Font :

Peringkat 1 - Permohonan Kelulusan Pengambilan (Jawatan)

Perhatian: akan membuka tetingkap baru.PDFCetakE-mail

Terakhir dikemaskini (Selasa, 07 September 2010 00:46)

 

Syarat Asas Permohonan | Kriteria Pertimbangan JKPD | Dokumen yang diperlukan |

| Lampiran A : Sektor dan Jawatan yang Dibenarkan |
| Lampiran B - G : Sektor dan Jawatan yang Tidak Digalakkan |

 

 

Terdapat 6 pihak berkuasa / Agensi yang diberi kuasa melulus permohonan pengambilan ( Jawatan ) Pegawai Dagang mengikut "core business" masing-masing. Agensi-agensi tersebut adalah seperti berikut :

 

 

Bil
Agensi
Jawatan/Bidang

1.

Malaysian Industrial Development Authority (MIDA)

Jawatan Pegawai Dagang / Ekspatriate bagi syarikat-syarikat swasta dalam bidang-bidang berikut :-

 

1. Perkilangan dan pembuatan (syarikat baru dan sedia ada yang terlibat dengan cadangan perkembangan)

 

2. Perkhidmatan berkaitan perkilangan(Manufacturing Related Services)

 

  • Pejabat Serantau ( Regional Establishment )

  • Ibu Pejabat Operasi (IPO), Pejabat Perwakilan, Pusat Perolehan Antarabangsa dan lain-lain.
  •  

     

    3. Industri Perhotelan dan Pelancongan.

     

    4. Sektor Penyelidikan dan Pembangunan ( R&D )

    2.

    Multimedia Development Corporation

    ( MDeC )

    Jawatan Pegawai Dagang / Ekspatriate dan Pekerja Mahir Asing bidang Teknologi Maklumat bagi syarikat-syarikat yang telah diberi status" MSC ".

    3.

    Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
    (Meluluskan kontrak Pegawai Dagang)

  • Jawatan-jawatan Doktor dan Jururawat di hospital / klinik kerajaan

  • Pensyarah / Tenaga Pengajar di IPTA

  • Jawatan kontrak Sektor Awam

  • Urusan Pengambilan ( tawaran kerja ) dibuat oleh SPA /Agensi yang berkaitan.
  •  

    4.

    Bank Negara Malaysia (BNM)

    Jawatan-jawatan dalam sektor :


    - Perbankan (banking)
    - Kewangan
    - Insurans.

    5.

    Suruhanjaya Sekuriti (SC)

    Jawatan-jawatan dalam sektor sekuriti / pasaran saham.

    6.

    Jawatankuasa Pegawai Dagang (JKPD)

    Bagi jawatan-jawatan dalam sektor swasta dan awam yang lain tidak termasuk dibawah bidang kuasa MIDA, MDeC, JPA, BNM, dan SC.

     

    Perhatian : Bagaimana menentukan agensi pelulus yang bersesuaian dengan syarikat anda?

    Tentukan jenis aktiviti dan kegiatan syarikat.


    Maklumat Lanjut Mengenai Jawatankuasa Pegawai Dagang

     


    Jawatankuasa Pegawai Dagang terletak dibawah bidang kuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Bahagian Pas Penggajian, Jabatan Imigresen bertindak  sebagai urusetia. Berikut adalah senarai keanggotaan Mesyuarat Jawatankuasa Pegawai Dagang.

     

    Bil
    Anggota Jawatan
    1.
    Kementerian Dalam Negeri ( KDN ) Pengerusi ( KSU / TKSU )
    2.
    Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri ( MITI ) Ahli ( Wakil )
    3.
    Kementerian Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna ( KPDN & HEP ) Ahli ( Wakil )
    4.
    Kementerian Pendidikan Malaysia Ahli ( Wakil )
    5.
    Kementerian Sumber Manusia Ahli ( Wakil )
    6.
    Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan ( CIDB ) Ahli ( Wakil )
    7.
    Majlis Amanah Rakyat ( MARA ) Ahli ( Wakil )
    8.
    Jabatan Imigresen Malaysia Urusetia


    Apakah Syarat-Syarat Asas Permohonan Melalui JKPD?


    Permohonan Pegawai Dagang dipertimbangkan berdasarkan syarat-syarat asas yang ditetapkan sebagai panduan. Syarat asas yang perlu dipenuhi adalah :


    1. Modal berbayar minima

     

    Syarat Modal Berbayar Minima Bagi Syarikat-Syarikat Sdn Bhd/ Berhad  Yang Memohon Jawatan Pegawai Dagang Di Bawah Jawatankuasa Pegawai Dagang.

