• 1-artwork-PKP.png
  • 2-Dato'KPI-10042014.png
  • 3-5Bintang.png
  • 4-Kadar-FI-02042014.png
  • 5-banner-13032014.png
  • 6-banner-18022014.PNG
  • 7-tutuppej30072013.gif
  • 8-kadarbaruPasport080213.gif
  • 9-JumaatRehatTutup.png
  • 10-PLKS.jpg
  • 11-twit-fb-jimlatest.gif

mampu-03102013 mygov msc-09102013 ikdn-09102013 kdn-04102013 myeg-logo ksn epsa

Soal Selidik Melalui Aplikasi MyPelanggan Bagi Penilaian SSR

 ______________________________________________________________________________________

Bahagian C - Pengurusan Sumber Manusia

 1. FUNGSI UTAMA

Berperanan melaksanakan dasar sumber manusia sektor awam serta memantapkan hubungan sumber manusia di dalam Jabatan dengan memastikan struktur, perjawatan dan skim perkhidmatan organisasi dapat berfungsi dengan berkesan, selain menyelaras dasar latihan anggota, dasar gaji/elaun dan perkhidmatan kaunseling.

2. OBJEKTIF BAHAGIAN

Mengadakan pengurusan yang cekap dan berkesan bagi memastikan objektif Jabatan tercapai sepenuhnya dengan pendekatan yang strategik dari segi perancangan, pemantauan dan pelaksanaan dalam perkara-perkara perkhidmatan, perjawatan, naik pangkat, tatatertib dan dasar latihan.

3. MISI

Menyediakan khidmat sokongan kepada Bahagian-bahagian di Jabatan di dalamnya dalam bidang perkhidmatan, pembangunan organisasi, pengurusan prestasi, pengurusan kompetensi dan tatatertib serta pembangunan sumber manusia dan latihan secara cekap, telus dan berintegriti.

4. VISI

Untuk Mewujudkan Sumber Manusia yang Cekap dan Berprestasi Tinggi.

5. PIAGAM PELANGGAN

a. Pengambilan

      1. Urusan pengambilan kakitangan sokongan di bawah perwakilan kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) diselesaikan dalam tempoh tiga (3) bulan.
      2. Urusan Pengambilan/ pertukaran pegawai Imigresen Gred KP17/ KP26/ Penolong Penguasa Imigresen Gred KP27 - KP38/ Penguasa Imigresen Gred KP41 - KP54 dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Penempatan dan Pertukaran Jabatan Imigresen Malaysia dalam tempoh 3 bulan dari tarikh dokumen yang lengkap diterima.

b. Naik Pangkat

      1. Mengurus setiap urusan kenaikan pangkat / pemangkuan yang terletak di bawah bidang kuasa perkhidmatan awam Jabatan Imigresen Malaysia dikendalikan dan diselesaikan dalam tempoh empat (4) bulan.
      2. Mengurus urusan tanggung kerja diangkat kepada pihak berkuasa yang meluluskan permohonan dalam masa dua (2) minggu dari tarikh diterima.
      3. Mengurus Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kakitangan Imigresen diselesaikan dalam bulan April setiap tahun.
      4. Menyelaras dan mengemukakan Laporan Keutuhan Jabatan Imigresen Malaysia dikemukakan ke Kementerian Dalam Negeri empat (4) kali setahun mengikut jadual.
      5. Mengurus Laporan Penilaian Prestasi bagi jawatan gunasama dihantar kepada Pihak Berkuasa berkenaan sebelum Jun setiap tahun.
      6. Mengurus kes-kes rayuan kenaikan pangkat dikemukakan kepada Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam dalam tempoh tiga puluh (30) hari dari tarikh diterima.

c. Perjawatan

      1. Urusan mengemukakan permohonan.
      2. Perwujudan jawatan baru, dasar baru / one-off di bawah ABM tahunan kepada Agensi Pusat selewat-lewatnya pada 31 Mac tahun semasa.
      3. Mengedar Buku Senarai Perjawatan Tahunan kepada semua Pejabat Imigresen Negeri/ Bahagian dan Atase selewat-lewatnya pada 15 Januari tahun semasa.
      4. Perakuan Pengesahan Pelantikan Rasmi/ Pengesahan Dalam Perkhidmatan/ Pemberian Taraf Berpencen.
      5. Perakuan pengesahan pelantikan rasmi / pengesahan dalam perkhidmatan / pemberian taraf berpencen bagi Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan kakitangan sokongan.

d. Kesatuan Sekerja Dan Persatuan

      1. Menyediakan kertas kerja mengenai tuntutan Kesatuan Sekerja dan Persatuan / Arahan Pengurusan Atasan mengenai pewujudan / penambahbaikan Skim Perkhidmatan / Elaun yang baru / sedia ada, perlu dikemukakan dengan maklumat lengkap dalam masa enam (6) bulan kepada pengurusan atasan sebelum dikemukakan kepada JPA (bagi kes yang memerlukan keputusan agensi pusat)

e. Kompetensi

      1. Mengeluarkan senarai nama calon bagi urusetia peperiksaan dikeluarkan seminggu sebelum tarikh peperiksaan.
      2. Mengeluarkan keputusan peperiksaan perkhidmatan bagi subjek Jabatan - 2 bulan dari tarikh peperiksaan dan keputusan Peperiksaan PTK - 1 ½ bulan dari tarikh peperiksaan.
      3. Rayuan semakan semula keputusan peperiksaan, KPSL - 6 bulan dari tarikh peperiksaan.
      4. Semua rayuan akan dijawab semula dalam tempoh seminggu selepas tarikh terima surat rayuan.

6. STRUKTUR ORGANISASI

    1. Unit Perkhidmatan
    2. Unit Kompetensi
    3. Unit Naik Pangkat
    4. Unit Tatatertib
    5. Unit Pengambilan
    6. Unit Perjawatan
    7. Unit HRMIS/Pentadbiran