- Details
1. Kad Perniagaan Perjalanan APEC
1.1 APEC adalah merupakan organisasi yang ditubuhkan pada tahun 1989 untuk mewujudkan kerjasama ekonomi yang lebih luas di dalam kawasan Asia Pasifik pada 1 March 1999.
1.2 Terdapat 21 buah negara yang terlibat di dalam organisasi ini iaitu Australia, Brunei Darussalam, Canada, Chile, China, Hong Kong (China), Indonesia, Jepun, Korea, Malaysia, Mexico, New Zealand, Papua New Guinea, Peru, Russia, Filipina, Singapura, Taiwan, Thailand dan Vietnam. Walaubagaimanapun, hanya 18 negara memberi kemudahan tanpa Visa untuk keluar dan masuk negara dan menyediakan 'Premier Lane' untuk proses pergerakan yang lebih licin dan lancar; manakala Canada, USA dan Russia yang hanya menyediakan kemudahan 'Premier Lane' sahaja.
1.3 Tempoh sah laku Kad Perniagaan Perjalanan APEC adalah mengikut suatu tempoh masa yang ditetapkan oleh negara-negara APEC.
2. Keistimewaan Kad Perjalanan Perniagaan APEC
2.1 Kad Perjalanan Perniagaan APEC adalah merupakan satu insiatif Pertubuhan Ekonomi Asia Pasifik (APEC) Asia-Pacific Economic Cooperation dalam usaha untuk membantu ahli-ahli perniagaan yang sering berurusan dengan negara-negara APEC.
2.2 Kad ini membantu menjimatkan masa dan kos ahli-ahli perniagaan di dalam memenuhi keperluan visa dan syarat-syarat masuk ke negara-negara APEC.
2.3 Makluman permohonan akan dikongsi bersama dengan semua negara peserta untuk mendapatkan status 'pre-clearance' sebelum kad dikeluarkan.
2.4 Kad ini membenarkan pintu-pintu masuk di dalam negara-negara terbabit untuk memberi kemudahan aliran keluar masuk.
2.5 Kad ini secara tidak langsung mempromosikan jalinan perniagaan di antara negara-negara APEC.
2.6 Untuk melayakkan permohonan untuk menggunakan Kad Perjalanan Perniagaan APEC, pemohon mestilah terlibat dengan urusan perniagaan yang memerlukan mereka untuk sering berulang-alik ke negara-negara APEC.
2.7 Maklumat yang diberikan oleh pemohon di dalam borang ini akan diedarkan ke semua negara peserta bagi mendapatkan status 'pre-clearance' visa. Keputusan atau kelulusan oleh negara-negara peserta akan disalurkan melalui Kerajaan Malaysia.
3. Pemohon Yang Layak
3.1 Warganegara Malaysia dan pemegang Pasport Malaysia yang sah.
3.2 Ahli-ahli Pentadbiran dan Pegawai Kerajaan dengan sokongan Kementerian/Jabatan berkenaan.
3.3 Ahli-ahli perniagaan yang sering berurusan untuk mengadakan aktiviti-aktiviti perdagangan dan pelaburan dengan negara-negara APEC dan diperakukan oleh agensi-agensi kawalselia yang berkaitan seperti MITI, MIDA, SMIDEC, SME CORP, MATRADE, FMM atau seumpamanya.
4. Pemohon Yang Tidak Layak
4.1 Pemohon yang ada rekod jenayah PDRM dan nama/butiran dirinya dalam ‘Senarai Hitam’ Jabatan Imigresen Malaysia.
4.2 Pemohon Yang Tidak Layak Pemohon dari kalangan tanggungan (isteri atau anak) kepada Ahli Perniagaan.
4.3 Ahli Sukan, Wartawan, Penghibur, Ahli Muzik, Artis atau yang persamaan dengannya.
4.4 Syarikat yang berstatus Trading dan Enterprise tidak layak bagi permohonan Kad Perjalanan Perniagaan
5. Kemudahan Imigresen menggunakan Kad Perniagaan Perjalanan APEC
5.1 Ia memberikan ahli-ahli perniagaan kemudahan yang sama dengan perjalanan tanpa visa ke negara-negara APEC melalui sistem 'pre-clearance' / ‘tapisan awal bagi maksud visa yang mudah dan cepat.
