan asal dan dua (2) salinan fotostat (disahkan dan tiket penerbangan balik)
f. Penyata bank / traveller's cheques
g. Surat jemputan (jika ada)
h. Bayaran visa

Nota : Visa Tanpa Rujukan diperlukan bagi tujuan lawatan sosial

2. Permohonan Visa Dengan Rujukan (VDR)

Dokumen yang diperlukan bagi permohonan Visa Dengan Rujukan (visa akan dikeluarkan setelah pemohonan dirujuk dan diluluskan oleh Jabatan Imigresen Malaysia / Agensi Berkuasa) adalah:

a. Surat kelulusan asal Jabatan Imigresen Malaysia / agensi berkuasa dan dua (2) salinan fotostat
b. Pasport asal
c. Dua (2) salinan fotostat pasport
d. Dua (2) salinan fotostat borang permohonan visa (Form IMM.47)
e. Dua (2) keping gambar berukuran pasport pemohon
f. Tiket penerbangan asal dan dua (2) salinan fotostat
g. Bayaran visa


Nota: Visa Dengan Rujukan diperlukan bagi pas pelajar, pas bekerja, pas tanggungan dan pas lawatan profesional