Setiap warganegara asing yang ingin belajar di Malaysia perlu memohon Pas Pelajar
Warganegara asing dibenarkan belajar di Institusi Pendidikan Tinggi Swasta yang diluluskan kursus-kursus dan penubuhannya oleh Kementerian Pengajian Tinggi dan memperolehi kebenaran pengambilan pelajar antarabangsa oleh Kementerian Dalam Negeri.
Permohonan baru Pas Pelajar bagi IPTS mestilah dibuat melalui Sistem e-Student Pelajar dan permohonan boleh dibuat melalui IPTS yang berdaftar.
Permohonan pertukaran IPTS mesti dikemukakan melalui Sistem e-Student beserta surat sokongan daripada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).
Bagi warganegara asing yang mendapat tawaran belajar di Institut Pengajian Tinggi Awam perlu memohon melalui Institusi Pengajian Tinggi Awam itu sendiri.
Bagi permohonan lanjutan pas, permohonan dikemukakan di Pejabat Imigresen Negeri.
Bayaran
Pas Pelajar – RM60.00 setahun atau sebahagian daripadanya
Visa – kadar dikenakan mengikut negara tetapi tidak melebihi RM50.00 bagi setiap visa yang dikeluarkan
Cara Mohon Pas Pelajar
1. Pemohon yang berada di luar negara
Permohonan pas pelajar dikemukakan oleh IPT /IPTS / IPS dan pelajar dibenarkan masuk setelah mendapat kelulusan.
Bagi Negara yang memerlukan visa, pelajar perlu mengambil visa di Kedutaan Malaysia, di Suruhanjaya Tinggi atau Konsulat Malaysia luar Negara sebelum masuk ke Malaysia dengan mengemukakan surat tawaran.
Setelah masuk ke Malaysia, IPT / IPTS / / IPS perlu mengemukakan pasport asal pelajar ke Pejabat Imigresen Negeri yang berkaitan untuk dikeluarkan Pas Pelajar.
2. Pemohon yang berada di Malaysia
Pemohon boleh mengemukakan permohonan pas pelajar di IPTA/IPTS.
Setelah mendapat kelulusan, pemohon dikeluarkan JP Visa tanpa bayaran. Bayaran dikenakan untuk pas pelajar dan visa masuk semula (Multiple Entry Visa).
Dokumen untuk memohon Pas Pelajar
Surat sokongan dari agensi kawalselia yang berkaitan (KPT / KPM /JPK / PPD).
Surat tawaran daripada IPT / IPS kepada pemohon.
Surat permohonan pas pelajar daripada IPT / IPS kepada Jabatan Imigresen Malaysia.
Dua (2) salinan pasport/ dokumen perjalanan pemohon
Dua (2) keping gambar berukuran 3.5 cm x 5 cm
Borang ‘Personal Bond’ yang telah dimatikan setem
Bagi permohonan pertukaran IPT, surat pelepasan daripada IPT lama diperlukan dengan dilampirkan laporan kehadiran dan prestasi akademik serta surat sokongan daripada Kementerian Pengajian Tinggi
Ibubapa kepada pemegang pas pelajar boleh mengiringi anak mereka sepanjang tempoh pengajian dengan diberi pas lawatan sosial selama 12 bulan atau mengikut tempoh sah laku pas pelajar anak mengikut mana yang lebih singkat. Kadar bayaran yang dikenakan sebanyak RM90.00.
Pelajar dibenarkan membawa keluarga termasuk isteri, suami, anak ibu dan bapa pelajar (dinasihatkan untuk mempunyai pasport berasingan bagi setiap individu semasa membuat permohonan tanggungan kepada pelajar)
Pemohon juga diberi kemudahan ‘Multiple Entry Visa’ (MEV) bagi memudahkan mereka berulang-alik ke negara mereka sepanjang mengikuti pengajian di negara ini
Pemohon juga dibenarkan untuk bekerja secara sambilan di dalam sektor-sektor yang diluluskan dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan.
Dokumen Bagi Isteri/Anak/Ibu/Bapa Pemegang Pas Pelajar
Surat pengesahan belajar daripada pihak institusi pengajian (IPTA/IPTS/Sekolah)
Bukti Pertalian (Sijil perkahwinan, sijil lahir atau Surat Kedutaan)
Prosedur Permohonan Bekerja Pelajar Antarabangsa
Tempat-tempat yang dibenarkan bekerja adalah seperti berikut:
Restoran-restoran
Stesen minyak
Pasar mini
Hotel-hotel
Permohonan dikemukakan oleh wakil IPTA/IPTS dengan kehadiran pelajar berkenaan ke Ibupejabat Imigresen bagi IPTS manakala Pejabat Imigresen Negeri bagi IPTA
IPTA/IPTS memberikan surat sokongan membenarkan pelajar bekerja disamping memaklumkan tarikh cuti semester di dalam surat berkenaan.
