| |
|
Last Updated (Sunday, 04 October 2009 04:43)
[Profil] | [Sejarah] | [Lokasi] | [Carta Organisasi] | [Cawangan] | [Aktiviti]
BAHAGIAN PENTADBIRAN DAN KEWANGAN
• Menjadi urusetia bagi audit kualiti MS ISO9001:2000
• Menguruskan Perkhidmatan pegawai dan kakitangan dari segi perlantikan, penempatan dan sebagainya
• Menguruskan tuntutan bayaran balik wang cagaran yang dituntut oleh pelanggan.
• Menguruskan pembayaran gaji pegawai dan kakitangan.
• Menguruskan pembayaran kepada pembekal.
• Menguruskan waran peruntukan bagi jawatan dan memproses bayaran
• Menguruskan pungutan hasil jabatan pada setiap hari.
• Menguruskan pembekalan stok dan stor jabatan.
• Mengeluarkan pesanan tempatan (LO) melalui e-perolehan.
BAHAGIAN PENGUATKUASA
Bahagian Penguatkuasa menjalankan tugasan yang melibatkan aktiviti aduan,risikan,operasi, siasatan, pendakwaan dan pengusiran bagi memastikan mana-mana orang yang berkenaan mematuhi peruntukan di bawah Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002) Akta Imigresen l966, Peraturan-peraturan Imigresen 1963, Akta Anti Pemerdagangan orang 2007 dan Pekeliling Imigresen yang berkuatkuasa.
Aduan
Bermaksud maklumat yang diterima daripada pengadu secara langsung melalui telefon, sistem pesanan ringkas, surat, emel atau faksimili.
Operasi
Bermaksud menjalankan tugas pemeriksaan/tangkapan terhadap mana-mana orang yang disyaki melanggar peruntukan dibawah Akta Imigresen l959/63(Pindaan 2002), Akta Pasport 1966, Peraturan-peraturan Imigresen 1963, Akta Anti Pemerdekaan Orang 2007 dan Pekeliling Imigresen Malaysia yang berkuatkuasa dan/atau mana-mana orang yang dipercayai dapat membantu mensabitkan mereka yang disyaki melanggari peruntukan diatas.
Siasatan
Bermaksud menjalankan tugas siasatan terhadap mana-manaorang yang disyaki melanggar peruntukan dibawah Akta Imigresen l959/63 (pindaan 2002) Akta Pasport 1966, Peraturan-peraturan Imigresen l959/63, Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007 dan Pekeliling Imigresen Malaysia yang berkuatkuasa dan/atau mana-mana orang yang dipercayai dapat membantu mensabitkan mereka yang disyaki melanggari peruntukan diatas.
Pendakwaan
Bermaksud menjalankan tugas pendakwaan terhadap mana-mana orang yang melanggar peruntukan di bawah Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002) Akta Pasport 1966, Peraturan-peraturan Imigresen 1963, Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007 dan Pekeliling Imigresen Malaysia yang berkuatkuasa.
BAHAGIAN PASPORT DAN DOKUMEN PERJALANAN
Menguruskan Pasport dan Dokumen Perjalananan kepada warganegara dan Penduduk Tetap
1. Menerima dan memproses:
• permohonan passport Malaysia bagi 32 m/s dan 64 m/s - 2 jam selepas bayaran
• Dokumen Perjalanan Terhad - 1 hari
• Sijil Perakuan Cemas - 1 hari
• Surat Akuan Pengenalan - 5 hari
2.Menerima permohonan Papsort Malaysia bagi rakyat negeri Sabah/Sarawak bagi pertama kali akan dirujuk ke Sabah/Sarawak untuk mendapat kelulusan dari Sabah/Sarawak tempoh proses 5 hari.Sekiranya rakyat negeri Sabah/Sarawak telah memiliki pasport dan mengemukakan permohonan baru, permohonan akan diproses pada hari yang sama tempoh proses 2 jam selepas bayaran dibuat.
3. Menerima permohonan kes kehilangan paspot Malaysia/Paspot rosak/"kes-kes siasatan" tempoh proses 1 bulan.
BAHAGIAN PEKERJA ASING
1. Memberi kemudahan Imigresen kepada warganegara asing yang berkhidmat di negara mengikut keperluan undang-undang.
2. Memastikan urusan pengeluaran PLKS kepada warganegara asing dapat di laksanakan mengikut Piagam Pelanggan.
o Permohonan Pembantu Rumah Asing
Melalui Majikan - 3hari
Melalui agensi - l4hari
o Permohonan VDR pelbagai sektor - 3hari
BAHAGIAN VISA, PAS DAN PERMIT
Menguruskan Visa, Pas dan Permit kepada warganegara asing yang memasuki Malaysia.
1.Visa bermaksud kebenaran awal bagi warganegara asing untuk masuk ke Malaysia, walaubagaimanapun kebenaran masuk adalah tertakluk keputusan pihak berkuasa Imigresen di pintu masuk (bagi negara yang memerlukan visa)
2. Visa dengan Rujukan bermaksud satu visa yang dikeluarkan oleh Pejabat Perwakilan Malaysia diluar negara kepada seseorang yang bukan warganegara (orang asing ) yang makna visa tersebut telah dipohon terlebih dahulu oleh penaja di Ibu Pejabat Imigresen bagi membolehkan individu berkenaan masuk ke Malaysia selepas visa diluluskan oleh Ibu Pejabat Imigresen Malaysia.
3.Pas Lawatan Sosial bermaksud Pas yang dikeluarkan kepada seseorang untuk berada di negara ini secara sementara bagi tujuan lawatan.
4.Bahagian Visa, Pas juga menerima permohonan:
o Pas Jangka Panjang
o Visa dengan Rujukan (bagi Isteri kepada warganegara Malaysia sahaja)
o Pas Pelajar
o Pas Pengajian
o Pas Lawatan Sosial Jangka Pendek
o Permit Masuk