• 1-artwork-PKP.png
  • 2-Dato'KPI-10042014.png
  • 3-5Bintang.png
  • 4-Kadar-FI-02042014.png
  • 5-banner-13032014.png
  • 6-banner-18022014.PNG
  • 7-tutuppej30072013.gif
  • 8-kadarbaruPasport080213.gif
  • 9-JumaatRehatTutup.png
  • 10-PLKS.jpg
  • 11-twit-fb-jimlatest.gif

mampu-03102013 mygov msc-09102013 ikdn-09102013 kdn-04102013 myeg-logo ksn epsa

Soal Selidik Melalui Aplikasi MyPelanggan Bagi Penilaian SSR

 ______________________________________________________________________________________

Panduan Memohon Jawatan Pegawai Dagang Baru/Lanjutan/Rayuan

 1.Syarikat hendaklah mengemukakan dokumen-dokumen seperti berikut :

 I.Surat kuasa daripada syarikat mengenai kebenaran wakil syarikat berurusan dengan Jabatan Imigresen Malaysia (sila nyatakan no. kad pengenalan dan jawatan berserta salinan kad pengenalan @ kad perniagaan).

II.Borang DP10 yang lengkap diisi.

III.Surat permohonan syarikat (covering letter) yang menjelaskan mengenai kegiatan syarikat dan justifikasi keperluan jawatan di sandang oleh pegawai dagang termasuk bidang tugas. Sila nyatakan status permohonan pegawai dagang sama ada baru/lanjutan/rayuan pada tajuk muka surat. Bagi permohonan lanjutan pegawai dagang, salinan surat kelulusan terdahulu hendaklah disertakan. Bagi permohonan rayuan, JKPD hanya akan mempertimbangkan sekali sahaja dan salinan surat penolakan hendaklah dikemukakan.

IV.Carta organisasi (kertas saiz A4). Sila tandakan * bagi kedudukan jawatan pegawai dagang yang di pohon.

V.Salinan ROC : Borang 9, 24, 49 (atau borang-borang berkaitan) yang terbaru dan telah disahkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Sekiranya pejabat cawangan (Branch Office) – salinan borang 78, 80A, dan 83 diperlukan. Sekiranya pejabat perwakilan (Representative Office) dan International Procurement Centre (IPC) salinan surat sokongan MITI diperlukan. Ibu Pejabat Operasi (OHQ) salinan surat sokongan Kementerian Kewangan diperlukan.

VI.Bagi projek carigali petroleum, sila kemukan salinan kontrak.

VII.Bagi sektor pembuatan, sila kemukakan salinan Lesen Pengilang / Lesen Perniagaan beserta risalah / gambar dan produk syarikat.

VIII.Permohonan hendaklah dijilid (menggunakan COMB BINDER) mengikut susunan seperti Lampiran ‘A’.

  2.Alamat :

I.Semua permohonan hendaklah dikemukakan dalam satu salinan yang mengandungi dokumen-dokumen berkaitan diatas termasuk surat ulasan agensi kerajaan (jika berkaitan) yang di alamatkan kepada :

 

Setiausaha,

Jawatankuasa Pegawai Dagang,

Jabatan Imigresen Malaysia,

Tingkat 3, Bahagian Pas Penggajian,

No 15, Persiaran Perdana, Presint 2,

62550 Putrajaya,

Wilayah Persekutuan.


II.Permohonan yang lengkap atau maklumat yang tidak tepat akan menyebabkan permohonan tersebut tidak akan dipertimbangkan atau keputusan mengenainya tidak dapat dibuat dengan segera.

 3.Permohonan-permohonan baru jawatan pegawai dagang yang tidak ditimbangkan oleh Jawatankuasa Pegawai Dagang :

 I.Syarikat-syarikat pembuatan, perhotelan, pertanian, pelancongan, penyelidikan dan pembangunan yang belum beroperasi hendaklah mengemukakan permohonan kepada Jawatankuasa Bertindak mengenai Pelaburan (ACI) di MIDA.

II.Pejabat Perwakilan ’International Procurement Centre’ hendaklah mengemukakan permohonan kepada (MIDA).

III.Ibu Pejabat Operasi (OHQ) hendaklah mengemukan permohonan kepada (MIDA).

IV.Institusi kewangan dan syarikat insuran hendaklah dikemukakan kepada Bank Negara Malaysia.

V.Pelaburan hendaklah dikemukakan kepada Jawatankuasa Pelabur Asing (FIC) Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri.

VI.Bagi semua sektor ‘bukan professional’ iaitu jawatan teknikal ke bawah hendaklah dikemukakan kepada Kementerian Dalam Negeri.

VII.Journalist dan Editor hendaklah dikemukakan kepada Kementerian Dalam Negeri.

 

III.Permohonan yang lengkap atau maklumat yang tidak tepat akan menyebabkan permohonan tersebut tidak akan dipertimbangkan atau keputusan mengenainya tidak dapat dibuat dengan segera.

4.Tempoh masa menghantar permohonan Lanjutan :

I.Permohonan lanjutan jawatan hendaklah dikemukakan Tiga (3) bulan sebelum tempoh pas tamat.

5.Maksud / tarif jawatan:

 I.Jawatan – jawatan diperingkat professional dan pengurusan yang memerlukan kelayakan / sijil seperti jawatan Jurutera, Doktor, Geologist dan sebagainya.