Kebenaran bekerja kepada pelajar antarabangsa akan dicop di dalam pasport mereka
IPTA/IPTS hendaklah meghantar senarai nama pelajar bekerja dan laporan prestasi pelajar berkenaan setiap 3 bulan ke Jabatan Imigresen
Kebenaran bekerja secara sambilan sahaja (cuti semester/cuti perayaan/cuti lebih pada tujuh(7) hari) dan tempoh bekerja 20 jam seminggu
Tidak dibenarkan bekerja sebagai juruwang di keempat-empat tempat yang disebutkan dia atas.
Lanjutan dibenarkan bekerja akan diberi jika prestasi akademik dan kedatangan yang baik dikekalkan
Info Tambahan
Piagam Pelanggan.
7 hari bekerja
Sektor IPTS
Permohonan baru melalui laman web (e-Student) dan pertukaran IPTS dikemukakan di Ibupejabat Imigresen Putrajaya
Permohonan lanjutan dikemukakan di Pejabat Imigresen Negeri
Sektor IPTA
Permohonan dikemukakan di Pejabat Imigresen Negeri
Bagi warganegara India, Bangladesh dan Pakistan berumur 25 tahun atau lebih, permohonan baru dikemukakan di Ibupejabat Imigresen Putrajaya dan permohonan lanjutan dikemukakan di Pejabat Imigresen Negeri
Sektor Sekolah Kebangsaan Kerajaan/ Swasta
Permohonan dikemukakan di Pejabat Imigresen Negeri.
Permohonan baru; permohonan warganegara China dikemukakan di Bahagian Visa, Pas dan Permit, Ibupejabat Imigresen, Putrajaya dan lanjutan dikemukakan di Pejabat Imigresen Negeri
Permohonan Pas Pelajar Bagi Pemegang Pas Tanggungan (Anak Pegawai Dagang)
Permohonan kebenaran belajar dikemukakan di Bahagian Pas Penggajian Ibupejabat Imigresen Putrajaya dan di semua Pejabat Imigresen Negeri yang berkenaan
Satu endosmen kebenaran belajar akan dicop di dalam pasport pemohon
Bagi isteri kepada Pegawai Dagang yang memegang Pas Tanggungan tidak dibenarkan bekerja di semua sektor atau belajar di Institusi Pengajian Tempatan kecuali mereka perlu memendekkan pas tersebut dan memohon pas yang bersesuaian.
Pengeluaran i-Kad Kepada Pelajar Antarabangsa
Mulai Mei 2007 kerajaan telah bersetuju untuk mengeluarkan i-kad kepada pelajar antarabangsa sebagai tanda pengenalan diri.
Pelajar perlu hadir sendiri ke Ibupejabat Imigresen Putrajaya atau Pejabat Imigresen Negeri yang berhampiran semasa proses pendaftaran untuk mengambil pengesahan cap jari.
Pelajar perlu membawa gambar berukuran pasport dengan berlatarbelakangkan warna putih serta salinan pasport/ pasport asal
Pengeluaran i-Kad dibuat setelah pemohon diberi pelekat Pas Pelajar
Dokumen Sokongan Tambahan
Keperluan NOC (No Objection Certificate)
Pelajar-pelajar dari negara-negara Sub-Saharan Afrika, yang ditaja oleh Kerajaan atau sebaliknya menggunakan kelayakan akademik negara berkenaan hendaklah mengemukakan Sijil NOC (No Objection Certificate) selaras dengan keperluan yang ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
PASPORT ertinya Dokumen Perjalanan yang sah yang telah dikeluarkan oleh Kerajaan kepada warganegara bagi maksud perjalanan ke negara-negara yang dibenarkan kecuali mendapat kelulusan khas bagi negara terlarang.
Pasport adalah hak milik Kerajaan Malaysia dan boleh ditarik balik pada bila-bila masa.
2. Pasport Malaysia Versi ICAO
e-Pasport Malaysia Versi International Civil Aviation Organization (ICAO) telah dilancarkan oleh Menteri Dalam Negeri Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein pada 2 Februari 2010 .
ICAO adalah agensi khas yang ditubuhkan pada 1947 di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berpangkalan di Montreal, Canada. ICAO diberi mandat oleh PBB untuk mewujudkan dan menetapkan piawaian dan spesifikasi Pasport Antarabangsa yang perlu dipatuhi oleh negara anggotanya.
Piawaian ICAO merujuk kepada spesifikasi dan standard piawaian Dokumen Perjalanan bagi tujuan mengawal pergerakan keluar/masuk di sempadan negara.
Piawaian Pasport ICAO yang ditetapkan dan perlu dipatuhi adalah seperti:
Struktur susun data - peningkatan ruang untuk pengisian data
Format biometrik - perubahan dari sistem persendirian (propriety) kepada sistem terbuka (open)
Imej - peningkatan resolusi yang lebih tinggi untuk pengecaman wajah dengan lebih tepat
Pengesahan dokumen - Peralihan dari Secured Access Module (SAM) kepada Public Key Infrastructure (PKI) - data yang terkandung dalam cip elektronik boleh dibaca oleh negara-negara lain.
Rekabentuk baru Pasport Malaysia versi ICAO adalah :-
Mengandungi 48 mukasurat
Maklumat pemegang di mukasurat 2.
Ruangan tandatangan di mukasurat 3.
