| |
|
Last Updated (Sunday, 04 October 2009 04:44)
[Profil] | [Sejarah] | [Lokasi] | [Carta Organisasi] | [Fungsi Bahagian] | [Aktiviti]
Pejabat Imigresen Port Dickson
Lot 2295, Jalan Lama
71000 Port Dickson
Negeri Sembilan Darul Khusus
Tel: 06-6471727
Faks: 06-6476089


Urusan Paspot
Pejabat Imigresen Port Dickson adalah hanya pejabat penerima bagi permohonan Paspot Malaysia Antarabangsa sahaja. Tempoh pengeluaran Paspot oleh Pejabat Imigresen Port Dickson adalah 7 hari bekerja, selepas tarikh penerimaan permohonan. Menerima permohonan Pasport Malaysia Antarabangsa, Dokumen Perjalanan Terhad Surat Perjalanan Kumpulan dan Kes Kehilangan / Rosak PMA. Menerima bayaran dan mengeluarkan resit bagi permohonan Pasport Malaysia Antarabangsa, Dokumen Perjalanan Terhad dan Surat Perjalanan Kumpulan. Memproses Dokumen Perjalanan Terhad dan Surat Perjalanan Kumpulan.< /li> Menghantar permohonan Pasport Malaysia Antarabangsa ke Pejabat Pengeluar di Jabatan Imigresen Seremban. Menyerahkan Pasport Malaysia Antarabangsa, Dokumen Perjalanan Terhad dan Surat Perjalanan Kumpulan.
Urusan Perkapalan
Sign On/Sign Off/Letter of Guarantee untuk anak kapal yang hendak bekerja di atas kapal. Mengeluarkan Certificate of Clearance. Menyemak fail-fail agen kapal . Mengelolakan VDR
Untuk ke Pejabat Imigresen Port Dickson jarak perjalanan dari Pejabat Imigresen Seremban sejauh 38km
Depoh Tahanan Lenggeng
71750 Lenggeng
Negeri Sembilan
Telefon : 03-87610024
Faks : 03-87610025


Depot Imigresen Lenggeng, Negeri Sembilan asalnya sebuah pengkalan Unit Kawalan Kawasan (UKK) dan telah diisytiharkan sebagai Depot Imigresen di bawah Seksyen 51 A Akta Imigresen 1959/63 oleh Ketua Pengarah Imigresen pada 08 Jun 1992 .Depot ini menjadi Pusat Tahanan Sementara bagi Pendatang Asing sebelum diusir ke negara asal dan mula beroperasi pada 01 Julai 1992 sehingga sekarang.
01 Mei 1997 merupakan detik awal peralihan urusan pentadbiran Depot dari Unit Kawalan Kawasan (UKK) kepada pihak Jabatan Imigresen Malaysia, tetapi Kawalan Keselamatan Depot dikendalikan oleh Pasukan Gerakan Am Polis DiRaja Malaysia . Mulai 12 Ogos 2004 pentadbiran Depot dikendalikan oleh Jabatan Penjara Malaysia.
Pada 29.01.2008 secara rasminya Jabatan Penjara Malaysia telah menyerahkan Tugas Pentadbiran / Kawalan Keselamatan Depot kepada Jabatan Imigresen Malaysia. Pada ketika itu Depot Imigresen Lenggeng hanya mempunyai 5 orang pegawai yang terdiri dari 1 orang Timbalan Penolong Pengarah Imigresen KP 27 dan 4 orang Pegawai Imigresen KP 17. Manakala tugas-tugas kawalan keselamatan dijalankan oleh anggota RELA.
BIDANG TUGAS
• Mengawal Keselamatan
• Mendaftar Kemasukan Tahanan
• Mengurus Makan Minum Tahanan
• Mengurus Harta Tahanan
• Mengurus Dokumentasi Tahanan
• Mengurus Pengusiran,Pendakwaan dan Pembebasan
Untuk ke Depot Tahanan Imigresen Lenggeng dari Pejabat Imigresen Seremban sejauh 35km.