Permohonaan visa hendaklah dibuat di mana-mana Perwakilan Malaysia di seberang laut yang berdekatan. Pelancong daripada negara-negara komanwel berada di negara bukan Komanwel boleh mendapatkan khidmat nasihat dan kemukakan permohonan di Suruhanjaya Tinggi British/United Kingdom.
Permohonan juga boleh dilakukan secara online menerusi Sistem I-Visa (hanya untuk pelancong dari India dan China sahaja).
1. Permohonan Visa Tanpa Rujukan (VTR)
Dokumen yang diperlukan bagi permohonan Visa Tanpa Rujukan (kelulusan visa diberi oleh Suruhanjaya Tinggi Malaysia) adalah:
Pasport asal
Dua (2) salinan fotostat pasport
Dua (2) salinan fotostat borang permohonan visa (Form IMM.47)
Dua (2) keping gambar berukuran pasport pemohon
Tiket penerbangan asal dan dua (2) salinan fotostat (disahkan dan tiket penerbangan balik)
Penyata bank / traveller's cheques
Surat jemputan (jika ada)
Bayaran visa
Nota :Visa Tanpa Rujukan diperlukan bagi tujuan lawatan sosial
2. Permohonan Visa Dengan Rujukan (VDR)
Dokumen yang diperlukan bagi permohonan Visa Dengan Rujukan (visa akan dikeluarkan setelah pemohonan dirujuk dan diluluskan oleh Jabatan Imigresen Malaysia / Agensi Berkuasa) adalah:
Surat kelulusan asal Jabatan Imigresen Malaysia / agensi berkuasa dan dua (2) salinan fotostat
Pasport asal
Dua (2) salinan fotostat borang permohonan visa (Form IMM.47)
Dua (2) keping gambar berukuran pasport pemohon
Tiket penerbangan asal dan dua (2) salinan fotostat (disahkan dan tiket penerbangan balik)
Tiket penerbangan asal dan dua (2) salinan fotostat
Bayaran visa
Nota: Visa Dengan Rujukan diperlukan bagi pas pelajar, pas bekerja, pas tanggungan dan pas lawatan profesional
Setiap warganegara asing yang ingin belajar di Malaysia perlu memohon Pas Pelajar
Warganegara asing dibenarkan belajar di Institusi Pendidikan Tinggi Swasta yang diluluskan kursus-kursus dan penubuhannya oleh Kementerian Pengajian Tinggi dan memperolehi kebenaran pengambilan pelajar antarabangsa oleh Kementerian Dalam Negeri.
Permohonan baru Pas Pelajar bagi IPTS mestilah dibuat melalui Sistem e-Student Pelajar dan permohonan boleh dibuat melalui IPTS yang berdaftar.
Permohonan pertukaran IPTS mesti dikemukakan melalui Sistem e-Student beserta surat sokongan daripada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).
Bagi warganegara asing yang mendapat tawaran belajar di Institut Pengajian Tinggi Awam perlu memohon melalui Institusi Pengajian Tinggi Awam itu sendiri.
Bagi permohonan lanjutan pas, permohonan dikemukakan di Pejabat Imigresen Negeri.
Bayaran
Pas Pelajar – RM60.00 setahun atau sebahagian daripadanya
Visa – kadar dikenakan mengikut negara tetapi tidak melebihi RM50.00 bagi setiap visa yang dikeluarkan
Cara Mohon Pas Pelajar
1. Pemohon yang berada di luar negara
Permohonan pas pelajar dikemukakan oleh IPT /IPTS / IPS dan pelajar dibenarkan masuk setelah mendapat kelulusan.
Bagi Negara yang memerlukan visa, pelajar perlu mengambil visa di Kedutaan Malaysia, di Suruhanjaya Tinggi atau Konsulat Malaysia luar Negara sebelum masuk ke Malaysia dengan mengemukakan surat tawaran.
Setelah masuk ke Malaysia, IPT / IPTS / / IPS perlu mengemukakan pasport asal pelajar ke Pejabat Imigresen Negeri yang berkaitan untuk dikeluarkan Pas Pelajar.
2. Pemohon yang berada di Malaysia
Pemohon boleh mengemukakan permohonan pas pelajar di IPTA/IPTS.
Setelah mendapat kelulusan, pemohon dikeluarkan JP Visa tanpa bayaran. Bayaran dikenakan untuk pas pelajar dan visa masuk semula (Multiple Entry Visa).
Dokumen untuk memohon Pas Pelajar
Surat sokongan dari agensi kawalselia yang berkaitan (KPT / KPM /JPK / PPD).
Surat tawaran daripada IPT / IPS kepada pemohon.
Surat permohonan pas pelajar daripada IPT / IPS kepada Jabatan Imigresen Malaysia.
Dua (2) salinan pasport/ dokumen perjalanan pemohon
Dua (2) keping gambar berukuran 3.5 cm x 5 cm
Borang ‘Personal Bond’ yang telah dimatikan setem
Bagi permohonan pertukaran IPT, surat pelepasan daripada IPT lama diperlukan dengan dilampirkan laporan kehadiran dan prestasi akademik serta surat sokongan daripada Kementerian Pengajian Tinggi
Ibubapa kepada pemegang pas pelajar boleh mengiringi anak mereka sepanjang tempoh pengajian dengan diberi pas lawatan sosial selama 12 bulan atau mengikut tempoh sah laku pas pelajar anak mengikut mana yang lebih singkat. Kadar bayaran yang dikenakan sebanyak RM90.00.