Makluman untuk pemegang di mukasurat 47
Setiap mukasurat visa mempunyai imej bangunan/landmark Malaysia
Pelaksanaan e-pasport versi ICAO ini adalah penting bagi meningkatkan ciri-ciri keselamatan, kecekapan operasi dan keberkesanan sistem e-pasport secara menyeluruh.
Selain itu, keperluan untuk beralih dari e-pasport semasa kepada e-pasport versi ICAO didasari oleh beberapa sebab. Antaranya ialah : -Meningkatkan integriti dokumen perjalanan;
Keseragaman dokumen perjalanan di antara negara-negara anggota ICAO
Mengekang dan mencegah gejala pemalsuan pasport Malaysia.
Menghalang kes-kes kecurian serta melindungi identiti rakyat Malaysia (cip tidak boleh dipalsukan);
Memperkasakan kawalan keselamatan pintu-pintu masuk negara dimana fokus menyaring pengembara berisiko tinggi;
Memberikan fasilitasi kepada pengembara tulen.
Pelaksanaan e-pasport versi ICAO ini membolehkan rakyat menikmati faedah sistem penyampaian perkhidmatan yang lebih efisen, keselesaan pergerakan rakyat Malaysia di pintu-pintu masuk antarabangsa melalui dokumen yang mempunyai keupayaan 'interperobality'/'saling kendali' di mana ketulenan atau kesahihan maklumat pemegang pasport dengan dokumen perjalanan boleh disahkan; dan menikmati kemudahan e-servis dan pintu pemeriksaan automatik (autogate) yang disediakan oleh negara-negara anggota ICAO di seluruh dunia kelak (untuk negara-negara yang menyediakan fasiliti tersebut).
SENARAI PEJABAT PENERIMA & PENGELUAR PASPORT MENGIKUT NEGERI
BIL
NEGERI
FUNGSI
PENGELUAR
PENERIMA
1
Perlis
Kangar
2
-
Padang Besar
3
Kuala Perlis
4
Kedah
Alor Setar
5
Sungai Petani
6
Pulau Langkawi
7
Bukit Kayu Hitam
8
Kulim
9
Pulau Pinang
Seberang Jaya
10
Georgetown
11
Perak
Ipoh
12
Taiping
13
Teluk Intan
14
Pengkalan Hulu
15
Lumut
16
Pahang
Kuantan
17
Temerloh
18
Raub
19
Pekan
20
-
Pulau Tioman
21
Kuala Lipis
22
Selangor
Shah Alam
23
Kelana Jaya
24
Pelabuhan Kelang
25
Kajang
26
Sg. Pelik
27
Puchong (Baru)
28
Kuala Kubu Baru
29
Sabak Bernam
30
N. Sembilan
Seremban
31
-
Port Dickson
32
Melaka
Melaka
33
Johor
Setia Tropika (Baru)
34
Cawangan Johor Bahru
35
Batu Pahat
36
Kukup
37
Segamat
38
Mersing
39
Muar
40
Kluang
41
Tampoi (Pekan Baru)
42
Kulai Jaya (Baru)
43
-
Tanjung Pengelih
44
Terengganu
Kuala Terengganu
45
-
Besut
46
Chukai
47
Dungun
48
Kerteh
49
Kelantan
Kota Bharu
50
Gua Musang
51
-
Rantau Panjang
52
Pengkalan Kubor
53
W.P. Kuala Lumpur
Pusat Bandar Damansara
54
Wangsa Maju
55
Sarawak
Kuching
56
Miri
57
Sibu
58
Limbang
59
Bintulu
60
Lawas
61
-
Sarikei
62
Kapit
63
Sri Aman
64
Marudi(manual)
65
Sundar
66
Sabah
Kota Kinabalu
67
Tawau
68
Sandakan
69
Lahad Datu
70
Keningau
71
Sipitang
72
Semporna
73
Kudat
74
Tenom
75
W.P.Labuan
Labuan
76
W.P.Putrajaya
Ibu Pejabat
77
Menara Ikhlas, Presint 3
78
Singapura
Singapura
79
United Kingdom
London
80
USA
New York
81
Hong Kong
Hong Kong
82
Australia
Canberra
Pejabat perwakilan Malaysia di luar negara yang menerima dan memproses permohonan membaharui serta PMA baru adalah seperti berikut:-
Pejabat Pengeluar Dan Penerima PMA Di Pejabat Perwakilan Negara Di Luar Negeri
1.Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di NEW YORK, AMERIKA SYARIKAT.
2.Pejabat Suruhanjaya Tinggi Malaysia di CANBERRA, AUSTRALIA.
3.Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di HONG KONG, HONG KONG SAR (CHINA).
4.Pejabat Kedutaan Besar Malaysia di JAKARTA, INDONESIA.
5.Pejabat Suruhanjaya Tinggi Malaysia di SINGAPURA, SINGAPURA.
6.Pejabat Suruhanjaya Tinggi Malaysia di LONDON, UNITED KINGDOM.
Lain-lain pejabat perwakilan negara di luar negeri adalah merupakan pejabat penerima permohonan memperbaharui/PMA baru. Permohonan yang dikemukakan akan dimajukan kepada Bahagian Keselamatan Dan Pasport, Jabatan Imigresen Malaysia, Putrajaya untuk diproses. Proses pengeluaran PMA akan mengambil masa tiga (3) hingga empat (4) bulan selepas permohonan diterima oleh pejabat penerima (Pejabat Perwakilan Malaysia yang berkenaan).
