Font :

Sijil Perakuan Cemas

Perhatian: akan membuka tetingkap baru.PDFCetakE-mail

Terakhir dikemaskini (Rabu, 09 Jun 2010 23:34)


 

Sijil Perakuan Cemas

 

Tujuan

Dokumen ini dikeluarkan kepada Warganegara Malaysia dalam keadaan tertentu, biasanya kes kehilangan Pasport di luar negara, penghantaran pulang dengan perbelanjaan Kerajaan atas sesuatu sebab dan Pasport Malaysia tidak dapat dikeluarkan dalam tempoh yang diperlukan.

Tempoh Sahlaku

Sah untuk sekali perjalanan dan untuk negara-negara tertentu sahaja bagi tempoh tidak melebihi 12 bulan.

Syarat-Syarat Am

 

  • Borang (IM.42-Pin 97)
  • Dokumen bukti Warganegara Malaysia
  • Gambar berukuran 3.5 sm x 5.0 sm - dua (2) keping


Pemohon

 

Permohonan Jika Syarat-syarat
Berusia 18 tahun ke atas -
    • Kad pengenalan
    • Kad pengenalan polis atau tentera
Berusia bawah 18 tahun yang berkahwin -
    • Kad pengenalan
    • Sijil perkahwinan atau sijil penceraian
Berusia bawah 18 tahun

Bapa masih ada

    • Kad pengenalan ( Jika ada )
    • Sijil kelahiran
    • Kad pengenalan bapa

Bapa meninggal dunia

    • Kad pengenalan ( Jika ada )
    • Sijil kelahiran
    • Sijil kematian bapa
    • Kad pengenalan ibu

Kedua ibu/bapa meninggal dunia

    • Kad pengenalan ( Jika ada )
    • Sijil kelahiran
    • Sijil daftar kematian ibu/bapa
    • Surat sumpah penjagaan anak

Ibu dan bapa berpisah

( bapa tidak dapat dihubungi )

    • Kad pengenalan
    • Sijil kelahiran
    • Kad pengenalan ibu
    • Perintah mahkamah
    • Surat sumpah ibu

Anak angkat

    • Kad pengenalan ( jika ada )
    • Kad pengenalan penjaga yang sah
    • Sijil anak angkat

 

 

Bayaran

RM 50.00