Font :

Pasport Malaysia Antarabangsa untuk Tempoh 2 Tahun dengan Kadar Bayaran RM100

Perhatian: akan membuka tetingkap baru.PDFCetakE-mail

Terakhir dikemaskini (Rabu, 09 Jun 2010 23:05)

 

Kelayakan


Pemohon mestilah seorang Warganegara Malaysia.

 

Jenis Permohonan


Permohonan untuk PMA 32 mukasurat dengan tempoh sahlaku dua (2) tahun hanya diberi kepada kategori berikut sahaja:


· Permohonan kali pertama
· Gantian beserta buku

 

Nota

 

Tidak termasuk kes kehilangan/kerosakan.

 

Bagi permohonan gantian PMA kerana kes kehilangan atau ada kes siasatan yang diberi kelulusan dengan tempoh sahlaku yang dihadkan, pemohon perlu membayar harga pasport dengan kadar biasa iaitu RM300.00 untuk pasport 32 mukasurat atau RM600 untuk pasport 64 mukasurat.

 


Tempat memohon


Permohonan boleh dikemukakan di kaunter di semua Pejabat Imigresen Negeri di Malaysia (termasuk Ibu Pejabat, Putrajaya).

 

Kemudahan ini tidak disediakan di Pejabat Perwakilan Malaysia di Seberang Laut.

 

Tempoh Sahlaku


Sahlaku selama 2(dua) tahun dari tarikh dikeluarkan.


Pemohon yang memilih untuk menggunakan PMA 32 mukasurat dengan tempoh sahlaku dua (2) tahun tidak akan diberi Lanjutan Tambah Tempoh (LTT) semasa memohon pasport gantian yang belum tamat tempoh sahlakunya.

 

Bayaran

 

RM100.00 sahaja.

 

Bagi pelajar yang mendapat tawaran belajar di luar negara dan kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah juga dikenakan kadar bayaran sebanyak RM 100.00.