Catatan :
Pejabat Penerima & Pengeluar – Pejabat yang menerima dan memproses permohonan PMA di tempat yang sama
Pejabat Penerima – Pejabat yang hanya menerima permohonan PMA dan akan di hantar ke ibu pejabat negeri masing-masing untuk proses
NEGARA SUMBER YANG DIBENARKAN IALAH: - Indonesia - Thailand - Kemboja (Telah dibekukan bermula Januari 2012) - Filipina - Sri Lanka - India - Vietnam - Laos
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PEMBANTU RUMAH ASING (PRA)
BAKAL PRA MESTILAH: • Jantina : Perempuan sahaja • Umur : tidak kurang daripada 21 tahun dan tidak melebihi 45 tahun pada tahun permohonan • Disahkan sihat oleh pusat-pusat perubatan yang dilantik oleh Kementerian Kesihatan di negara asal PRA. • Berada di negara asal semasa permohonan. • Masuk/datang ke Malaysia menggunakan Visa Dengan Rujukan (VDR) yang diambil di pejabat perwakilan Malaysia di negara asal PRA • Disahkan lulus IMMIGRATION SECURITY CLEARANCE (ISC) yang dibuat di negara sumber. Senarai Pusat ISC
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN MAJIKAN
• Majikan terdiri daripada suami dan isteri dan mempunyai: i. Anak berumur bawah 15 tahun ATAU ii. Ibu bapa yang sakit/uzur. • Majikan mestilah bekerja dan hanya satu (1) Pembantu Rumah Asing (PRA) yang layak dipohon untuk satu keluarga. • Berikut merupakan kelayakan gaji majikan untuk mengambil PRA mengikut negara sumber dan bayaran sita :
BIL
NEGARA SUMBER
JUMLAH PENDAPATAN MAJIKAN
BAYARAN SITA (PERSONAL BOND)
1
Indonesia
RM 3,000.00
RM 250.00
2
Filipina
RM 5,000.00
RM 750.00
3
Sri Lanka
RM 5,000.00
RM 750.00
4
Thailand
RM 3,000.00
RM 250.00
5
Kemboja
RM 3,000.00
RM 250.00
6
India
RM 5,000.00
RM 750.00
7
Laos
RM 3,000.00
RM 1,500.00
8
Vietnam
RM 3,000.00
RM 1,500.00
• Majikan TIDAK LAYAK memohon jika diisytiharkan muflis oleh pihak berkuasa atau berada di dalam senarai syak/ senarai hitam Jabatan Imigresen Malaysia • Bagi permohonan PRA kedua dan seterusnya, majikan mestilah: i. Mempunyai alasan yang kukuh (disertakan bukti dokumen) ; DAN ii. Mempunyai pendapatan bersih sebagaimana jadual berikut :
BIL
PERMOHONAN
PENDAPATAN SEBULAN
1.
Pembantu Rumah Asing (PRA) Kedua
Melebihi RM10,000.00
2.
Pembantu Rumah Asing (PRA) Ketiga
Melebihi RM15,000.00
3.
Pembantu Rumah Asing (PRA) Keempat dan selebihnya
Kelulusan khas Ketua Pengarah Imigresen
• Majikan beragama Islam dibenarkan menggaji PRA beragama Islam sahaja.
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN PERMOHONAN PEMBANTU RUMAH ASING
Dokumen-dokumen yang diperlukan untuk permohonan Pembantu Rumah Asing (PRA): 1. Borang permohonan PRA 2. Borang IM 12. (Permohonan PLKS) 3. Borang Personal Bond yang dimatikan setem RM10.00 4. Perjanjian Pekerjaan di antara majikan dan PRA yang dimatikan setem RM10.00 (1 set asal dan 1 set salinan) 5. Salinan kad pengenalan majikan (suami dan isteri) 6. Salinan pasport PRA 7. Laporan perubatan bakal PRA dari negara asal oleh panel yang dilantik oleh Kementerian Kesihatan Malaysia 8. Bukti pendapatan tetap suami isteri: 9. Penyata KWSP dan slip gaji (3 bulan terkini) ATAU 10. Borang e-BE/ Penyata LHDN yang disah terima beserta slip bayaran 11. Sijil perkahwinan (bagi permohonan kali pertama sahaja)
1. Majikan perlu mengisi borang yang diperlukan untuk memohon PRA (boleh dimuat turun pada kolum ” Dokumen Yang Diperlukan Permohonan Pembantu Rumah Asing(PRA)” dan menyediakan segala dokumen sokongan yang diperlukan dengan lengkap. 2. Permohonan bagi PRA boleh dibuat di semua Pejabat Imigresen Negeri mengikut alamat majikan. 3. Permohonan pengambilan PRA boleh dikemukakan melalui 2 cara iaitu : i. Permohonan dikemukakan oleh Majikan sendiri (Permohonan Individu)
ii. Permohonan dikemukakan Agensi Pekerjaan yang berdaftar dengan Jabatan Imigresen Malaysia di Pejabat Imigresen Negeri mengikut alamat majikan. 4. Semasa penyerahan, borang permohonan mestilah lengkap dan sebarang permohonan yang tidak mengemukakan dokumen yang lengkap/tidak layak akan ditolak daripada diproses 5. Majikan/agensi perlu membawa dokumen asal untuk tujuan pengesahan.