5.2 Ia bukan sahaja memudahkan urusan pra-perjalanan, tetapi juga memberikan laluan pantas kepada pemegang-pemegang di pintu-pintu masuk dan keluar melalui laluan khas APEC yang diadakan di lapangan terbang utama setiap negara peserta.
5.3 Pemegang kad masih diperlukan untuk membawa bersama pasport mereka dan masih tertakluk kepada lain-lain syarat, undang-undang dan peraturan yang berkuatkuasa di negara berkenaan.
6. Dokumen yang Diperlukan Permohonan Kad APEC
6.1 Pemohon yang bekerja dalam negara:
i. Borang Permohonan (Sila Klik untuk Muat Turun)
ii. Salinan Pasport Malaysia ( tempoh sahlaku melebihi 3 tahun ).
iii. Surat Permohonan Syarikat yang menyokong dan mengesahkan Pemohon :
a. Nama /Tarikh Lahir
b. Nombor Kad Pengenalan / Nombor Pasport
c. Jawatan
d. Keperluan Kad Perniagaan Perjalanan Apec pemohon negara dan aktiviti syarikat.
iv. Surat sokongan dari agensi kawal selia yang berkaitan.(Sila rujuk 3.3)
v. Penyata Maklumat Syarikat (Corporate Information) / (Company Profile) dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang mengandungi:
a. Butiran Korporat Syarikat
b. Penyata Modal Berbayar
c. Senarai Pengarah, Pegawai dan Rakan Kongsi Syarikat
d. Penyata Kewangan Syarikat (Untung & Rugi) atau ;
vi. Sekiranya Syarikat dikecualikan daripada mengistiharkan Penyata Keuntungan atau Kerugian Syarikat, Sila kemukakan Penyata Kewangan Tahunan Syarikat (Companies Financial Statement ) yang disahkan oleh ‘Company Secretary’ atau ‘Company Auditor’
vii. Gambar terbaru berukuran pasport - 1 keping (latarbelakang biru)
(Sila bukukan permohonan mengikut susunan senarai semak (binding))
6.2 Pemohon yang bekerja luar negara:
i. Borang Permohonan (Sila Klik untuk Muat Turun)
ii. Salinan Pasport Malaysia ( tempoh sahlaku melebihi 3 tahun )
iii. Salinan Kad Penduduk Tetap / Kad Permit Kerja
iv. Surat Permohonan Syarikat yang menyokong dan mengesahkan Pemohon:
a. Nama /Tarikh Lahir
b. Nombor Kad Pengenalan / Nombor Pasport
c. Jawatan
d. Keperluan Kad Perniagaan Perjalanan Apec pemohon negara dan aktiviti syarikat
v. Surat sokongan dari agensi kawal selia yang berkaitan.(Sila rujuk 3.3)
vi. Salinan Pendaftaran Syarikat pemohon berkhidmat.
vii. Gambar terbaru berukuran pasport - 1 keping (latarbelakang biru)
(Sila bukukan permohonan mengikut susunan senarai semak (binding)):
7. Permohonan Kad Perniagaan Perjalanan APEC
7.1 Sila kemukakan permohonan Kad Perniagaan Perjalanan APEC yang lengkap kepada:
Pengarah Bahagian Visa, Pas dan Permit;
Jabatan Imigresen Malaysia
Unit Kad Perjalanan Perniagaan APEC,
No. 15, Tingkat 3 (Podium),Persiaran Perdana, Presint 2,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62550 PUTRAJAYA.