     

    Mulai 1 Januari 2009, syarat modal berbayar minima adalah seperti berikut:-

     

    Bil
    Ekuiti Modal
    1.
    Milik Bersama Tempatan RM 250,000
    2.
    Milik Bersama Asing dan Tempatan RM 350,000
    3.
    100% Milik Asing RM 500,000

     

     

    Syarat modal berbayar ini tidak terpakai bagi syarikat-syarikat incorporated, limited dan persatuan/pertubuhan yang berdaftar di bawah akta-akta khusus.

     

    2. Syarat Sokongan Dari Agensi Kawal Selia

     

    Bil
    Agensi Bidang
    1.
    Kementerian Pengajian Tinggi / Kementerian Pelajaran Pensyarah, Tenaga Pengajar dan Guru
    2.
    Kementerian Kesihatan Doktor, Jururawat dan Rawatan Perubatan Tradisional.
    3.
    Persatuan Bolasepak Malaysia Pemain bola sepak
    4.
    Majlis Sukan Negara Ahli Sukan dan Jurulatih Sukan
    5.
    Jabatan Penerbangan Awam Juruterbang dan jawatan berkaitan sektor penerbangan
    6.
    Kementerian Pelancongan Agensi-Agensi Pelancongan
    7.
    Malaysian Professional Golf Associates Berkaitan Golf
    8.
    Perbadanan Bio-teknologi Malaysia (Biotechcorp) Aktiviti berkaitan Bio-teknologi

     

    3. Pendaftaran dengan Agensi Kawal Selia

     

    i. Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan ( CIDB )
    Bagi syarikat yang menjalankan aktiviti dalam sektor pembinaan dan penyelenggaraan

     


    ii. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna ( KPDN & HEP )
    Bagi syarikat yang ada ekuiti asing yang menjalankan perniagaan borong dan runcit (termasuk restoran) dan jualan langsung

     


    Kriteria-Kriteria Pertimbangan JKPD


    Sekiranya syarat-syarat dipenuhi, permohonan akan ditimbangkan berdasarkan kriteria yang telah ditetapakan seperti berikut :


    - Pemilihan ekuiti syarikat
    - Aktiviti syarikat
    - Bekalan tenaga kerja tempatan
    - Kesesuaian bidang tugas jawatan dengan aktiviti syarikat
    - Gaji bulanan ditawarkan
    - Pengalaman Pegawai Dagang

     


    Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Pegawai Dagang


    - Boleh disemak melalui Laman Web Jabatan Imigresen Malaysia iaitu di www.imi.gov.my
    - Dihantar melalui pos

     


    Apakah jenis dokumen yang diperlukan ?

     

    Sediakan satu jilid permohonan seperti berikut:-

     

    1.
    Surat kuasa syarikat dengan disertakan :
    i.
    Salinan MyKad
    ii.
    Jawatan dalam syarikat

     

     

    2.
    Borang DP10 yang lengkap diisi

     

     

    3.
    Surat permohonan dari syarikat yang menerangkan mengenai aktiviti syarikat dan justifikasi jawatan ( surat rayuan bagi kes rayuan )

     

     

    4.
    Resume pegawai dagang
    - Salinan kelayakan akademik Pegawai Dagang

     

     

    5.
    Salinan Dokumen Pendaftaran Syarikat ( SSM ), Borang 9, 24 & 49 yang terkini
    (Salinan perlu disahkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia )

     

     

    6.
    Surat ulasan / sokongan agensi kawalselia

    (Bagi bidang / aktiviti berkaitan )

     

    i.

    Pendidikan - Kementerian Pengajian Tinggi/Kementerian Pelajaran Malaysia

    ii.
    Perubatan (Moden/Tradisional) - Kementerian Kesihatan Malaysia
    iii.
    Pelancongan - Kementerian Pelancongan Malaysia
    iv.
    Penerbangan - Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA)
    v.
    Sukan - Majlis Sukan Negara
    vi.
    Bolasepak - Persatuan Bolasepak Malaysia
    vii.
    Ekuestrian - Persatuan Sukan Ekuestrian Malaysia

     

     

    7.
    Lesen perniagaan dari pihak berkuasa tempatan ( PBT )

     

     

    8.
    i.
    Lesen CIDB (Salinan pendua) / kontrak projek - (sektor pembinaan sahaja )
    ii.
    Lesen jualan langsung dari KPDN & HEP - (jualan langsung sahaja )
    iii.
    Surat kelulusan wrt dari KPDN & HEP - ( Perniagaan borong & runcit / restoran yang ada ekuiti asing )

     

     

    SENARAI SEKTOR DAN JAWATAN DI BAWAH DIBENARKAN UNTUK PERMOHONAN JAWATAN PEGAWAI DAGANG DI BAWAH PENYELIAAN JABATAN TENAGA KERJA (JTK), KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA.