FASA 2 : PENGELUARAN VISA DENGAN RUJUKAN (VDR) DI JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA DAN SEBELUM KEMASUKAN PRA KE MALAYSIA
1. Setelah permohonan untuk mendapatkan PRA diluluskan oleh Jabatan Imigresen Malaysia, majikan perlu membuat bayaran levi, visa, proses dan Pas Lawatan Kerja Sementara (PL(KS)) sebelum mendapatkan Visa Dengan Rujukan (VDR) akan dikeluarkan bagi membolehkan PRA memasuki Malaysia. 2. Sila rujuk kolum “Bayaran Untuk Permohonan PRA” untuk jumlah bayaran. 3. Setelah bayaran dibuat, VDR akan dikeluarkan dalam 3 salinan kepada pihak majikan untuk diberikan kepada : i. Pejabat Kedutaan negara asal PRA di Malaysia ii. Pejabat Perwakilan Malaysia di negara asal PRA di mana visa akan dipohon. iii. Salinan untuk simpanan majikan iv. Satu salinan tambahan untuk permohonan melalui agensi 4. Setelah mendapat VDR, PRA perlu mendapat visa di Pejabat Perwakilan Malaysia di negara asal PRA berkenaan SEBELUM masuk ke Malaysia. 5. Setelah mendapat visa, PRA boleh masuk ke Malaysia melalui mana-mana pintu masuk yang dibenarkan.
FASA 3 : SELEPAS KETIBAAN PRA DI MALAYSIA
1. Majikan/ agensi pekerjaan dikehendaki menunggu dan menjemput PRA berkenaan di pintu masuk berkenaan. 2. Pegawai Imigresen di pintu-pintu masuk yang dibenarkan akan memberikan Pas Khas untuk tempoh 30 hari bagi majikan melaporkan kehadiran PRA berkenaan di Pejabat Imigresen yang meluluskan VDR berkenaan. 3. Dalam tempoh 30 hari daripada tarikh ketibaan PRA, majikan/agensi perlulah memastikan PRA menjalani pemeriksaan kesihatan di klinik-klinik yang berdaftar dengan FOMEMA Sdn. Bhd. dalam kadar segera.
FASA 4 : ENDOSEMEN PAS LAWATAN KERJA SEMENTARA (PL(KS)) BAGI PRA DI JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA SETELAH PEMERIKSAAN KESIHATAN PRA
4.1 PRA DISAHKAN SIHAT (FIT) OLEH KLINIK YANG BERDAFTAR DENGAN FOMEMA 1. Setelah mendapat keputusan pemeriksaan kesihatan, majikan perlu membawa salinan passport PRA serta Laporan Pemeriksaan Kesihatan FOMEMA PRA untuk mendapatkan endorsemen Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) di Pejabat Imigresen yang mengeluarkan VDR dalam tempoh 30 hari daripada tarikh ketibaan PRA di Malaysia. 2. Pas Lawatan Kerja Sementara (PL(KS)) adalah pas kerja yang akan diluluskan untuk tempoh 12 bulan bagi PRA disahkan sihat oleh klinik yang berdaftar dengan FOMEMA Sdn. Bhd. 3. Tempoh PL(KS) akan bermula pada tarikh kemasukan PRA ke Malaysia dan berkenaan dibenarkan bekerja sehingga tarikh akhir yang tercatat pada pelekat PL(KS) berkenaan. 4. PRA hanya dibenarkan bekerja dengan majikan dan tempat kediaman sebagaimana yang tercatat di dalam PL(KS) berkenaan. 4.2 PRA DISAHKAN TIDAK SIHAT (UN-FIT) DAN GAGAL PEMERIKSAAN KESIHATAN OLEH KLINIK YANG BERDAFTAR DENGAN FOMEMA 1. Sekiranya PRA telah disahkan tidak sihat dan gagal pemeriksaan kesihatan oleh klinik yang berdaftar dengan FOMEMA, PRA tidak dibenarkan untuk bekerja di Malaysia dan perlu dihantar balik ke negara asal. 2. Majikan perlu hadir ke Pejabat Imigresen yang mengeluarkan VDR dalam tempoh 30 hari daripada tarikh ketibaan PRA di Malaysia untuk memaklumkan kepada pihak Imigresen dan mendapatkan Memo Periksa Keluar (Check Out Memo) untuk menguruskan penghantaran pulang PRA ke negara asal. 3. Majikan perlu membawa salinan pasport PRA dan tiket balik ke negara asal untuk membuat permohonan Memo Periksa Keluar (Check Out Memo).
