• 1-aMaalHijrah.jpg
  • 2-banner_amend.gif
  • 3-Gaza08082014.PNG
  • 4-MH17.png
  • 5-artwork-PKP.png
  • 6-5Bintang.png
  • 7-Kadar-FI-02042014.png
  • 8-banner-18022014.PNG
  • 9-tutuppej30072013.gif
  • 10-twit-fb-jimlatest.gif
  • 11-kadarbaruPasport080213.gif
  • 12-PLKS.jpg
  • 13-JumaatRehatTutup.png

fwcms buttonmampu-03102013 mygov msc-09102013 ikdn-09102013 
kdn-04102013
 myeg-logo ksn epsa logo csm

Cara Memohon Work And Holiday Visa

Bagi Warganegara Malaysia

Bagi warganegara Malaysia yang berminat menyertai program ini, mereka perlu menjalani beberapa prosedur iaitu:


1. Mendapatkan borang dari Suruhanjaya Tinggi Australia di Kuala Lumpur atau secara atas talian di www.imi.gov.my
2. Mendapatkan 'Letter of Good Conduct' dari Kementerian Luar Negeri, Malaysia sebagai dokumen sokongan bagi mengesahkan bahawa  permohonan mereka telah mendapat sokongan Kerajaan Malaysia dan mereka telah memenuhi syarat-syarat permohonan
3. Menghantar borang tersebut ke pihak Suruhanjaya Tinggi Australia di Kuala Lumpur. Sekiranya pihak Suruhanjaya Tinggi Australia berpuas hati dengan permohonan tersebut, maka pemohon akan diberikan Borang Pemeriksaan Kesihatan;
4. Pemohon perlu membuat pemeriksaan kesihatan di panel hospital yang diiktiraf oleh Kerajaan Australia

 

  • Keputusan pemeriksaan kesihatan ini akan terus dihantar ke pihak Suruhanjaya Tinggi Australia di Kuala Lumpur tanpa dimaklumkan keputusannya kepada pemohon dan;-
  • Pihak Suruhanjaya Tinggi Australia, Kuala Lumpur akan memaklumkan kepada pemohon sama ada permohonan mereka berjaya atau tidak.

 


Bagi Warganegara Australia

Bagi warganegara Australia yang berminat menyertai program ini, mereka perlu menjalani beberapa prosedur iaitu:-

1. Mendapatkan borang dari Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Canberra atau Pejabat Konsul Jeneral Malaysia di Perth atau secara online di www.imi.gov.my
2. Mendapatkan surat sokongan dari ACT and Region Office, Department of Immigration and Citizenship of Australia atau agensi berkaitan yang ditetapkan oleh Kerajaan Australia bagi mengesahkan bahawa pemohon mereka telah mendapat sokongan Kerajaan Australia dan mereka telah memenuhi syarat-syarat permohonan;
3. Menghantar borang permohonan yang lengkap bersama sijil perubatan yang disahkan oleh doktor bertauliah di Australia dan juga bukti tidak pernah melakukan jenayah ke pihak Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Canberra atau Pejabat Konsul Jeneral Malaysia di Perth
4. Hanya borang permohonan yang lengkap sahaja akan dihantar ke Ibu Pejabat, Jabatan Imigresen Malaysia untuk kelulusan

5. Pihak Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Canberra dan Pejabat Konsul Jeneral Malaysia di Perth akan memaklumkan kepada pemohon sama ada permohonan mereka berjaya atau tidak.