• 1-aMaalHijrah.jpg
  • 2-banner_amend.gif
  • 3-Gaza08082014.PNG
  • 4-MH17.png
  • 5-artwork-PKP.png
  • 6-5Bintang.png
  • 7-Kadar-FI-02042014.png
  • 8-banner-18022014.PNG
  • 9-tutuppej30072013.gif
  • 10-twit-fb-jimlatest.gif
  • 11-kadarbaruPasport080213.gif
  • 12-PLKS.jpg
  • 13-JumaatRehatTutup.png

fwcms buttonmampu-03102013 mygov msc-09102013 ikdn-09102013 
kdn-04102013
 myeg-logo ksn epsa logo csm

Maksud Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) Menurut Seksyen 55E(7) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155)

"Pendatang Asing Tanpa Izin" bermaksud mana-mana orang, selain daripada warganegara, Yang Menyalahi Seksyen 5,6,8,9 Dan 15 Akta  Imigresen, 1959/63 atau Peraturan 39, Peraturan-peraturan Imigresen, 1963.

SEKSYEN

KESALAHAN

HUKUMAN

Seksyen 5 (2)

Masuk dan keluar dari Malaysia melalui jalan yang tidak dibenarkan atau jalan yang tidak diwartakan

Denda tidak lebih RM10,000 atau penjara tidak lebih 5 tahun atau kedua-duanya sekali.

Seksyen 6(3)

Masuk dan tinggal di Malaysia tanpa Pas atau Permit yang sah.

Denda tidak lebih daripada RM10,000.00 atau  penjara tidak lebih 5 tahun atau kedua-duanya sekali dan boleh dikenakan tidak lebih daripada 6 kali sebatan.

Seksyen 8

Imigran Larangan (Prohibited Immigrants).

Denda tidak lebih RM10,000 atau penjara tidak lebih 5 tahun atau kedua-duanya sekali.

Seksyen 9

Masuk dan tinggal di Malaysia setelah Pas atau Permit dibatalkan oleh Ketua Pengarah Imigresen Malaysia.

Denda tidak lebih RM10,000 atau penjara tidak lebih 5 tahun atau kedua-duanya sekali.

Seksyen 15

Tinggal di Malaysia setelah Permit dibatalkan atau suatu pas tamat tempoh.

Denda tidak kurang daripada RM10,000.00 atau  penjara tidak lebih 5 tahun atau kedua-duanya sekali.

Peraturan 39(b)

Melanggar syarat Pas , Permit atau Pas Sempadan.

Denda tidak lebih RM1,000 atau penjara tidak lebih 6 bulan atau kedua-duanya sekali.