PROSIDUR LANJUTAN PAS LAWATAN (KERJA SEMENTARA) BAGI PEMBANTU RUMAH ASING (PRA)
1. Permohonan lanjutan PL(KS) bagi PRA boleh dibuat di mana-mana Pejabat Imigresen yang paling hampir dengan alamat majikan sebelum tamat tempoh PL(KS). 2. Semua urusan lanjutan PL(KS) PRA hendaklah dikemukakan sendiri oleh majikan atau agensi pekerjaan yang berdaftar dengan Jabatan Imigresen Malaysia. 3. PRA masih perlu menjalani pemeriksaan kesihatan di klinik berdaftar dengan FOMEMA Sdn. Bhd. serta disahkan sihat sebelum permohonan lanjutan PL(KS) dikemukakan ke Jabatan Imigresen Malaysia bagi tahun KEDUA dan KETIGA. 4. Bayaran untuk lanjutan merangkumi bayaran levi, bayaran visa mengikut jenis dan warganegara, bayaran proses dan bayaran untuk PL(KS). Sila rujuk kolum “Bayaran Untuk Permohonan PRA” untuk jumlah bayaran. 5. Untuk tujuan lanjutan Pas Lawatan (Kerja Sementara), majikan perlu memastikan permohonan perlanjutan dibuat dalam tempoh 3 bulan SEBELUM tarikh tamat Pas Lawatan Kerja Sementara (PL(KS)). 6. Semasa permohonan lanjutan PL(KS) PRA, majikan perlu memastikan tempoh sah laku pasport PRA adalah TIDAK KURANG daripada 12 bulan. PROSIDUR PENAMATAN PAS LAWATAN(KERJA SEMENTARA BAGI PEMBANTU RUMAH ASING (PRA)
1. Majikan perlu hadir ke Jabatan Imigresen Malaysia untuk mendapatkan Memo Periksa Keluar (Check-Out Memo) iaitu dokumen yang diperlukan sebagai permohonan keberangkatan pulang PRA ke negara asal di atas seperti : i. Majikan tidak lagi memerlukan khidmat PRA; atau ii. PRA tidak mahu lagi bekerja dengan majikan kerana hendak balik ke negara asal; atau iii. PRA gagal pemeriksaan kesihatan (unfit) 2. Dokumen yang diperlukan untuk proses penghantaran pulang PRA ke negara asal : i. Borang permohonan Memo Periksa Keluar ii. Salinan Pasport PRA iii. Tiket pulang ke negara asal. 3. Majikan hendaklah memastikan PRA pulang pada tarikh yang ditetapkan dalam Memo Periksa Keluar (Check-Out Memo) melalui Pintu Keluar yang dipohon. 4. Sekiranya majikan tidak memohon Memo Periksa Keluar, PRA tersebut masih dianggap bekerja dengan majikan dan majikan masih bertanggungjawab terhadap PRA berkenaan.
PROSIDUR PENGGANTIAN BAGI PEMBANTU RUMAH ASING (PRA) BARU BAGI KES PRA TIDAK MASUK / GAGAL PEMERIKSAAN KESIHATAN
• Majikan boleh mengemukakan permohonan mendapatkan gantian Pembantu Rumah Asing PRA yang telah diluluskan Visa Dengan Rujukan (VDR) dalam dua keadaan : i. PRA telah masuk ke negara ini tetapi disahkan tidak sihat setelah pemeriksaan kesihatan di klinik yang berdaftar dengan FOMEMA Sdn. Bhd (unfit) ii. PRA tidak masuk ke negara ini setelah kelulusan VDR dikeluarkan. • Penggantian PRA perlulah daripada negara sumber yang sama dengan PRA yang telah diluluskan sebelum ini. • Permohonan mendapatkan gantian PRA bagi mana-mana kes seperti yang telah dinyatakan perlulah dikemukakan dalam tempoh setahun daripada tarikh kelulusan. • Berikut merupakan dokumen yang perlu dikemukakan bagi permohonan penggantian PRA : a. PRA yang telah gagal pemeriksaan kesihatan (unfit) i. Surat permohonan majikan ii. Surat kelulusan Visa Dengan Rujukan(VDR) iii. Memo Periksa Keluar iv. Resit bayaran yang asal b. PRA tidak masuk ke Malaysia i. Surat permohonan majikan ii. Surat kelulusan Visa Dengan Rujukan (VDR) iii. Resit bayaran yang asal iv. Surat pengesahan pembatalan visa dari pejabat perwakilan Malaysia di negara asal PRA (jika ada) • Sekiranya tiada gantian dikemukakan bagi PRA yang tidak masuk atau tidak sihat, majikan boleh mengemukakan tuntutan bayaran balik levi di Bahagian Kewangan di pejabat imigresen di mana resit bayaran dikeluarkan.
PROSIDUR TUKAR MAJIKAN BAGI PEMBANTU RUMAH ASING (PRA)
• PRA dibenarkan bertukar majikan sekiranya PRA tidak sesuai bekerja dengan majikan dalam TAHUN PERTAMA PL(KS) PRA sahaja. • Majikan lama perlu memberi persetujuan bertulis bagi membolehkan PRA bertukar ke majikan baru yang layak menggaji PRA dengan mengisi Lampiran D. • Sekiranya majikan dan pasangannya bercerai, Jabatan Imigresen Malaysia berhak memindahkan nama majikan PRA berkenaan kepada isteri atau majikan baru yang lebih berkelayakan. • Sekiranya majikan atau pasangannya meninggal dunia, maka majikan atau pasangan atau warisnya diminta melaporkan kepada Jabatan untuk tujuan pengesahan status majikan baru PRA berkenaan.