     

    SEKTOR DAN JAWATAN SELAIN DARI SENARAI DI BAWAH ADALAH TIDAK DIBENAR/DIGALAKKAN.

     


     

    ENGINEERING/TECHNICAL EXPERT


    Conveyor Vulcanizing

    Sensor Technologist

    Digital Imaging

    Wireless Technologist

    High Precision Tools And Die Maintenance

    Radio Frequency Designers

    Manufacturing Systems Designers

    Automation Systems Designers

    Experts In Steel Treatment (Melting And Casting)

    Offshore Field Operation

    Underwater/4G/6G Welders

    Photonics

    Material Technologists

    Wafer Fabrication

    Instrument Specialists (For Petrochemical Industry)

    Metallurgist



    GEOSCIENCE AND GEOPHYSICAL DISCIPLINES


    Metallurgists

    Geotechnologists

    Geoscientists

    Seismologists



    MEDICAL /PHARMACY


    Technical (With specific medical industry expertise)

    Production (Chemicals/oleochemicals/pharmaceuticals/medical devices

    Specialists (Chemicals/oleochemicals/pharmaceuticals/medical devices



    ELECTRICAL & ELECTRONICS


    Analogue Designers


    Microwave Designers




    ENVIRONMENT


    Renewable Energy




    TEXTILES & MINERALS INDUSTRY


    Dye Technologists

    Embroidery Specialists

    Dyeing Technicians

    Apparel Specialists

    Craft/Design Specialists

    Fabric Specialists

    Jewellery Designers

    Designers

    Teachers/Trainers for Jewellery Production Technology

    Cutting Specialists



    WOOD INDUSTRY


    Wood Technologists

    Designers

    Technical Specialists

    Craftsman / Engraving

    Framework/Design Cutting Specialists




    FOOD INDUSTRY/BIOTECHNOLOGY


    Product/Flavouring Specialist

    Biotechnology Analysts

    Dyestuff Specialists

    Biotechnologists

    Tea/Food Tasters

    Food/Nutrient Technologists

    Disease Control/Quarantine

    Genetic Engineering Specialists

     


     

    LAMPIRAN 'B'

     

    SENARAI SEKTOR DAN JAWATAN DI BAWAH TIDAK DIBENAR/DIGALAKKAN UNTUK PERMOHONAN JAWATAN PEGAWAI DAGANG DI BAWAH PENYELIAAN KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN (KPDNKK).

     

     

     

    Bil Jenis Perniagaan
    1.

    Supermarket / minimarket

    2. Kedai runcit
    3. Perniagaan perabot am
    4. Perniagaan bingkai gambar
    5. Tekstil kecil-kecilan
    6. Perniagaan runcit komputer termasuk aksesori komputer
    7. Kedai gunting rambut yang tidak memerlukan kepakaran asing
    8. Perniagaan dobi
    9. Restoran Tidak Eksklusif ( dari segi menu dan susun atur gerai makanan)
    10. Perniagaan kad prabayar
    11. Kafe siber
    12. Perusahaan bengkel kereta, motor, kaca dan aluminium yang berskala kecil
    13. Perniagaan produk herba

     

     

    LAMPIRAN 'C'

     

     

     

    SENARAI SEKTOR DAN JAWATAN DI BAWAH TIDAK DIBENAR/DIGALAKKAN UNTUK PERMOHONAN JAWATAN PEGAWAI DAGANG DI BAWAH PENYELIAAN LEMBAGA PEMBANGUNAN INDUSTRI PEMBINAAN MALAYSIA (CIDB)

     

     

