Font :

Dokumen Perjalanan Terhad

Perhatian: akan membuka tetingkap baru.PDFCetakE-mail

Terakhir dikemaskini (Isnin, 23 November 2009 22:15)

 

Tujuan

 

Tujuan Dokumen ini dikeluarkan kepada warganegara Malaysia dari Semenanjung untuk perjalanan  yang sah dikeluarkan kepada warganegara Malaysia bagi tujuan masuk dan tinggal semnentara di Sabah dan Sarawak bagi tempoh melebihi 3 bulan.



Tempoh Sah laku


Lima (5) tahun dari tarikh dikeluarkan dan boleh dilanjutkan selama 5 tahun lagi

 

Syarat-Syarat Am

 

  • Melengkapkan borang Pasport Malaysia (IM.42-Pind.97) yang boleh didapati di kaunter pejabat pasport atau dimuat turun melalui Laman Web Imigresen secara percuma. Borang hendaklah dimuat turun dan dicetak atas kertas A4 (depan dan belakang).
  • Gambar berukuran 3.5 cm x 5 cm - dua (2) keping
  • Dokumen Perjalanan Terhad yang sedia ada (jika berkaitan)
  • MyKad/Kad Pengenalan Tentera/Kad Pengenalan Polis atau Kad Pengenalan Sementara (JPN.KPPK 09 atau 11) bagi pemohon berumur melebihi 12 tahun.
  • Sijil Kelahiran bagi pemohon dibawah 12 tahun.
  • Pemohon mesti hadir semasa permohonan dibuat.

 

Bayaran

 

RM 5.00