PROSIDUR LAPORAN PEMBANTU RUMAH ASING (PRA) MELARIKAN DIRI DARIPADA MAJIKAN
• PRA boleh dikategorikan sebagai lari daripada majikan dalam keadaan berikut : i. PRA meninggalkan rumah majikan dengan membawa semua barangan peribadi PRA tanpa memaklumkan kepada majikan dengan tujuan melarikan diri. ii. PRA tidak kembali ke rumah majikan pada tarikh yang dipersetujui setelah balik ke negara asal. • Majikan perlu hadir ke Pejabat Imigresen untuk melaporkan PRA lari daripada majikan. • Majikan perlu mengemukakan dokumen-dokumen berikut bagi membatalkan PL(KS) PRA bagi kes lari: 1. Surat permohonan membatalkan Pas Lawatan (Kerja Sementara) PL(KS) Pembantu Rumah Asing (PRA) yang melarikan diri. 2. Salinan kad pengenalan majikan 3. Salinan pasport PRA yang melarikan diri 4. Borang Laporan Pekerja Asing Melarikan Diri dari Majikan yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia 5. Salinan laporan polis yang disahkan. • PRA yang melarikan diri daripada majikan akan disenaraihitamkan. • Majikan dikehendaki menjelaskan wang jaminan/sita pada kadar personal bond mengikut warganegara yang telah ditandatangani semasa permohonan. • Majikan masih lagi bertanggungjawab terhadap PRA seandainya majikan gagal untuk membuat laporan bagi PRA yang telah melarikan diri daripada majikan. • Majikan tidak boleh membuat tuntutan balik wang jaminan seandainya majikan ingin membuat pembatalan laporan lari bagi kes PRA lari yang telah kembali bekerja dengan majikan yang sama semula.
BAYARAN BAGI PERMOHONAN PEMBANTU RUMAH ASING (PRA)
• Setelah permohonan diluluskan , majikan perlu menyediakan bayaran secukupnya untuk bayaran levi, PL(KS), visa dan bayaran proses. • Bayaran perlu dibuat di pejabat yang meluluskan permohonan. • Cara bayaran adalah seperti berikut : i. Tunai ii. Bank Draft iii. Kiriman Wang iv. Wang Pos (Personal Cheque adalah tidak dibenarkan)
• Bagi bayaran yang dibuat secara bank draf, kiriman wang dan wang pos, bagi ruangan ”Bayaran kepada.............................” ruangan kosong perlulah ditulis seperti berikut : i. ”Ketua Pengarah Imigresen Malaysia” jika permohonan diluluskan oleh Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya; atau ii. ”Pengarah Imigresen Negeri.....................................” jika permohonan diluluskan oleh Jabatan Imigresen Negeri. Contoh : ”Pengarah Imigresen Negeri Johor” atau ”Pengarah Imigresen Kuala Lumpur” • Majikan perlu memastikan bahawa nama dan alamat majikan hendaklah ditulis di belakang bank draf, kiriman wang dan wang pos berkenaan. • Berikut merupakan jenis dan jumlah bayaran yang perlu dibayar oleh majikan bagi permohonan pembantu rumah asing (PRA) :
BIL
PERMOHONAN
LEVI (RM)
PL(KS) (RM)
PROSES (RM)
VISA
JUMLAH
NEGARA SUMBER
JENIS VISA (SEV/MEV)
BAYARAN
1.
PEMBANTU RUMAH ASING (PRA) PERTAMA
410
60
125
Indonesia
SEV/MEV
15
610.00
Filipina
SEV/MEV
36
631.00
Sri Lanka
SEV
50
645.00
MEV
100
695.00
Thailand
SEV/MEV
GRATIS
595.00
Kemboja
SEV/MEV
20
615.00
India
SEV/MEV
50
645.00
Laos
SEV/MEV
20
615.00
Vietnam
SEV/MEV
13
608.00
2.
PEMBANTU RUMAH ASING (PRA) KEDUA DAN SETERUSNYA
590
60
125
Indonesia
SEV/MEV
15
790.00
Filipina
SEV/MEV
36
811.00
Sri Lanka
SEV
50
825.00
MEV
100
875.00
Thailand
SEV/MEV
GRATIS
775.00
Kemboja
SEV/MEV
20
795.00
India
SEV/MEV
50
825.00
Laos
SEV/MEV
20
795.00
Vietnam
SEV/MEV
13
788.00
Nota : SEV : Single Entry Visa MEV : Multiple Entry Visa
• Berikut merupakan bayaran yang perlu dibayar oleh majikan selepas permohonan diluluskan : i. Tahun Pertama : BAYARAN = (Levi) + (PL(KS)) + (Proses) Contoh bayaran tahun pertama bagi PRA warganegara Indonesia : (Levi=RM410)+(PL(KS)=RM60)+( Proses=RM125) = RM595.00 ii. Lanjutan Bagi Tahun Kedua dan selanjutnya : BAYARAN = (Levi) + (PL(KS)) + (Visa mengikut negara asal PRA) + (Proses) Contoh bayaran lanjutan tahun kedua bagi PRA warganegara Indonesia : (Levi=RM410)+(PL(KS)=RM60)+ (Visa=RM15)+( Proses=RM125) = RM610.00
Nota : i. Levi akan berbeza mengikut jumlah PRA sedia ada yang aktif atas majikan. ii.Jumlah bayaran lanjutan bagi tahun berikutnya yang perlu dibayar juga boleh dirujuk pada ruangan atas di sebelah kanan pelekat PL(KS) tahun semasa dalam pasport PRA.