    Bil Jawatan
    Mekanikal & Elektrkal (Mechanical & Electrial)
    1. Electrical Chargeman
    2. Pendawaian Elektrik (Electrical Wireman)
    3. Pemasang Telefon & Telegraf
    4. Pemasang alat & Sistem Penyaman Udara temasuk kerja-kerja ducting
    5. Pemasang dan Penguji Lif & Eskalator
    Operator Mesin Kerja Tanah (Earth Moving Plant Operator)
    6. Excavator Operator
    7. Shovel Operator
    8. Dozer Operator
    9. Motor Grader Operator
    10. Scrapper Operator
    11. Roller Compactor Operator
    12. Backhoe Loader Operator
    13. Pemandu Lori
    14. Forklift Operator
    15. Wheel Loader Operator
    Operator Kren (Crane Operator)
    16. Operator Crane Bergerak (Mobile Crane Operator)
    17. Operator Kren Berantai (Crawler Crane Operator)
    18. Operator Kren Menara (Tower Crane Operator)
    Ujian Tanpa Musnah (Non-Destructive Testing)
    19. Juruteknik Ujian Radiografi (Radiography Testing Technician)
    20. Juruteknik Ujian Ultrasonik (Ultrasonic Testing Technician)
    21. Juruteknik Ujian Penetrant (Penetrant Testing Technician)
    22. Juruteknik Ujian Partikal Magnetik (Magnetic Particle Testing Technician)
    Tukang Perancah (Scaffolder)
    23. Inspektor Perancah (Scaffolder Inspector)
    24. Tukang Perancah – Frame & Modular (Frame & Modular Scaffolder)
    25. Tukang Perancah – Tube & Coupler (Tube & Coupler Scaffolder)
    26. Pembantu Tukang Perancah (Assistant Scaffolder)
    Bangunan & Awam (Building & Civil)
    27. Pemasang Paip & Sanitari termasuk Pembantu (Plumbing & Sanitary Fitter)
    28.

    Pemasangan Paip Retikurali termasuk Pembantu (Water Reticulation Pipe Installer )

    Kimpalan (Welding)
    29. Jurukimpal SMAW –CS Plate-1G (SMAW 1G Welder)
    30. Jurukimpal FCAW (SS) 1G & 3G (FCAW (SS) Pipe/Plate -1G &3G Welder)
    31. Jurukimpal GTAW (CS) 6G & 3G (GTAW (CS) Pipe -6G & 3G Welder)
    32. Jurukimpal FCAW (GS) 6G (FCAW (GS) Pipe/Plate -6G Welder)
    33. Jurukimpal SMAW (CS) 6G & 3G (SMAW (CS) Pipe/Plate -6G & 3G Welder)
    34. Jurukimpal GTAW (CS) 6G & 3G (GTAW (CS) Pipe -6G & 3G Welder)
    35. Jurukimpal GT+ SMAW (CS) 6G (GT+SMAW (CS) Pipe -6G Welder)
    36. Jurukimpal SMAW (CS) 3G (SMAW (CS) Pipe/Plate - 3G Welder)
    37. Jurukimpal GMAW (CS) 6G & 3G(GTAW (CS) Pipe/Plate -6G & 3G Welder)
    38. Inspektor Kimpalan (Welding Inspector)
    Penyelia Tapak Bina (Construction Site Supervisor)
    39.

    Penyelia Tapak Bina (SiteSupervisor)

    Architechtural/Maintenance/Civil/Electrical/Mechanical/Structural)
    Sektor Industrialized Building Systems (IBS).
    40. Semua jawatan dibawah sektor-sektor IBS

     

    LAMPIRAN 'D'

     

    SENARAI SEKTOR DAN JAWATAN DI BAWAH TIDAK DIBENAR/DIGALAKKAN UNTUK PERMOHONAN JAWATAN PEGAWAI DAGANG DI BAWAH PENYELIAAN KEMENTERIAN PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI (KPPK)

     

    A. SEKTOR KELAPA SAWIT

     

    Bil Sub Sektor Jenis Pekerjaan
    1. Ladang i) Pengurus
    ii) Agronomist
    2. Kilang Buah

    i) Pengurus

    ii) Jurutera
    3. Kilang Pelumat Isirong

    i)Pengurus Kilang &Pemasaran

    ii)Pegawai Pemasaran

    iii)Jurutera
    4. Kilang Penapis

    i)Pengurus Kilang & Pemasaran

    ii)Pegawai Pemasaran

    iii) Jurutera

    iv)Ahli Kimia
    5. Kilang Oleokimia

    i)Pengurus Kilang & Pemasaran

    ii)Pegawai Pemasaran

    iii)Jurutera

    iv)Ahli Kimia
    6. Pusat Simpanan

    i)Pengurus Kilang & Pemasaran

    ii)Pegawai Pemasaran

    iii)Jurutera

    iv)Ahli Kimia
    7. Kilang Biodiesel

    i)Pengurus Kilang & Pemasaran

    ii)Pegawai Pemasaran

    iii)Jurutera

    iv)Ahli Kimia

     

     

     

    B. SEKTOR PERKAYUAN

     

