• 1a-banner-14072014.PNG
  • 1b-ramadhan-2014.PNG
  • 2-artwork-PKP.png
  • 4-5Bintang.png
  • 5-Kadar-FI-02042014.png
  • 6-banner-13032014.png
  • 7-banner-18022014.PNG
  • 8-tutuppej30072013.gif
  • 9-kadarbaruPasport080213.gif
  • 10-JumaatRehatTutup.png
  • 11-PLKS.jpg
  • 12-twit-fb-jimlatest.gif

mampu-03102013 mygov msc-09102013 ikdn-09102013 kdn-04102013 myeg-logo ksn epsa

Soal Selidik Melalui Aplikasi MyPelanggan Bagi Penilaian SSR

 ______________________________________________________________________________________

Pasport

Pengenalan

1. Pasport dan Dokumen Perjalanan

PASPORT ertinya Dokumen Perjalanan yang sah yang telah dikeluarkan oleh Kerajaan kepada warganegara bagi maksud perjalanan ke negara-negara yang dibenarkan kecuali mendapat kelulusan khas bagi negara terlarang.

Pasport adalah hak milik Kerajaan Malaysia dan boleh ditarik balik pada bila-bila masa.

2. Pasport Malaysia Versi ICAO 

 

e-Pasport Malaysia Versi International Civil Aviation Organization (ICAO) telah dilancarkan oleh Menteri Dalam Negeri Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein pada 2 Februari 2010 .

ICAO adalah agensi khas yang ditubuhkan pada 1947 di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berpangkalan di Montreal, Canada. ICAO diberi mandat oleh PBB untuk mewujudkan dan menetapkan piawaian dan spesifikasi Pasport Antarabangsa yang perlu dipatuhi oleh negara anggotanya.

Piawaian ICAO merujuk kepada spesifikasi dan standard piawaian Dokumen Perjalanan bagi tujuan mengawal pergerakan keluar/masuk di sempadan negara.

Piawaian Pasport ICAO yang ditetapkan dan perlu dipatuhi adalah seperti:

a. Struktur susun data - peningkatan ruang untuk pengisian data

b. Format biometrik - perubahan dari sistem persendirian (propriety) kepada sistem terbuka (open)

c. Imej - peningkatan resolusi yang lebih tinggi untuk pengecaman wajah dengan lebih tepat

d. Pengesahan dokumen - Peralihan dari Secured Access Module (SAM) kepada Public Key Infrastructure (PKI) - data yang terkandung dalam cip elektronik boleh dibaca oleh negara-negara lain.

Rekabentuk baru Pasport Malaysia versi ICAO adalah :-

a. Mengandungi 48 mukasurat

b. Maklumat pemegang di mukasurat 2.

c. Ruangan tandatangan di mukasurat 3.

d. Makluman untuk pemegang di mukasurat 47

e. setiap mukasurat visa mempunyai imej bangunan/landmark Malaysia

Pelaksanaan e-pasport versi ICAO ini adalah penting bagi meningkatkan ciri-ciri keselamatan, kecekapan operasi dan keberkesanan sistem e-pasport secara menyeluruh.

a. Selain itu, keperluan untuk beralih dari e-pasport semasa kepada e-pasport versi ICAO didasari oleh beberapa sebab. Antaranya ialah : -Meningkatkan integriti dokumen perjalanan;

b. Keseragaman dokumen perjalanan di antara negara-negara anggota ICAO

c. Mengekang dan mencegah gejala pemalsuan pasport Malaysia.

d. Menghalang kes-kes kecurian serta melindungi identiti rakyat Malaysia (cip tidak boleh dipalsukan);

e. Memperkasakan kawalan keselamatan pintu-pintu masuk negara dimana fokus menyaring pengembara berisiko tinggi;

f. Memberikan fasilitasi kepada pengembara tulen.

Pelaksanaan e-pasport versi ICAO ini membolehkan rakyat menikmati faedah sistem penyampaian perkhidmatan yang lebih efisen, keselesaan pergerakan rakyat Malaysia di pintu-pintu masuk antarabangsa melalui dokumen yang mempunyai keupayaan 'interperobality'/'saling kendali' di mana ketulenan atau kesahihan maklumat pemegang pasport dengan dokumen perjalanan boleh disahkan; dan menikmati kemudahan e-servis dan pintu pemeriksaan automatik (autogate) yang disediakan oleh negara-negara anggota ICAO di seluruh dunia kelak (untuk negara-negara yang menyediakan fasiliti tersebut).