Font :

Carta Organisasi Pejabat Imigresen Negeri Pulau Pinang

Attention: open in a new window.PDFPrintE-mail

Last Updated (Saturday, 03 October 2009 10:59)

There are no translations available.

 

[Profail Negeri] | [Carta Organisasi] | [Lokasi] | [Perkhidmatan] | [Cawangan] | [Sejarah]

 

image004

 

Bahagian Pentadbiran Am / Manusia / Kewangan

 

- Melaksananakan urusan kewangan, akaun, stor, pentadbiran am dan perkhidmatan.
- Menyediakan khidmat sokongan bagi mempastikan aktiviti-aktiviti Jabatan berjalan dengan teratur
- Menguruskan aktiviti-aktiviti peningkatan modal insan melalui kursus, latihan, taklimat dan lain-lain.
- Menguruskan tindakan tatatertib.
- Menguruskan penggunaan dan penyelenggaraan kenderaan dan bangunan-bangunan milik jabatan.
- Menyediakan anggaran belanjawan mengurus dan pembangunan
- Menguruskan pembayaran gaji dan elaun pegawai.
- Mengurus pungutan, pengiraan dan penyimpanan hasil kerajaan
- Mengurus pengambilan barang-barang dari stor pusat dan pengagihan kepada pejabat cawangan dan bahagian.
- Merekod aset dan inventori baru serta mempastikan transaksi kewangan diakaunkan
dengan betul.

 

Bahagian Pasport

 

- Menguruskan permohonan Pasport Malaysia Antarabangsa dan kes kehilangan/rosak.
- Menguruskan permohonan dokumen-dokumen lain iaitu Surat Akuan Pengenalan,
Sijil Perakuan Cemas,
- Dokumen Perjalanan Terhad dan Dokumen Perjalanan kumpulan.
- Memproses proses pengeluaran passport dan pengeluarannya.
- Menguruskan hal-hal berkaitan kawalan passport semasa pemprosesannya.

 

Bahagian Visa, Pas & Permit / Penggajian


- Mengeluarkan Visa, Pas dan Permit kepada warganegara asing yang memasuki Malaysia;
- Mengeluarkan Permit Masuk kepada warganegara asing yang ingin bermastautin di
Malaysia;
- Mengeluarkan Sijil Perakuan Taraf kepada mana-mana orang yang layak sebagai
warganegara Malaysia
- Urusetia Jawatankuasa Pegawai Dagang (DP 10)
- Menerima dan memproses permohonan pengambilan Pegawai Dagang bagi negara
sektor dibawah bidang kuasa JKPD
- Mengatur dan mengurus mesyuarat JKPD
- Mengurus keputusan-keputusan mesyuarat JKPD
- Mengurus permohonan kemudahan-kemudahan Imigresen untuk Pegawai Dagang
dan tanggugan
- Mengurus pemberian kemudahan-kemudahan Imigresen kepada Pegawai-Pegawai
Kedutaan/Perwakilan Asing di Malaysia serta tanggungan mereka.

 

Bahagian Penguatkuasa

 

- Menerima dan mengurus aduan
- Membuat risikan aduan
- Mengadakan pemeriksaan (Operasi)
- Membuat tangkapan
- Menyediakan kertas siasatan
- Mengendalikan pendakwaan, pembebasan dan penghantaran balik ke negara asal
- Mengemaskini rekod termasuk menyediakan laporan senarai hitam Jabatan


Bahagian Pekerja Asing

 

- Menerima dan melulus permohonan baru pekerja asing pelbagai sektor iaitu pembinaan,
pembuatan, perkhidmatan, perladangan dan pembantu rumah.
- Memproses dan mengeluarkan Visa dengan rujukan (VDR) bagi permohonan baru.
- Memproses dan meluluskan lanjutan PLKS pelbagai sektor.
- Mengeluarkan Memo Periksa Keluar
- Mengeluarkan Pas Khas

 

Bahagian i-Kad

 

- Menerima dan memproses i-Kad bagi pekerja asing pelbagai sektor
- Menyerahkan i-Kad yang telah siap diproses kepada pelanggan

 

Bahagian Komunikasi & Khidmat Korporat

 

- Memantau perlaksanaan MS ISO
- Menguruskan hal ehwal perhubungan awam termasuk menyiasat dan menyediakan 
jawapan terhadap aduan pelanggan
- Menjayakan program-program kualiti tahunan Jabatan
- Menguruskan perkhidmatan pelanggan.

 

Bahagian Hal Ehwal Korporat

 

- Menguruskan keperluan mesyuarat dan persiapan sesuatu majlis dalam Imigresen.

- Menguruskan tentang kebersihan dan keindahan pejabat.
- Memastikan tiap lawatan ke imigresen oleh menteri,dato KP,TKP,KP.PIN juga pelawat 
luar berjalan atau diuruskan dengan lancar.
- Mengumpul data-data aktiviti untuk dimasukan ke dalam buletin.
- Memastikan objektif visi dan misi imigresen terlaksana dan tercapai selaras dengan 
seruan Negara

 

Bahagian Teknologi Maklumat & Rekod

 

- Membantu mencapai objektif dan fungsi Jabatan melalui perkhidmatan teknologi
maklumat dan komunikasi yang berkualiti dan menepati keperluan.
- Merancang strategi teknologi maklumat dan komunikasi untuk Jabatan
- Melaksana dan menyelenggara sistem komputer di Jabatan bagi mempastikan
khidmat pengkomputeran sentiasa di tahap terbaik

- Membantu Jabatan mempertingkatkan kualiti perkhidmatan