    Bil Sub Sektor Jenis Pekerjaan
    1 Kilang industri perkayuan )Pengurus kilang

    ii)Pengurus Pengeluaran

    iii)Pengurus Quality Control

    iv)Quality Assurance

    v)Eksekutif Pengeluaran

    vi) Eksekutif Quality Control

    vii)Penyelia

    viii)Pengurus Pemasaran

    ix)Pegawai Pemasaran


    2 Kilang Perabot

    i)CAD Draftman

    ii)CNC Operator

    iii)Pekerja mahir dalam bidang mesin-mesin

    iv)Quality Control
    3 Ladang Hutan i)Pengurus

    ii)Pengurus ladang

    iii)Penolong Pengurus ladang

    iv)Eksekutif ladang

    v)Pegawai Hutan (Forester)

    vi)Pengurus Nurseri

    vii)Penolong Pengurus Nurseri

    viii)Eksekutif Nurseri

     


    LAMPIRAN ‘E’

     

    SENARAI SEKTOR DAN JAWATAN DI BAWAH TIDAK DIBENAR/DIGALAKKAN UNTUK PERMOHONAN JAWATAN PEGAWAI DAGANG YANG DITETAPKAN OLEH PEKELILING IMIGRESEN  MALAYSIA BIL. 34 TAHUN DI BAWAH PENYELIAAN KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN (KPDNKK).

     

     

    Bil. Sektor-sektor perniagaan Pengecualian
    1. Industri spa Pemegang saham syarikat dan premis perniagaan di hotel.
    2. Salon Tiada pengecualian
    3. Rumah urut Tiada pengecualian
    4. Restoran, bistro, cafe Pemegang saham syarikat dan premis yang ekslusif (dari segi menu dan susun atur premis), perniagaan di hotel.
    5. Kafe siber Tiada pengecualian
    6. Tekstil berskala kecil Tiada pengecualian
    7. Perkhidmatan pembersihan Tiada pengecualian
    8. Perniagaan barangan lusuh dan kitar semula Tiada pengecualian

     


    LAMPIRAN ‘F’

     

    SENARAI SEKTOR DAN JAWATAN DI BAWAH TIDAK DIBENAR/DIGALAKKAN UNTUK PERMOHONAN JAWATAN PEGAWAI DAGANG DI BAWAH PENYELIAAN MAJLIS SUKAN NEGARA (MSN)

     

    Bil. Jawatan
    1. Jawatan Pengurusan
    2. Jawatan selain daripada jurulatih dan perunding sukan

     

     


    LAMPIRAN ‘G’

     

    SENARAI SEKTOR DAN JAWATAN DI BAWAH TIDAK DIBENAR/DIGALAKKAN UNTUK PERMOHONAN JAWATAN PEGAWAI DAGANG MENGIKUT KETETAPAN LEMBAGA JURURAWAT MALAYSIA.

     

    Bil. Kriteria-kriteria
    1. Berumur kurang daripada 27 tahun
    2. Permohonan yang bukan melalui majikan
    3. Terbuka kepada semua negara kecuali Israel
    4. Tidak mempunyai Sijil Latihan Kejururawatan Asas dan pengesahan Transkrip Latihan dan Pendaftaran
    5. Jururawat yang tiada pengesahan kepakaran dalam bidang kejururawatan
    6. Pengalaman klinikal kurang daripada tiga (3) tahun
    7. Tidak berdaftar dengan Majlis/Lembaga Jururawat di negara asal
    8. Jawatan tertinggi seperti Ketua Institusi, Pengarah Kejururawatan, Pengurus Kejururawatan
    9. Sektor kebidanan (Obstetrik)

     

     

     

    Bagi permohonan lanjutan sila sertakan :-

     

    a. Salinan penyata gaji (3 bulan yang terkini)
    b. Salinan resit pembayaran cukai pendapatan pegawai dagang
    c. Borang DP4 (jika berkaitan)

    d. Salinan slip pembayaran KWSP (jika berkaitan)

     

    - Salinan perlu disahkan oleh pengurusan syarikat.

     

    Kemukakan permohonan kepada :

    Urusetia Jawatankuasa Pegawai Dagang
    Bahagian Pas Pengajian
    Tingkat 3, Blok 2G4 ( Podium )
    Presint 2
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
    62550 Putrajaya
    Wilayah Persekutuan

     

     

    * Dikemukakan sendiri (by hand) atau melalui pos


    Permohonan rayuan kali kedua (2), sila kemukakan permohonan kepada:-

     

    Ketua Setiausaha
    Kementerian Dalam Negeri
    Bahagian Hal Ehwal Imigresen & Pendaftar
    Tingkat 5, Blok D2, Parcel D
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
    62570 Putrajaya
    Wilayah Persekutuan


    * Dikemukakan sendiri (by hand) atau melalui pos

     

    Seterusnya submenu