| |
|
Terakhir dikemaskini (Isnin, 07 Disember 2009 23:25)
Pas Sempadan Malaysia - Thailand
Pas Menyeberang Sempadan Malaysia / Indonesia
Pas Sempadan Malaysia-Thailand
Tujuan
Dokumen ini dikeluarkan kepada Warganegara Malaysia dan Penduduk Tetap
Malaysia keturunan Thai yang menetap lebih tiga (3) tahun di Kelantan, Perlis, Kedah atau Perak.
Tempoh Sahlaku
- Enam (6) bulan dari tarikh dikeluarkan untuk beberapa kali perjalanan.
- Tidak boleh dilanjutkan tempoh sahlakunya.
Syarat-Syarat Am
- Borang (Imm.42-pin 1/97)
- MyKad/Kad Pengenalan Tentera/Kad Pengenalan Polis atau Kad Pengenalan Sementara (JPN.KPPK 09 atau 11) bagi pemohon berumur melebihi 12 tahun.
- Sijil kelahiran bagi pemohon dibawah 12 tahun.
- 2 keping Gambar berukuran 3.5 cm x 5 cm
- Bayaran RM10.00
- Kanak-kanak berusia bawah 12 tahun, namanya hendaklah dimasukkan ke dalam Pas Sempadan Ibu atau Bapa
- Bukti menetap di negeri yang dinyatakan
Bayaran
RM 10.00
Pas Menyeberang Sempadan Malaysia/Indonesia
Tujuan
Dokumen ini dikeluarkan kepada warganegara Malaysia yang menetap di dalam Daerah Pentadbiran Pensiangan, Tenom, Sipitang dan Tawau dalam negeri Sabah dan Lundu, Bau, Kuching, Serian, Simanggang dan Lubok Antu dalam negeri Sarawak.
Tempoh Sahlaku
Satu (1) tahun dari tarikh dikeluarkan dan boleh digunakan bagi beberapa kali perjalanan. Kebenaran berada di Indonesia tidak melebihi 30 hari pada setiap kali masuk.
Syarat-Syarat Am
Borang (Imm.42-pin 1/97) Dua keping gambar berukuran 3.5 sm x 5.0 sm Kanak-kanak berusia di bawah 12 tahun tidak boleh dikeluarkan dokumen berasingan
Bayaran
RM 20.00