Pelajar dibenarkan membawa keluarga termasuk isteri, suami, anak ibu dan bapa pelajar (dinasihatkan untuk mempunyai pasport berasingan bagi setiap individu semasa membuat permohonan tanggungan kepada pelajar)
Pemohon juga diberi kemudahan ‘Multiple Entry Visa’ (MEV) bagi memudahkan mereka berulang-alik ke negara mereka sepanjang mengikuti pengajian di negara ini
Pemohon juga dibenarkan untuk bekerja secara sambilan di dalam sektor-sektor yang diluluskan dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan.
Dokumen Bagi Isteri/Anak/Ibu/Bapa Pemegang Pas Pelajar
Surat pengesahan belajar daripada pihak institusi pengajian (IPTA/IPTS/Sekolah)
Bukti Pertalian (Sijil perkahwinan, sijil lahir atau Surat Kedutaan)
Prosedur Permohonan Bekerja Pelajar Antarabangsa
Tempat-tempat yang dibenarkan bekerja adalah seperti berikut:
Restoran-restoran
Stesen minyak
Pasar mini
Hotel-hotel
Permohonan dikemukakan oleh wakil IPTA/IPTS dengan kehadiran pelajar berkenaan ke Ibupejabat Imigresen bagi IPTS manakala Pejabat Imigresen Negeri bagi IPTA
IPTA/IPTS memberikan surat sokongan membenarkan pelajar bekerja disamping memaklumkan tarikh cuti semester di dalam surat berkenaan.
Kebenaran bekerja kepada pelajar antarabangsa akan dicop di dalam pasport mereka
IPTA/IPTS hendaklah meghantar senarai nama pelajar bekerja dan laporan prestasi pelajar berkenaan setiap 3 bulan ke Jabatan Imigresen
Kebenaran bekerja secara sambilan sahaja (cuti semester/cuti perayaan/cuti lebih pada tujuh(7) hari) dan tempoh bekerja 20 jam seminggu
Tidak dibenarkan bekerja sebagai juruwang di keempat-empat tempat yang disebutkan dia atas.
Lanjutan dibenarkan bekerja akan diberi jika prestasi akademik dan kedatangan yang baik dikekalkan
Info Tambahan
Piagam Pelanggan.
7 hari bekerja
Sektor IPTS
Permohonan baru melalui laman web (e-Student) dan pertukaran IPTS dikemukakan di Ibupejabat Imigresen Putrajaya
Permohonan lanjutan dikemukakan di Pejabat Imigresen Negeri
Sektor IPTA
Permohonan dikemukakan di Pejabat Imigresen Negeri
Bagi warganegara India, Bangladesh dan Pakistan berumur 25 tahun atau lebih, permohonan baru dikemukakan di Ibupejabat Imigresen Putrajaya dan permohonan lanjutan dikemukakan di Pejabat Imigresen Negeri
Sektor Sekolah Kebangsaan Kerajaan/ Swasta
Permohonan dikemukakan di Pejabat Imigresen Negeri.
Permohonan baru; permohonan warganegara China dikemukakan di Bahagian Visa, Pas dan Permit, Ibupejabat Imigresen, Putrajaya dan lanjutan dikemukakan di Pejabat Imigresen Negeri
Permohonan Pas Pelajar Bagi Pemegang Pas Tanggungan (Anak Pegawai Dagang)
Permohonan kebenaran belajar dikemukakan di Bahagian Pas Penggajian Ibupejabat Imigresen Putrajaya dan di semua Pejabat Imigresen Negeri yang berkenaan
Satu endosmen kebenaran belajar akan dicop di dalam pasport pemohon
Bagi isteri kepada Pegawai Dagang yang memegang Pas Tanggungan tidak dibenarkan bekerja di semua sektor atau belajar di Institusi Pengajian Tempatan kecuali mereka perlu memendekkan pas tersebut dan memohon pas yang bersesuaian.
Pengeluaran i-Kad Kepada Pelajar Antarabangsa
Mulai Mei 2007 kerajaan telah bersetuju untuk mengeluarkan i-kad kepada pelajar antarabangsa sebagai tanda pengenalan diri.
Pelajar perlu hadir sendiri ke Ibupejabat Imigresen Putrajaya atau Pejabat Imigresen Negeri yang berhampiran semasa proses pendaftaran untuk mengambil pengesahan cap jari.
Pelajar perlu membawa gambar berukuran pasport dengan berlatarbelakangkan warna putih serta salinan pasport/ pasport asal
Pengeluaran i-Kad dibuat setelah pemohon diberi pelekat Pas Pelajar
Dokumen Sokongan Tambahan
Keperluan NOC (No Objection Certificate)
Pelajar-pelajar dari negara-negara Sub-Saharan Afrika, yang ditaja oleh Kerajaan atau sebaliknya menggunakan kelayakan akademik negara berkenaan hendaklah mengemukakan Sijil NOC (No Objection Certificate) selaras dengan keperluan yang ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
Perhatian : Piagam Pelanggan ini hanya terpakai dalam keadaan biasa tidak termasuk permohonan yang tidak lengkap, bermasalah atau perlu rujukan lanjut.