PUSAT PERUBATAN DI NEGARA SUMBER YANG DILANTIK OLEH KEMENTERIAN KESIHATAN
Berikut merupakan senarai pusat perubatan mengikut negara sumber yang dilantik oleh Kementerian Kesihatan :
TANGGUNGJAWAB MAJIKAN DALAM MENGGAJI PEMBANTU RUMAH ASING (PRA)
1. Majikan hendaklah memastikan PRA ditugaskan untuk membuat kerja-kerja rumah sahaja (tidak termasuk cuci kereta). 2. Majikan wajib menyediakan kemudahan bilik/tempat tinggal yang sesuai kepada PRA lengkap dengan kemudahan asas, makanan yang berkhasiat, rehat secukupnya termasuk waktu tidur. 3. Majikan bukan Islam yang menggaji PRA yang beragama Islam mestilah menghormati sensitiviti agama PRA dengan membenarkan: i. Melakukan ibadah seperti sembahyang 5 waktu ii. Puasa bulan Ramadhan iii. Tidak disuruh melakukan kerja-kerja rumah yang bertentangan dengan agama Islam. 4. Majikan perlu mengambil maklum bahawa perkara berikut adalah TIDAK DIBENARKAN bagi PRA semasa memegang PL(KS). : i. PRA tidak dibenarkan berkahwin dengan rakyat tempatan di Malaysia semasa memegang PL(KS). ii. PRA tidak dibenarkan membuat permohonan Permit Masuk semasa memegang PL(KS). 5. Memastikan PRA tidak bertukar pekerjaan/sektor atau bertukar majikan tanpa kebenaran dari Jabatan Imigresen Malaysia. 6. Lanjutan tempoh PL(KS) hendaklah dikemukakan kepada mana-mana Pejabat Imigresen tiga (3) bulan sebelum tarikh tamat PL(KS) . 7. Untuk tujuan lanjutan PL(KS) atau Memo Periksa Keluar, majikan bertanggungjawab: i. Menyimpan rekod pembayaran gaji PRA dan menunjukkan kepada pihak Jabatan apabila diminta. ii. Gaji PRA hendaklah dijelaskan selewat-lewatnya pada minggu terakhir setiap bulan. 8. Rawatan perubatan PRA semasa dalam tempoh PL(KS) adalah di bawah tanggungjawab majikan. 9. Majikan bertanggungjawab melaporkan kepada Jabatan Imigresen Malaysia sekiranya PRA: i. Meninggal dunia ii. Hilang iii. Melarikan diri dari tempat sepatutnya dia bekerja. 10. Majikan atau agensi pekerjaan tidak dibenarkan memukul atau apa-apa perbuatan yang mendatangkan kecederaan kepada PRA. 11. Majikan hendaklah mendapatkan kelulusan dari jabatan bagi PRA yang memohon berhenti atau diberhentikan atau tamat tempoh pas dengan mendapatkan Memo Periksa Keluar dari Jabatan bagi tujuan penghantaran pulang. 12. Jabatan Imigresen Malaysia mempunyai hak membatalkan kelulusan pas yang dikeluarkan. 13. Jabatan Imigresen Malaysia mempunyai kuasa memindahkan PRA yang dianiaya oleh majikan asal kepada majikan baru yang layak atas dasar kemanusiaan walaupun tanpa persetujuan majikan asal. 14. Majikan yang ingin membawa PRA bekerja di luar negara dikehendaki memaklumkan kepada pejabat perwakilan negara asal PRA berkenaan di Malaysia. 15. Majikan yang telah diberi kelulusan PRA tetapi gagal mematuhi syarat-syarat di atas akan disenaraihitamkan daripada mendapat kemudahan PRA.
AGENSI PEKERJAAN YANG BERDAFTAR DENGAN JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA UNTUK MENGURUSKAN PEMBANTU RUMAH ASING
• Majikan perlu memastikan bahawa hanya agensi pekerjaan yang berdaftar dengan Jabatan Imigresen Malaysia sahaja yang dibenarkan untuk menguruskan PRA bagi pihak majikan di jabatan ini. • Berikut merupakan senarai Agensi Pekerjaan yang berdaftar dengan jabatan Imigresen Malaysia untuk menguruskan PRA :
Perhatian : Piagam Pelanggan ini hanya terpakai dalam keadaan biasa tidak termasuk permohonan yang tidak lengkap, bermasalah atau perlu rujukan lanjut.