Font :

Syarat Kemasukan Ke Malaysia

Perhatian: akan membuka tetingkap baru.PDFCetakE-mail

Terakhir dikemaskini (Sabtu, 10 Oktober 2009 10:54)

 


 

square3 Syarat Kemasukan ke Malaysia

square3 Mengenai Pas

square3 Keperluan Pas

square3 Kesalahan-Kesalahan yang sering dilakukan

 


 

Seseorang pelawat perlu memenuhi syarat-syarat seperti berikut sebelum masuk ke Malaysia:

 

i.

Mempunyai Pasport atau Dokumen

 

Setiap orang perlu mempunyai pasport atau dokumen perjalanan antarabangsa yang diiktiraf dan sah untuk masuk ke Malaysia.

 

Mana-mana pasport atau dokumen perjalanan yang tidak diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia, perlu mempunyai Dokumen Sebagai Ganti.

 

Pasport yang boleh dipohon di mana-mana Pejabat Perwakilan Malaysia diluar negara.

 

Pemegang-pemegang dokumen perjalanan seperti Surat Akuan Pengenalan, Laiiser Passer, Titre de Voyage atau Sijil Penduduk Tetap sesebuah negara perlu memastikan bahawa kepulangan mereka ke negaranya atau negara yang mengeluarkan dokumen tersebut adalah terjamin.

 

Dokumen-dokumen tersebut mesti laku enam bulan ke atas dari tarikh masuk ke Malaysia.

 

ii.

Mempunyai Visa

 

Visa adalah satu jenis endosmen dalam sesebuah pasport atau mana-mana dokumen perjalanan asing yang diiktiraf yang menunjukkan bahawa pemegang telah mendapat kebenaran untuk masuk ke Malaysia.

 

Warganegara asing yang memerlukan visa perlulah memohon terlebih dahulu di mana-mana Pejabat Perwakilan Malaysia di luar negara.

 

Visa yang dikeluarkan bukanlah merupakan satu jaminan yang mutlak bahawa individu tersebut akan dibenarkan masuk ke negara ini.

 

Keputusan akhir adalah terletak kepada budi bicara Pegawai Imigresen yang bertugas dipintu masuk.

 

iii.

Mempunyai Tiket perjalanan balik yang sah dan perbelanjaan yang mencukupi

 

Setiap pelawat diperlukan juga untuk membuktikan kemampuan kewangan untuk menyara dirinya di Malaysia bersama-sama dengan tiket perjalanan pulang yang telah ditetapkan untuk ke negara lain.

 

iv.

Bukan imigran larangan

 

Mana-mana orang yang diiktirafkan dibawah Seksyen 8 Akta Imigresen 1959/1963 tidak akan dibenarkan masuk ke Malaysia walaupun mempunyai Pasport atau dokumen perjalanan yang sah, visa, tiket perjalanan dan perbelanjaan yang mencukupi.

 

v. Mengisi kad masuk dan keluar




Mengenai Pas

Selain daripada permohonan masuk ke Malaysia bagi tujuan lawatan sosial atau perniagaan, semua permohonan untuk jenis-jenis pas yang dinyatakan di bawah mestilah dimohon sebelum masuk ke negara ini.

 

Setiap permohonan mestilah mempunyai penaja yang akan bertanggungjawab di atas kehadiran subjek di negara ini atau untuk penghantaran subjek jika perlu.

Keperluan Pas

Warganegara Asing yang ingin melawat Malaysia perlu mendapatkan Pas di pintu masuk selain daripada visa (di mana perlu) yang akan membenarkan mereka untuk tinggal sementara di negara ini.

 

Pas adalah satu jenis endorsemen di dalam pasport yang memberikan kebenaran tinggal di Malaysia bagi tempoh yang dibenarkan.


Kesalahan Yang Sering Dilakukan Oleh Pelawat Asing

 

1.
Masuk secara haram

Seksyen 6(3) Akta Imigresen 1959/63

Seseorang pelawat asing yang berada dalam Malaysia boleh ditafsirkan masuk secara haram sekiranya :

 

  • Gagal menunjukkan pasport / dokumen perjalanan yang sah apabila diminta.

  • Pasport / dokumen perjalanan tidak ada cop kemasukan / pas lawatan yang sah

 

Kesalahan kerana masuk secara haram membawa hukuman :

 

Denda tidak melebihi RM10,000.00 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya, ATAU kompaun sehingga RM3,000.00

 

Kerana itu semua pelawat asing diingatkan :-

 

  • Menjaga dengan baik dan selamat pasport / dokumen perjalanan mereka dan membawa bersama mereka semasa berada di dalam negara ini.

  • Memastikan mereka mengemukakan pasport / dokumen perjalanan mereka kepada Pegawai Imigresen di pintu masuk dan mereka memperolehi pas lawatan yang bersesuaian.

  • Segera melaporkan kepada Jabatan Imigresen sekiranya mereka kehilangan pasport / dokumen perjalanan mereka.
  •  

2.
Tinggal lebih masa

Seksyen 15(4) Akta Imigresen 1959/63

 

Tinggal / masih berada dalam negara ini selepas tempoh pas lawatan tamat / dibatalkan.

 

Kesalahan kerana tinggal lebih masa ini membawa hukuman :-

 

Denda tidak melebihi RM10,000.00 atau penjara tidak lebih 5 tahun atau kedua-duanya sekali, ATAU Kompaun sehingga RM3,000.00

 

Kerana itu semua pelawat asing diingatkan supaya keluar sebelum pas lawatan mereka tamat.

3. Pasport / Dokumen Perjalanan mengandungi Visa / Pas Lawatan Palsu atau Pindaan

Seksyen 15(4) Akta Imigresen 1959/63

 

Kesalahan di bawah seksyen ini membawa hukuman :-

 

Denda tidak lebih RM10,000.00 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya sekali.

 

Dengan itu semua pelawat asing diingatkan tidak menggunakan perkhidmatan orang tengah untuk berurusan dengan Jabatan Imigresen.

 

4.
Imigran-Imigran Larangan