(u/p: Unit APEC)
Untuk pertanyaan sila hubungi Unit APEC:
Telefon : 03-88801000 samb.1620
Fax : 03-88801374
Email :
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
(General),
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
,
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
,
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
,
7.2 Jabatan Imigresen Malaysia akan menghantar email nombor permohonan Kad Apec sebaik sahaja permohonan diluluskan. Anda boleh menyemak status permohonan melalui laman web www.businessmobility.org/key/CardStatus.asp?HomeEco=Malaysia
8. Tempoh Masa Proses Permohonan Dan Bayaran
8.1 Permohonan Baru / Permohonan Gantian (semula):
Tempoh pemprosesan adalah bergantung kepada kelulusan yang diberikan oleh negara ahli menerusi Sistem ABTC.
8.2 Permohonan Tukar Nombor Pasport:
Tempoh pemprosesan adalah pada hari yang sama.
8.3 Bayaran RM100.00 bagi setiap pengeluaran Kad APEC.
9. Pengeluaran Kad Perniagaan Perjalanan APEC
9.1 Kad APEC HANYA akan dicetak setelah kelulusan negara-negara ahli diperolehi melalui sistem ABTC dan sekiranya ada menerima permintaan daripada pihak pemohon.
9.2 Syarat ini tertakluk kepada keperluan semasa pemohon dan khidmat nasihat Jabatan Imigresen Malaysia samada boleh / tidak boleh dikeluarkan ;
a. Kad APEC bagi memasuki semua negara Asia Pasifik.
b. Kad APEC bagi memasuki se setengah negara Asia Pasifik atau Kad Interim.
c. Pemohon di minta hadir di Jabatan Imigresen Malaysia / wakilkan mana-mana orang untuk mengambil Kad APEC. (Kad APEC hanya akan diserahkan kepada wakil yang hadir dengan surat kuasa / wakil dan sesalinan kad pengenalannya).
d. Jika pemohon mahu kad ABTC dihantar secara pos - sila hantarkan Bank Draft/Wang Pos dan bayar kepada KETUA PENGARAH IMIGRESEN MALAYSIA - tulis nama, nombor pasport, nombor permohonan, alamat penuh di belakang bank draft.
10. Permohonan Gantian / Semula Kad APEC (Re-application or renewal for APEC Card)
Sila kemukakan permohonan Kad Perniagaan Perjalanan APEC yang baru seperti mana di para 6.1 dan 6.2, enam(6) bulan sebelum tamat tempoh sah laku Kad APEC.
11. Kemaskini Maklumat Dalam Pasport Baru
Sila kemukakan dokumen-dokumen seperti berikut:-
a. Kemukakan sesalinan Pasport Malaysia yang baru .
b. Bayaran RM100.00 akan dikenakan.
c. Makluman, Kad APEC baru hanya berlaku mengikut tempoh sah laku Kad yang sebelumnya (Lama)
d. Kad APEC dicetak pada hari yang sama.
12. Kehilangan Dan Kecurian Kad Perniagaan Perjalanan APEC
Sila kemukakan dokumen-dokumen seperti berikut:-
a. Kemukakan sesalinan Pasport Malaysia yang baru.
b. Sesalinan laporan polis menyatakan kehilangan.
c. Surat pengesahan syarikat mengesahkan status pemohon.
d. Bayaran RM100.00 akan dikenakan.
e. Makluman, Kad APEC baru hanya berlaku mengikut tempoh sah laku Kad yang sebelumnya.(Lama)
f. Kad APEC dicetak pada hari yang sama.
13. PERINGATAN
i. Tanggungan (isteri dan anak) kepada pemohon tidak layak memohon / mendapatkan kemudahan ini.
ii. Pemegang kad ini dilarang menggunakan kad ini bagi bagi tujuan bekerja di luar negara.
iii. Kad ini sah untuk tujuan perjalanan perniagaan sahaja.
iv. Jabatan Imigresen Malaysia melarang pemohon menggunakan khidmat agen atau orang ketiga dalam urusan permohonan Kad APEC.
- Last Updated on Friday, 09 November 2012 08:48
.jpg)